**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

14 July 2010

Jangan lupa seminar di Kota Tinggi Sabtu ni ye!!!


Seminar akan berlangsung di Masjid Al A'laa Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.. Semoga dakwah akan terus tersebar ke seluruh alam...

Assalamualaikum anda semua....

Jangan lupa buat anda yang telah mendaftar untuk seminar di Kota Tinggi Johor untuk hadir pada seminar ini nanti.

Insya Allah saya akan bertolak ke Klang dahulu pada pagi Jumaat kerana urusan tertentu dan akan bertolak ke Kota Tinggi pada petangnya. Saya mungkin akan sampai pada malam Sabtu nanti...

Setakat ini dimaklumkan bahawa peserta yang mendaftar sudah menjangkau angka 80 orang dan dijangka meningkat sehingga 100 orang. Jadi kalau dah mendaftar, sila datang ye....!!!

JUMPA DI SANA ORANG JOHOR!!!

Berikut adalah pendetailannya:


Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah dengan kerjasama Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Cawangan Johor serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)

Tarikh: 17hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Masjid Jamek Al A'laa, Bandar Mas, 81930 Kota Tinggi, Johor

Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (Cawangan Johor) dan ABIM Kota Tinggi serta Masjid Jamek Al A'laa.

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

(Mohd Zaki bin Wahir; Maybank: 101076017231)


…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Zaki bin Wahir (017 7600775)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.

3 comments:

  1. Alhamdullilah...selesai sudah seminar modul 1 di kota tinggi...tak sabar rasanya untuk ikut modul-modul berikutnya.....moga ustaz and the geng di beri kekuatan dan kesihatan yang baik bagi membolehkan modul yang berikutnya di adakan di kota tinggi kelak.....insyaallah..........cuma nak mintak kalau ustaz tak keberatan, dapatlah kiranya ustaz "paste"kan beberapa doa yang di tulis tempohari di kota tinggi....maklumlah ada yang tak sempat nak salin, tak berapa jelas sebab dok jauh ke belakang dan tak sempurna bila salin semula, takut hilang atau salah baris pulak......takut doa nak usir jin dari rumah jadi doa jemput jin....haruu.

    Antara doa di tulis .
    1) Perjanjian nabi sulaiman
    (Una syidukum....)
    2) Tak ingat doa apa...pulang sihir agaknya
    (Allahumma ruddassihro......)
    3) Doa untuk cari barang hilang...
    (Allahumma yaa jaa mia'naasi liyau mi roibafih.....).

    Moga ustaz tidak keberatan....insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Saya rasa ada baiknya tuan / puan join forum kami kerana semuanya telah tersedia untuk dijadikan rujukan oleh semua....

    Sila daftar dan search dalam forum tersebut: http://www.rukyahsyariah.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...