Cd Ruqyah KISWAH yang akan di'rip' dan dimasuk kedalam handset dalam format mp3
Assalamualaikum semua anda yang budiman.
Akhir2 ni ramai yang minta saya berubat dari jauh untuk keluarga yang terlantar di hospital dan tidak kurang juga yang minta saya ke hospital untuk berubat.. Kebanyakan dari mereka menunjukkan simptom gangguan makhluk halus seperti meracau dan seolah2 melihat sesuatu di dalam hospital ( dan untuk pengetahuan anda juga; sememangnya HOSPITAL memang banyak JIN!!!!)..
Hmmmmm disebabkan saya tiada keajaiban untuk merawat dari jauh malah tidak menggalakkan anda untuk mencuba rawatan sebegini dan menjadi kesukaran kepada saya untuk ke hospital jadi saya syorkan kepada ahli keluarga penderita untuk...
1) Datang ke pusat rawatan saya terlebih dahulu....
2) Saya akan membacakan ruqyah kepada 7 botol air ruqyah dan minyak wangi yang akan dibekalkan kepada keluarga pesakit.
3) Saya juga akan membekalkan mereka dgn cd ruqyah dan minta mereka memasukkan kandungannya ke dalam handset yang ada loudspeaker.....
Tekniknya yang dibuat oleh ahli keluarga:
1) Beri minum air ruqyah sekerap mungkin kepada pesakit dengan menggunakan syringe - ( jika betul2 tak larat).... Yang larat........ 7 kali sehari - sekali minum paling kurang 3 deguk...
2) Pesakit sentiasa dipakaikan dengan minyak wangi ruqyah di pakaian dan di 32 point di anggota badan.. dua telinga, dua kening, dua lubang hidung, mulut, puting, pusat, kemaluan depan dan belakang dan 20 hujung kuku jari kaki dan tangan serta tempat2 sakit.
Insya Allah jin tidak akan tahan dengan bau wangi kerana naluri mereka suka kepada bau busuk dan makanan mereka juga adalah asap busuk.. (cthnya rokok)
3) Dengarkan mereka dengan cd ruqyah syariyyah menggunakan telefon dengan loud speaker (sekadarnya) sekerap mungkin.... seeloknya bacaan tersebut dibiarkan LEPAS, bukan dipakaikan headphone dan earphone...
4) Mandi / basahkan /sapu pesakit dengan air ruqyah 2 kali sehari... sebelum tidur sapu muka tangan dan kaki dengan air ruqyah......
5) Semua ahli keluarga bernazar sekiranya pesakit sembuh kami akan.... (jangan yang susah, yang mudah seperti puasa sehari pun dikira besar oleh Allah!) Nazar memberi momentum kepada termakbulnya hajat kita.
6)) Ahli keluarga hendaklah sentiasa bersedekah dengan niat kesembuhan pesakit... sedekah kafarah ini bagi pihaknya untuk menebus segala dosanya dan kemungkinan janjinya / nazarnya yang 'tidak lepas' / tidak tertunai dengan Allah sebelum ini...
7) Solat hajat dan jangan lupa sujud syukur / kenduri kesyukuran sekiranya pesakit dan sembuh.
Insya Allah pesakita akan beransur sembuh dengan izinNya jua... Selepas keluar dari hospital terus dibawa berubat dengan perawat Islam pusat rawatan Islam yang muktabar....
Ingat!!! Sentiasa di hati bukan ustaz, doktor, cd, minyak wangi dsb yang menyembuhkan tetapi HANYA ALLAH... Jadi teruslah berdoa kepadanya dan bergantung harap kepadaNYA tanpa berbelah bagi.........
Allahu Haq!!! Hidayah seluruh alam!!!
No comments:
Post a Comment