**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

04 December 2010

Selamat Berseminar Di Shah Alam Hari ini!


Assalamualikum semua...

Ketika menulis posting ini saya berada di pusat rawatan KISWAH Klang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada semua peserta seminar KISWAH modul 3 pada hari ini...

Saya mengharapkan agar tuan puan semua dapat menggunakan kesempatan yang ada ini untuk berkongsi ilmu dan saling bersillatur rahmi di kalangan sesama peserta.

Insya Allah seminar pada kali ini akan disertakan dengan bacaan maulidur rasul saw.
Kepada semua ahli keluarga KISWAH agar dapat sama2 berganding bahu walau apapun latarbelakang kita untuk sama2 menyusun soff thabatkan langkah perjuangan untuk memartabatkan perjuangan ISLAM di negara kita dan dalam masa yang sama berjihad menentang perbomohan dan penyelewengan dalam perubatan Islam.

Saya bukanlah tuan guru, sheikh, mahaguru atau mahagurau... Anggaplah saya sebagai ketua kelas sahaja dalam konteks KISWAH ini yang juga masih berguru dan banyak kelemahan dari sudut ilmu dan akhlak yang perlu saya perbaiki dengan tekun.

Namun, saya berjanji akan mencuba yang terbaik kepada ummat Muhammadiah saw ini... Semoga hidayah tersebar ke seluruh alam!

KISWAH ADALAH MILIK KITA BERSAMA!

Semoga Allah Taala memberkahi perjuangan KISWAH...

ALLAHU HAQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!

Love and salams,
khuwaidim tolaabah al ulum as syarifah

Hayat an Naqsyabandi
1:01 am Ahad
Pusat Rawatan ISLAM KISWAH KLANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...