**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

01 December 2010

Penafian Us Syarhan dan Us Malek atas Fitnah Mengatakan Mereka Boleh Melihat Jin Dengan Terperinci:

Ustaz Syarhan yang saya kenali sejak 2001 menjadi guru pertama saya di dalam perubatan Islam semasa di Insaniah dan saya pernah praktikal dengan beliau selama dua tahun di dalam Team at Tobibi dan sempat melayarkan sayap sehingga wujud seketika Team Tobibi Mesir dan Syria. Rapat dengan saya dan isteri semasa isteri saya di UIA serta biasa tidur di rumah mak dan ayah saya di Temerloh dan jasanya sebagai guru saya tidak mungkin saya lupakan. Sepanjang lebih kurang 10 tahun perkenalan tidak pernah mengungkap "saya pernah dan boleh tengok jin."


Ustaz Malek bin Ladzim, sahabat saya sejak di KISAS, Klang pada tahun 1997, dan bersama di INSANIAH dan Mesir, serta sama2 menuntut ilmu dalam perubatan Islam dengan Us Syarhan. Merupakan guru silat saya dan saya anggap seumpama abang sendiri. Bertanggungjawab menarik saya berkhidmat di dalam Darul Hikmah Pahang sebelum saya menubuhkan pusat rawatan sendiri dan berkecimpung dalam rawatan Islam secara serius. Orang yang berjasa menarik saya ke dalam perjalanan sufi dan saya tidak akan lupa jasanya. Rapat dengannya sehingga kalau saya ke Kedah saya akan tidur di rumahnya. Sepanjang hampir 14 tahun perkenalan saya tidak pernah beliau ungkapkan "Saya pernah dan boleh tengok jin."

SeSesungguhnya fitnah lebih teruk dari membunuh! Us Syarhan dan Us Malek menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar bahawa mereka boleh melihat jin. Petang tadi baru mereka sms saya dengan kata mereka:
· Us Syarhan at Tobibi Sinar Zamdurrani – Us Hayat: “Takde la Hayat.. Inta pun tahu bagaimana anta belajar dengan ana dulu. Ana tak pernah pun kata begitu.” 3.38pm

· Us Malek Terapi Al Quran Darul Hikmah – Us Hayat: “Ya betul tu ana pernah lihat jin, ‘Jins Shamsuddin’ . Ana takde kelebihan tengok jin. DAKWAAN BOLEH TENGOK JIN ADALAH BERCANGGAH DENGAN AL QURAN. NAUZUBILLAH.” 5.43pm

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...