|
Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah (28 December 1958 - 30 March 2012 .Selamat jalan guruku ke alam sana.... Akhirnya, Tuanku dapat berehat dengan aman di taman antara taman-taman syurgawi... A Fatihah... |
|
|
|
Al Fatihah kepada al marhum.. Tak banyak yang saya nak coretkan, cuma kebetulan saya berada di zawiyah untuk menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir maka Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput baginda ke pangkuannya...
Kami dikejutkan di zawiyah lebih kurang 3 pagi dengan berita menggemparkan ini. Bagaikan petir yang menggegarkan seluruh sel di tubuh kami bergegas ke terataknya tuan guru yang mulia, yang ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...
Sesampai di sana kelihatan telah ramai orang menunggu dan saya terus bertanyakan kepada anggota polis yang berada di situ..
Katanya, " Kami sedang tunggu transport ke Kuala Kangsar. Nak bawa jenazah ke sana."
Maka.. fahamlah kami.
|
Kenangan bersama Tuanku Sheikh yang disayangi selalu. Sedih sahaja tidak berguna... Perbanyakkanlah hadiahkan Fatihah untuknya.. Asal teringat baca fathah asal teringat hadiahkan fatihah.. Itu lebih baik Insya Allah.. |
Sesampai di sana, kelihatan selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakainya.... Diletakkan kesunyian di satu penjuru..
Kami bergegas ke biliknya yang mulia, dan kelihatan sekujur tubuhnya yang mulia terbaring di pembaringan. Bagaikan tidak percaya....
3 kali bacaan Yaasin bergema di kamarnya dan sebelum keluar, dengan titisan air mata kami mengucup dahi dan kakinya yang mulia buat kali terakhir....
Hujan renyai pun mulai turun seolah2 bumi menangisi permergian seorang putera soleh yang 1000 tahun lagi hendak berjumpa insan begini pun belum tentu lagi....
Kenderaan membawa jenazah tuanku ke Kuala Kangsar hampir solat Subuh. Kami solat di zawiyah @ surau kecil di rumah Tuanku. Kenderaan membawa tuanku sheikh bertolak ke Kuala Kangsar dan kami kembali ke zawiyah....
Pada 8.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama jemaah yang lain..
|
Gambar terakhir bersama Tuanku Sheikh, selepas majlis zikir khatam khawajaqan... Tidak sampai sejam selepas majlis ini Tuanku Sheikh pergi dengan aman di negeri nan abadi... Pada malam Jumaat dan diiringi dengan hujan yang dingin.. |
Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak2 dan nama2 mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...
|
Syukur Ya Rabbi, Alhamdulillah bertuah anak2 dapat menadah titisan keberkatan guru tercinta... |
Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Dervish Mawlid Ensemble akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...
Tidak kusangka2, ucapanku ke telinga Sh yang mulia pada malam terakhir tersebut, " Shaykh, I LOVE you Shaykh.." yang mana sudah lama aku menyimpan hasrat mahu kuucapkan kepadanya, rupa2nya adalah ucapan yang boleh dikatakan pertama dan terakhir diucapkan di hadapanya... Sehingga sheikh tersenyum ceria dan gelak kecil mendengarnya...
Tidaklah kusangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..
.. dan tidaklah disangka2 pula, rupa2nya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.
... dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir tidaklah ramai seumpama biasa, dan anak2 buah dari kumpulan Dervish Mawlid Ensemble yang mendendangkan 3 qasidah tersebut, rupanya2nya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...
|
Sheikh Faisal yang gigih berkhidmat sehingga ke akhirnya.. Allahu Akbar... |
Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Perhatikanlah kalimah yang tertera di langit dilukis cantik dengan awan-awan ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Anas yang duduk disebelah
saya, dah perasan awal2 lagi.. masa tu kalimah Allah lagi jelas dan
cerah.... cuma tak tangkap gambar je...Masa ni gambar tulisan Allah dah
tak berapa jelas.. Tapi Alhamdulillah masih nampak..Credit to Amirul Syafiq Johor...
|
Lihat...Awan yang berada tepat di atas Makam Diraja Kuala Kangsar. Apakah yang terukir di awan itu? Awan mendung yang berarak ketika Upacara Pemakaman Tuanku Syaikh Raja Ashman Shah QS... Betapa Allah muliakan Wali-Nya yang bergelar Sultanul Akhirah SubhanAllah...
|
Sesungguhnya kami yakin bahawa, orang2 soleh khususnya para awliya' tidaklah mati, sebaliknya sedang hidup di dalam alam sana. Cuma jasad yang dipinjamkan kepada mereka oleh Allah, dijemput pulang kembali oleh Rabbnya....
