**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 July 2010

Kelahiran Putera Kedua dan Pohon Doa serta Solat Hajat

Assalamualaikum semua...

Tanggal 15 Syaaban 1431 (tarikh sama kelahiran Saidina Ali KarramALLAHU wajhahu) maka lahirlah putera kedua saya dengan selamat... Subuh Isnin menyaksikan kelahiran anak kedua saya dengan proses yang dimudahkan Allah......

Alhamdulillah semua nampak baik sehingga hampir tengahari putera saya kelihatan sukar bernafas dan dimasukkan ke dalam NICU....

Sekarang hampir 12 jam puteraku yang baru menjengah ke alam dunia hidup dengan bantuan pernafasan dan dimasukkan antibiotik ke dalam tubuhnya yang masih kecil.. Doktor tidak dapat memastikan apakah masalah yang dihadapi; cuma yang dinyatakan 'mungkin' jangkitan kuman pada paru-paru....

Proses ini dijangka berlaku semalaman dan putera kami dijangka beransur pulih serta mampu bernafas sendiri menjelang pagi esok... Jika keadaan masih kritikal maka rawatan yang lebih complicated akan diberikan....

Saya dan isteri diberi izin masuk dan saya sempat membacakan ruqyah buatnya....

Saya sudah menghubungi khadam tuanku sheikh raja, ahmad nazim untuk meminta dan mohon doa dari tuanku...

Saya juga telah mengubungi A Zailan admin rukyahsyariah.com untuk menghebahkan kepada semua agar dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan putera kami...

Kami sekeluarga sama2 solat hajat selepas maghrib tadi; semoga Allah memberi peluang kepada putera kami yang sedang bersabung nyawa untuk meneruskan kehidupannya....

Saya pohon dari anda semua pembaca blog, anak2 murid dan rakan2 saya supaya berdoa, solat hajat atau paling kurang membacakan al fatihah dengan NIAT KESEMBUHAN khas untuk putera kami......

Tempoh 24 jam ini adalah kritikal......


Selamatkanlah nyawa putera kami...

AL FATIHAH.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...