**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

01 December 2010

Komen TGU Harun Din: Bolehkah manusia melihat makhluk halus?


Tokoh Perubatan Islam Malah Bapa Perubatan Islam Malaysia

Rujukan:Menjawab Persoalan Makhluk Halus karya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.


Assalamualaikum semua dan ampun maaf pd semua. Menyedari diri saya yang jahil dan serba kekurangan ilmu khususnya ilmu sufi, hakikat dan makrifat kerana kotornya diri ini dengan takabbur, suma’h, riya’ dan bersalut noda dosa dan ego maka saya sandarkan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Dr Harun Din berkenaan persoalan bolehkan manusia melihat makhluk halus. Beliau mempunyai autoriti menjawab soalan ini kerana ilmu, kesolehan dan pengalamannya di dalam perubatan Islam tidak dapat disangkal lagi oleh mana2 pihak….


Soalan:

Kita memang percaya bahawa makhluk yang disebut di dalam al Quran seperti Jibrail, jin dan syaitan dan sebagainya sememangnya wujud. Kemusykilan saya adalah tentang keupayaan makhluk halus ini boleh melihat manusia tetapi manusia tidak boleh melihat mereka.


Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa manusia boleh melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri dalam keadaan menyerupai manusia ataupun binatang yang menakutkan?



JAWAPAN:


Ini adalah jawapan TGU Harun Din berkenaan isu tidak boleh melihat rupa jin dalam bentuk sebenar di dalam buku soal jawab makhluk halus:



Mengenai soalan saudara berkenaan perkara dia atas memang benar makhluk halus boleh melihat manusia dan ini dijelaskan Allah Taala Surah al A'raf ayat 27:



Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan KAMU TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA"



Kebiasaannya makhluk halus dapat manusia sedangkan MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA dalam rupa mereka yang asal. Namun manusia boleh melihat makhluk ini apabila mereka telah menyerupai rupa bentuk tertentu yang diizinkan Allah SWT.



Sebagai dalil al Quran telah menceritakan bahawa mereka (makhluk halus) berupaya menyerupai manusia. Hal ini disebut di dalam surah al Anfal ayat 48:

48. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka Dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan Sesungguhnya Aku adalah Pelindung dan Penolong kamu". maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana Aku dapat melihat apa Yang kamu tidak dapat melihatnya; Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".



Sebagai contoh, dalam Tafsir Al Qurtubi menceritakan bahawa tentera musyrikin berasa gentar untuk memerangi tentera Islam ketika di dalam peperangan Badar. Tiba-tiba, muncul satu pasukan perang yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Jua’shum dari suku Bani Bakr. Apabila Suraqah berjanji untuk membantu tentera musyrikin mengalahkan tentera Islam, maka tentera Musyrikin berasa berani.



Akan tetapi, apabila peperangan bermula, Suraqah dan konco-konconya lari meninggalkan peperangan dan akhirnya tentera musyrikin ditewaskan oleh tentera Islam.



Ayat ini ditafsirkan secara muktabar bahawa orang yang berkata2 dengan tentera musyrikin ini ialah syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik.



Firman Allah di dalam Surah Al Anfal ayat 30:

“30. Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.”



Tafsir Abdullah bin Ahmad an Nasafi mencatatkan tentang peristiwa orang kafir mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah (parlimen orang musyrikin Mekah) untuk memutuskan perihal Nabi Muhammad saw. Ketika para pembesar Quraisy hendak bermesyuarat mereka di datangioleh seorang pemimpin dari puak Najdi. Beliau yang dikenali sebagai Sheikh an Najdi datang secara khusus untuk menyertai pembesar Quraisy dalam memberikan pandangan. Pembesar Quraisy Mekah membenarkan Sheikh an Najdi turut sama dalam mesyuarat tersebut yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.



Sebenarnya Sheikh an Najdi ini ialah iblis laknatullah yang telah menyamar dengan menyerupai manusia.



Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah saw sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.



Abu Hurairah ra pernah menangkap syaitan yang mengganggu dan mencuri barang makanan yang disimpan dan dijaga dalam simpanan Baitulmal (dalam keadaan jelmaan).


Amar bin Yaasir ra pula pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.


Semua ini membuktikan bahawa makhluk ini memang berupaya menyerupai pelbagai rupa. Namun begitu, mereka bukan sewenang-wenangnya boleh mengganggu manusia kerana Allah mengawal manusia dengan rahmatNya.


WALLAHU A’LAM..


______________________

Selingan:

·

Sesungguhnya fitnah lebih teruk dari membunuh! Us Syarhan dan Us Malek menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka boleh melihat jin.


Petang tadi baru mereka sms saya dengan kata mereka:

·

Us Syarhan at Tobibi Sinar Zamdurrani – Us Hayat: “Takde la Hayat.. Inta pun tahu bagaimana anta belajar dengan ana dulu. Ana tak pernah pun kata begitu.” 3.38pm

·

Us Malek Terapi Al Quran Darul Hikmah – Us Hayat: “Ya betul tu ana pernah lihat jin, ‘Jins Shamsuddin’ J. Ana takde kelebihan tengok jin. DAKWAAN BOLEH TENGOK JIN ADALAH BERCANGGAH DENGAN AL QURAN. NAUZUBILLAH.” 5.43pm



Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...