Kematian itu adalah kerehatan buat seorang mu'min... Akhirnya Tuanku berehat dengan aman di taman antara taman syurgawi Insya Allah... Tidak perlu lagi terbeban siang dan malam dengan karenah anak2 muridmu ini yang datang dengan 1001 masalah karat dunia..
Puluhan tahun Syaikh tidak tidur..bersengkang mata menjaga anak2 muridnya..akhirnya..biarlah Syaikh berehat dengan tenang..
Ampun kami wahai tuan guru....
Selamat jalan di alam sana.....
Semoga ketemu lagi di alam sana, yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
Final
farewell: Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah paying last respects to
his late brother Raja Ashman (inset) at Balairong Seri Istana
Iskandariah.
The
54-year-old prince, the second son of Sultan of Perak Sultan Azlan
Shah, died at his home in Bukit Damansara, Kuala Lumpur, at 1.30am
yesterday.
His remains were brought to the Ubudiah Mosque in
Bukit Chandan, Kuala Kangsar for prayers before the burial at the Royal
Mausoleum located next to the mosque.
Earlier, at about 6.15pm, his remains were
transported on a royal dais by Armed Forces personnel from the Istana
Iskandariah grounds to the Royal Mausoleum about 1km away.
Members of the Kedah and Johor royal families were among those who paid their last respects.
Raja Ashman was known to commoners as a pious prince who kept a low profile.
A businessman, he had a degree in economics from the University of Nottingham and a Masters of Law from Cambridge University.
He also held the ijazah
or permission of investure in the Naqshbandiya Haqqaniya Order of
Sufism from Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim Adil al-Haqqani, the Grand
Mufti of Cyprus and Imam of the Naqshbandiya Haqqani Order of Sufism.
Raja Ashman was a hockey fan and often accompanied Sultan Azlan Shah, the Asian Hockey Federation president, to various matches.
He was appointed as Raja Kecil Sulong on March 16, 2010.
He leaves behind wife
Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, son
Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, and daughters Raja Emina Aliyyah, 18, and Raja Bainunnisa Safia, 17.
Ucapan dari ikhwah Ahmadiah :
|
Tidak syak lagi, Tuanku Sheikhlah layak digelar Sh Ibrahim Adham kurun ke 21... Al Fatihah... |
.. Tidaklah saya biasa merakam video mawlid Shaykh Raja Ashman di zawiyah.. Namun pada malam tersebut, gerak dari Rabbul Jalil akhirnya saya memohon pembantu untuk merakam mawlid pada malam guru mulia dipanggil Kekasihnya yang abadi.... Inilah video mawlid terakhir guru tercinta di dalam majlis zikir dan mawid.... Al Fatihah kepadamu wahai guru...
Wassalam..
Dari anak muridmu yang kurang adab dalam mencintaimu...
Hayat al Mevlevi
Dikatakan oleh para ulama', jika ingin tahu kedudukan seseorang di sisi ALLAH maka lihat bgmana kedudukan dia di sisi manusia...kemangkatan baginda menyelubungi ramai dengan kesedihan termasuk ana yg tidak pernah bertemunya. Pada malam hari baginda mangkat, ana bermimpi bersolat berdua, dgn baginda menjadi imam. Semoga ALLAH sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya.
ReplyDeleteArtikel yang sangat bagus.Mengalir air mata saya membacanya.Saya mohon share.Semoga dengan izin.Al Fatihah
ReplyDeletesaya tak pernah kenal almarhum sheikh... mendengarkan tentang kisah beliau yg warak,alim, malahan low profile walaupun anak sultan... Allah.. wujud lagi org2 kaya mcm beliau... Nak sangatt kenal dgn Almarhum Sheikh..
ReplyDeletemasa saya membaca kisah di blog ni, tiba2 teringat akan jurulatih suksis saya... sekitar tahun 2008..seperti biasa, dia memberi talk mengenai kenegaraan malaysia... bila masuk je bab negeri perak, dia beria-ia bercerita tetntang Sultan negeri perak yang sangat alim, warak, menjadi imam semasa solathari raya... dan macam2 kata2 baik yg dia ceritakan.. pada masa tu saya nak tahu sgt pasal sultan ini....
semasa di majlis maulid di indah syariat sg abong barulah saya tahu, insan yg diceritakan oleh jurulatih saya dan ustaz hayat adalah org yg sama... subhanallah.. tak tekata bila dapat tahu.... moga Allah tempatkan Almarhum sheikh dikalangan or2 yg beriman.. insyallah..
Al Fatihah kepada al Marhum..
DeleteYa rabb...forgive us..may we continue the work of sheikh .....madad ya rasullulah...sheikh sahibul zaman..al kibrisi...and our grand sheikh....
ReplyDeleteMadad Wa Dustur..
DeleteSgt merinduimu sheikh...al fatihah...
ReplyDeleteAl Fatihah kepada al Marhum..
Delete