**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 April 2012

Jangan Lupa Seminar di Masjid Raub Esok 1 Mei 2012. Pengumuman Pertukaran Modul 3 kepada Modul 1

Berjumpa sekali lagi selepas hampir dua tahun...


Assalamualaikum semua...

Jangan lupa ye hari esok akan diadakan seminar di Raub. Kepada ahli keluarga KISWAH sekitar Raub dan Bentong, eloklah datang beramai2 untuk membantu apa yang patut.

Insya Allah pada kali ini program akan dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan maulid Uthmaniyyah Salikin Maulid Ensemble yang akan mengadakan persembahan





 Cuma di sini saya ingin memaklumkan bahawa. Seminar yang dijadualkan menggunakan modul 3 akan ditukar menjadi modul 1 kembali atas permintaan tuan imam dan tuan qadi Daerah Raub.

Jadi:

Satu 'pengisian' bakal dianjurkan oleh Masjid Sultan Abu Bakar, Bandar Raub Pahang pada ketetapan berikut:

Tarikh 1 Mei 2012 bersamaan hari Selasa

Tempat: Dewan Masjid Daerah Raub; Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang...

Masa: 8 pagi sehingga 1.00 tengahari


Yuran: ....

Pengendali:
“Us Hayat al Azhari”
(B.A Hons Syariah al Azhar)

*Anak murid Us Syarhan Shafie dan penulis buku “Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus” ; Us Syarhan Shafie at Tobibi – SINAR ZAMDURANI*

Pengisian:

PENGISIAN BERKENAAN RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 1 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran

 
TENTATIF PROGRAM

8.00: Pendaftaran peserta
 

8.15: Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
 

9.15: Keterlibatan Jin dan Sihir
 

10.00: Rehat - Minum pagi
 

10.30: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
 

11.30tgh: Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
 

12.00 tgh: Amalan pendinding
 

12.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
 

____________modul sampai di sini sahaja atas permintaan penganjur _________

Modul penuh yang sepatutnya diadakan tetapi dihazaf (dibuang):

2.00ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani 
kejahatan makhluk halus
 

3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
 

4.00: Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
 

4.30: Majlis Pengijazahan

......

Sila hubungi Imam Besar Masjid Daerah Raub: 017 9710162

( * Ijazah ruqyah tidak diberikan pada program kali ini, kerana tidak menepati modul sebenar KISWAH iaitu pembacaan ruqyah dan rawatan yang biasanya diadakan pada waktu petang, syarat pengijazahan adalah mendengar ruqyah terlebih dahulu. Permintaan dari penganjur supaya diadakan pengisian sehingga 12 tengahari sahaja. 

* Tiada rawatan pada hari berkenaan kerana KISWAH mempunyai program lain selepas seminar. Segala hajat untuk berubat, silalah ke Pusat Rawatan KISWAH di Temerloh.)

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

28 April 2012

Selawat Sheikh Shah Naqshband Untuk Mengelak Penyakit Berjangkit


Mawlana Shah Naqshband Muhammad al Uwaisi al Bukhari

 Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah antara amalan yang diamalkan guru-guru kami setiap kali selepas Subuh sebagai satu wirid adalah membacakan selawat yang diamalkan oleh seorang sheikh sufi yang terkenal sepanjang zaman;  Ghauthul Khaliqah Kwajah Shah Naqshband Muhammad al Uwaisi al Bukhari.

Berikut adalah contoh teks bacaan solawat ini yang dimuatkan semasa pembacaan ruqyah syariyyah kepada pesakit.    

Selawat Sheikh Shah Naqshband: 

Sembuhkan juga pesakit ini dengan keberkatan selawat yang dibaca oleh seorang wali Allah bernama Shah Naqshband khusus untuk mengelakkan penyakit taun dan penyakit berjangkit lain. Selawat yang dimaksudkan adalah: (Boleh diamalkan bacaan selawat ini sebanyak tiga kali selepas Solat Subuh).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كُلِّ دَاءٍ وَدَوَاءٍ وَبَاِركْ وَسَلِّمْ عَلَيهِ وَعَلَيهِم كَثِيرًا كَثِيرًا كَثِيرًا

Maksudnya: “Ya Allah berilah restu dan kesejahteraan kepada junjungan kami Saidina Muhammad saw dan ahli keluarga Saidina Muhammad saw sebanyak setiap bilangan penyakit dan sebanyak bilangan penawar yang ada, dan keberkatan dan salam sejahteralah ke atas Baginda saw dan ahli keluarga Baginda saw sebanyak banyak banyaknya…”

27 April 2012

AHLUL BAIT (KELUARGA) RASULLULAH SAW DAN RAJA RAJA MELAYU


Buku 'Yang WAJIB' dimiliki semua umat Islam Melayu!


Assalamualaikum semua..

Semasa saya di zawiyah Kuala Lumpur, saya terpandang buku ini yang telah diperkenalkan oleh sahabat saya Ustaz Hasif aka Ustaz Lebai Fansuri Kedah lebih kurang lima tahun yang lalu..

Saya difahamkan bahawa al Marhum guru kami sangat berbesar hati menerima buku ini sebagai hadiah dari seseorang di zawiyah.

Saya rasa para umat Islam di Malaysia patut memilik buku yang sangat berinformatif dan istimewa ini...

Sila lihat review di bawah...

Kalau nak beli online dari penjualnya saya dah link kan di bawah... (Bukan saya yang jual, yang empunya link tersebut yang menjualnya secara online...)

Wassalam..

