**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 July 2010

Bertempur dengan Panglima Misai Hitam Silat .........

Pendedahan cerita ini semata-mata untuk iktibar pengamal silat batin yang tegar!
Tidak mengamalkan ilmu ini lagi bukan bermakna jin silat anda sudah beredar!
Hendaklah pergi berjumpa perawat Islam untuk ikhtiar penyembuhan!
Pengamal silat batin selalunya tidak tahu dan mengaku bahawa ilmu persilatannya digerakkan oleh makhluk halus!

Selalunya mereka akan:
* Panas baran
*Kuat makan
*Nafsu seks yang kuat
*Pantang dicabar
*Kalau berdebat dan kelahi pantang kalah
*Anak2 nakal dan sukar dikawal
*Hidup diselubungi misteri
*Hidup selalu susah dan bermasalah
*Liat nak solat esp Solat Subuh.. pergh.. cukup payah...
*Akhirnya mati penyakit ketumbuhan atau kanser
* Susah nak mati... Ada kes yang mati hidup semula..Setelah beberapa hari mati semula... sampai keluarga panggil suruh buang silat batin semasa dia terlantar di hospital....

Semua ini sanggup ditanggung semata-mata inginkan KEHEBATAN......

Pesakit datang menyerah diri kepada saya selepas mendengar satu seminar saya di sebuah daerah... Timbul rasa keinsafan ingin merawat dirinya dan membuang amalan kotor yang bersanubari dalam dirinya sejak sekian lama...

Ia datang dalam keadaan muka yang gelap dan mata yang merah membara walaupun kulitnya cerah...... Sentiasa ammarah dan HOTTT!!!!

Ini kisah dan kaedah rawatannya:

Ruqyah dibacakan kepada air dan dicampur ais kiub... Jin dari api dan lawannya adalah air.. Gandakan kuasa air dengan kesejukan ais....

Pesakit dimandikan dengan air ais ruqyah di luar rumah...mula menunjukkan reaksi kurang senang... Pesakit dimandikan oleh anak murid kanan saya; Pak Kasim..... Saya memerhatikan sahaja... kerana sebentar lagi saya pula akan beraksi...

Tak sampai 5 gayung, pesakit mula membuka silatnya. Pak Kasim punya baju habis ditariknya. Macam nak berdiri bersilat tapi tak berani. Pesakit bersilat hampir 15 minit dan sesekali merangkak dan sujud kepada saya... Lantas berkata, "Keluarkan saya ustaz." Sambil sesekali mencarut saya...

Saya tidak marah dan tenang... Saya berkata. " Alhamdulillah, nak kata apa, katalah... cakaplah bagi puas..." Ia menjadi kian PANAS......

Saya menyuruh semua agar tidak terbawa-bawa dan jangan provoke jin tersebut.. Biarkan ia bersilat dan reda sendiri...

Pesakit mengaku sedar tetapi tidak dapat mengawal tindakannya.. Tidak dapat mengawal tutur bicaranya.. Nada suaranya juga berubah menjadi garau dan garang....

Perawat mesti berani dan bertenang.. Ingat Allah banyak2 dan bergantung paut padaNYA.. In case apa2 terjadi..

Alih2kan barang2 tajam di sekitar pesakit..... Takut disambar dan dijadikan senjata...

Saya meninggalkan pesakit ini sementara waktu dan merawat pesakit lain... Tunggu dia reda kembali.. Saya memanggil nama pesakit suruh bertenang.... dan dibantu oleh rakan2nya....

Akhirnya pesakit mula sedar...

Setelah merawat pesakit lain.. Pesakit yang sudah reda tadi saya rawat sambil menggabungkan beberapa teknik. Yang utama adalah bacaan ruqyah sambil saya mengetuk lengan dan leher pesakit dengan kayu nona dan mengajaknya berdialog..... Pak Kasim ada di bawah memicit kaki pesakit dan mengepitnya....

Maka jin pun berdialog dan menyatakan bahawa ia masuk ke dalam tubuh mangsa kerana telah DISERU oleh pesakit untuk masuk meng'activate'kan silatnya.. Ia menyatakan bahawa ia jin Islam... Nada suaranya semakin lemah dan tidak bermaya... Jin tersebut melafazkan perjanjian dengan saya dan bersetuju untuk keluar.... Alhamdulillah.......


Kemudian saya mendudukkan pesakit dan mula menggelek 2 urat besar di leher mangsa... Saya azan berjemaah dengan Pak Kasim.. Alhamdulillah jin beransur2 keluar dari tubuh pesakit melalui mulut..... Pesakit muntah tidak berhenti2 selama lebih kurang 10 minit.... Dua plastik pesakit muntah..... Apabila dipicit kembali point di kakinya pesakit sudah tidak rasa perit dan sakit lagi.... Badannya terasa ringan..........

Alhamdulillah... Moga2 pesakit benar2 sembuh..

Moralnya: Insaflah kepada pengamal silat batin seluruh dunia...... Pergilah lakukan rawatan dengan perawat Islam...

Jangan dibiarkan hidup anda dan keluarga menderita...

Jangan biarkan hidup anda sekeluarga diselubungi misteri....

Jangan biarkan hidup anda terikat dengan jin dan makhluk halus walau apapun bentuknya....

Buanglah amalan anda yang syubhat dan sarat dengan unsur2 takhayyul dan kejinnan...

Kalau anda rasa ia berkaitan dengan kesufian dan kerohanian... Fikirkanlah... Adakah sama zikir tarekat dan zikir untuk kekuatan silat......
Kesufian tidak boleh bercampur dengan kejinnan......

Semoga mendapat iktibar!
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

1 comment:

  1. jangan silap faham... tak semua silat yang saya maksudkan..... certain silat yang mempunyai amalan salah saja... Saya juga pernah belajar karate dan silat.... dah lama tinggal....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...