**Al Wada' Al Wada' Ya Syahra Ramadan Al Mubarak wal Mukarram**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 December 2010

Cara Membuat Laban / Yogurt / Susu Masam / Tairu


Sheikh kami di Syria, Sheikh Anuar bekata: "al Labanu Afiah lil badani" Yogurt baik untuk kesihatan!

Assalamualaikum semua...

Ada yang bertanya tentang resepi yogurt kepada saya... Sebab saya bangkitkan dalam seminar baru2 ni bahawa sheikh2 di Syria menggalakkan pemakanan yogurt untuk 'supplement' tubuh badan dan baik untuk kesihatan ibu mengandung dan anak dalam kandungan... Baik juga untuk pesakit insomnia yang membantu proses untuk tidur yang lena selain minum susu....

Pesakit tak boleh tidur malam eloklah:

1) Jangan minum kopi dan teh langsung
2) Jangan tidur siang
3) Pakai minyak wangi di pakaian dan 32 point di tubuh badan
4) Minum yogurt dan susu selepas Maghrib dan Isyak BANYAK2!
5) Amalkan ayat 10 dan 11 Surah al Kahfi selepas Solat Isyak.
6) Selepas Isyak BERNIAT untuk terus tidur.
7) Jangan biasakan tabiat tengok cd / TV / main internet /FB / borak kosong lepas isyak sampai pagi,,

Apapun:

Isteri saya menyampuk: Ini resepinya:

Bahan-bahan:
1) 1 kotak susu segar dutchlady . marigold (marigold lebih sedap dan pekat)
2)2 bekas yogurt apa-apa perisa pun takpe janji yogurt yang harganya seringgit lebih tu...ini untuk mendapat sanad kuman yogurt...takde ni tak jadi yogurt....

Cara membuatnya:

1)Masak susu segar di dalam periuk sehingga pekat sedikit dan ada lapisan atas.

2)Masukkan kedalam bekas sederhana tinggi (jangan tinggi sangat macam jug air tu.

3)Sejukkan susu sehingga suam-suam kuku.

4)Masukkan dua bekas yogurt tersebut semasa susu masih suam-suam kuku dan kacau sehingga sebati.

5)Tutup bekas tersebut dengan kain tuala seperti tuala good morning.

6)Ikat dengan getah penutup tuala tersebut. Jangan sesekali tutup dengan penutup tupperware.

7)Peram susu tersebut dengan suhu bilik selama 8 jam.

8)Setelah 8 jam, buka tuala dan tutup tupperware dengan penutup hakikinya.

9)Masukkan di dalam peti di tempat biasa..Bukan frozen.

10)Setelah sejuk.....Nah....sedia untuk di makan....sedap dimakan begitu sahaja atau dicampur perisa mengikut hawa nafsu anda.....

Selamat mencuba....mudah bukan.....rasanya inila resepi yang paling mudah sekali.. tak gitu...di negeri arab yogurtnya lebih sedap dan masam tapi best...

"AL LABAN A'FIATU LIL BADAN"

YOGURT MENJAMIN KESIHATAN TUBUH BADAN......

p/s: saya sungguh teruja dengan resepi isteri saya....walaupun rasanya tidak tulen seperti yang asal punya tapi bolehla nak lepas rindu pada LABAN....badan jadi fresh dan best....senang nak buang air....dan macam2 kelebihan lagi.....tak percaya.....cubalah hari ini juga!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...