|
Buku 'Yang WAJIB' dimiliki semua umat Islam Melayu! |
|
Assalamualaikum semua..
Semasa saya di zawiyah Kuala Lumpur, saya terpandang buku ini yang telah diperkenalkan oleh sahabat saya Ustaz Hasif aka Ustaz Lebai Fansuri Kedah lebih kurang lima tahun yang lalu..
Saya difahamkan bahawa al Marhum guru kami sangat berbesar hati menerima buku ini sebagai hadiah dari seseorang di zawiyah.
Saya rasa para umat Islam di Malaysia patut memilik buku yang sangat berinformatif dan istimewa ini...
Sila lihat review di bawah...
Kalau nak beli online dari penjualnya saya dah link kan di bawah... (Bukan saya yang jual, yang empunya link tersebut yang menjualnya secara online...)
Wassalam..
Review 1:
AHLUL
BAIT (KELUARGA) RASULLULAH SAW DAN RAJA RAJA MELAYU
AHLUL BAIT (KELUARGA) RASULLULAH SAW DAN RAJA RAJA MELAYU
Pengarang: Hj. Muzaffar Hj. Mohamad / Suzana Hj. Othman
ISBN: 983-30200-1-1 (Edisi kedua 2006)
Jumlah mukasurat: 496
Harga: RM 60.00
Buku `Ahlul-bait (keluarga Rasulullah SAW dan Raja-Raja
Melayu’ edisi pertama terbitan awal tahun 2001 dahulu telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan. Judul tersebut kini menjadi bahan
rujukan penting di pelbagai institusi termasuk Arkib negara dan
perpustakaan-perpustakan negeri. Apa yang hendak kami tampilkan dalam
karya terbaru ini ialah peranan dan jasa yang amat besar yang ditaburkan
oleh generasi ahlul-bait awallun serta Raja-Raja Melayu dahulu kala
dalam menjelma, melebur, mengacu dan membentuk tamaddun MELAYU ISLAM
BERAJA, adat resam serta worldview’ bangsa Melayu. Dalam konteks situasi
umat Melayu, hidupkan semula gagasan MELAYU ISLAM BERAJA warisan nenek
moyang kita yang cemerlang itu. Mulakan dengan menelusi sejarah sebenar
mereka dan falsafah pegangan mereka yang hakikat.
Mudah-mudahan judul ini dapat menjadi media yang berkesan bagi
ahlul-bait Rasulullah SAW dan bangsa Melayu untuk menggali, merenung dan
menghayati titik temu asal yang dikongsi bersama. Semoga buku in juga
bakal menerbitkan gerak kerja yang ikhlas berlandaskan kebenaran
sehingga dapat menggapai kembali rahmat dan nusrah Allah pada bangsa
kita. Ameen
--------------------------------
Review 2:
Buku AHLUL-BAIT (keluarga) Rasulullah
SAW & Kesultanan Melayu setebal 496 mukasurat ini disusun oleh (Tun)
Suzana (Tun) Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.
Antara persoalan yang diutarakan di dalam buku ini ialah:
* Apakah kaitan Raja-Raja Melayu dengan salasilah ahlul-bait Rasulullah SAW?
* Apakah pula relevannya Institusi Raja-Raja Melayu dalam konteks kehidupan Bangsa Melayu pada hari ini?
Buku ini cuba menyanggah persepsi sebahagian masyarakat Melayu yang menganggap Raja-Raja Melayu dari 'asal mana keturunan mana'
yang dapat menduduki singgahsana hanya kerana tuah badan. Buku ini
mendedahkan salasilah raja-raja Nusantara amnya, dan Raja-Raja Melayu
khasnya, yang kebanyakannya mempunyai susur-galur keturunan termulia,
iaitu tidak lain dari darah Rasulullah SAW sendiri.
Seharusnya
Bangsa Melayu diberi kesedaran akan peri pentingnya Institusi Raja-Raja
Melayu terus dipertahankan kerana mutakhir ini ia terdedah kepada
pelbagai tohmahan yang tidak setimpal dengan jasa dan peranannya sebagai
tonggak pelindung kedaulatan bangsa dan agama.
Antara bahagian yang terdapat di dalam buku ini:
* Keluarga & Keturunan (Ahlul-Bait) Rasulullah SAW
* Salasilah Raja-Raja Melayu dari Ahlul-Bait Rasulullah SAW
* Intipati dan Peraturan Raja-Raja Melayu
* Agenda Zionis menghancurkan tiga tonggak kekuatan umat Islam
* Satu Seruan: 'Kembalikan Tonggak Kekuatan Umat Melayu'
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment