**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 April 2012

Nantikan Kemunculan; Kamus Mini Tafsir Mimpi Kaedah Al Quran

Nantikan kemunculannya akhir bulan ini!



Beberapa dalil dari al Quran dan hadis berkenaan mimpi yang benar:

101. "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) Dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh".
(Surah Yusuf ayat 101)



64.” Untuk mereka sahajalah kebahagiaan Yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah Yang demikian itulah kejayaan Yang besar.”                                                                                                                          (Surah Yunus ayat 64)



Maka Rasulullah saw ditanya berkenaan ayat yang tersebut di atas. Maka sabdanya:

“Itu adalah mimpi yang benar yang dilihat muslim ketika dia tidur atau mimpi yang dilihatkan kepadanya” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)



Dalil dari hadis Rasulullah saw lagi:
Hadis riwayat Samurah bin Jundub ra., ia berkata:
Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi
pada malam tadi.”
(Riwayat Muslim, No.4220)

Petikan dari buku Kamus Tafsir Mimpi.... Karangan Us Hayat al Mevlevi...

 NANTIKAN KEMUNCULANNYA AKHIR BULAN INI!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...