  Review 1:

AHLUL BAIT (KELUARGA) RASULLULAH SAW DAN RAJA RAJA MELAYU 

 AHLUL BAIT (KELUARGA) RASULLULAH SAW DAN RAJA RAJA MELAYU
Pengarang: Hj. Muzaffar Hj. Mohamad / Suzana Hj. Othman
ISBN: 983-30200-1-1 (Edisi kedua 2006)
Jumlah mukasurat: 496
Harga: RM 60.00



Buku `Ahlul-bait (keluarga Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu’ edisi pertama terbitan awal tahun 2001 dahulu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Judul tersebut kini menjadi bahan rujukan penting di pelbagai institusi termasuk Arkib negara dan perpustakaan-perpustakan negeri. Apa yang hendak kami tampilkan dalam karya terbaru ini ialah peranan dan jasa yang amat besar yang ditaburkan oleh generasi ahlul-bait awallun serta Raja-Raja Melayu dahulu kala dalam menjelma, melebur, mengacu dan membentuk tamaddun MELAYU ISLAM BERAJA, adat resam serta worldview’ bangsa Melayu. Dalam konteks situasi umat Melayu, hidupkan semula gagasan MELAYU ISLAM BERAJA warisan nenek moyang kita yang cemerlang itu. Mulakan dengan menelusi sejarah sebenar mereka dan falsafah pegangan mereka yang hakikat. 

Mudah-mudahan judul ini dapat menjadi media yang berkesan bagi ahlul-bait Rasulullah SAW dan bangsa Melayu untuk menggali, merenung dan menghayati titik temu asal yang dikongsi bersama. Semoga buku in juga bakal menerbitkan gerak kerja yang ikhlas berlandaskan kebenaran sehingga dapat menggapai kembali rahmat dan nusrah Allah pada bangsa kita. Ameen

Sumber:  Baca buku


--------------------------------

Review 2:

Buku AHLUL-BAIT (keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu setebal 496 mukasurat ini disusun oleh (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.

Antara persoalan yang diutarakan di dalam buku ini ialah:
* Apakah kaitan Raja-Raja Melayu dengan salasilah ahlul-bait Rasulullah SAW?
* Apakah pula relevannya Institusi Raja-Raja Melayu dalam konteks kehidupan Bangsa Melayu pada hari ini?

 
Buku ini cuba menyanggah persepsi sebahagian masyarakat Melayu yang menganggap Raja-Raja Melayu dari 'asal mana keturunan mana' yang dapat menduduki singgahsana hanya kerana tuah badan. Buku ini mendedahkan salasilah raja-raja Nusantara amnya, dan Raja-Raja Melayu khasnya, yang kebanyakannya mempunyai susur-galur keturunan termulia, iaitu tidak lain dari darah Rasulullah SAW sendiri.

Seharusnya Bangsa Melayu diberi kesedaran akan peri pentingnya Institusi Raja-Raja Melayu terus dipertahankan kerana mutakhir ini ia terdedah kepada pelbagai tohmahan yang tidak setimpal dengan jasa dan peranannya sebagai tonggak pelindung kedaulatan bangsa dan agama.

Antara bahagian yang terdapat di dalam buku ini:
* Keluarga & Keturunan (Ahlul-Bait) Rasulullah SAW
* Salasilah Raja-Raja Melayu dari Ahlul-Bait Rasulullah SAW
* Intipati dan Peraturan Raja-Raja Melayu
* Agenda Zionis menghancurkan tiga tonggak kekuatan umat Islam
* Satu Seruan: 'Kembalikan Tonggak Kekuatan Umat Melayu'


Sumber: Raja Menangis


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

24 April 2012

Serai Penawar Kanser???


 
 
SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan israel yang disembunyikan !!!.
MESTI BACA !!!

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

SUMBER: FACEBOOK: Amirul Hisham Amsar

23 April 2012

Bagaimana Menjadikan Makanan Yang Kamu Makan Sebagai "SYIFA'"

Makan berjemaah yang penuh keberkatan...


Assalamualaikum semua,

Satu kali, antara guru kami Sheikh Mehmet Adil memberikan suhbahnya.. Walaupun suhbah / tazkirah beliau selalunya pendek-pendek tetapi untaian mutiara ilmu berharga tidak putus-putus keluar dari kalamnya yang mulia...

Antara yang menjadi perhatian saya adalah berkenaan; 

"Bagaimanakah hendak menjadikan makanan yang kamu makan sebagai syifa' dan kesembuhan buat sekian banyak penyakitmu.."

Maka sheikh berkata, sebelum makan:

"Bacalah al Fatihah dengan niat dihadiahkan kepada Saidina Rasulullah saw, semua anbiya' dan awliya' khususnya guru yang berjasa etc..." Insya Allah makananmu akan menjadi syifa' kepada semua penyakitmu.. Insya Allah'

.. dan Sheikh juga mengingatkan agar dihabiskan licin-licin makanan yang berada di dalam pinggan atau talammu. Manalah tahu barakah dan syifa' itu terdapat di dalam butiran nasi terakhir di dalam pingganmu..

" Al Barakah fil Qalil"

Berkat itu senantiasa pada yang sedikit... Jangan menghina perkara yang sedikit dan remeh remeh di dalam kehidupan kita...

SELAMAT MENCUBA...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

 

22 April 2012

Mengharap Menjadi Sebutir Debu....

Sedangkan Maulana Jalaluddin ar Rumi sendiri “hanya” menyebut dirinya sebagai :
I am dust on the path of Muhammad, the chosen one..
 
"Kita hanya berharap untuk menjadi sebutir debu hina di jalan para awliya', itupun sudah berlebihan buat kita, " Sh Bahauddin Adil..

20 April 2012

Pengisian Modul 3 Separuh Hari KISWAH di Masjid Raub 1 Mei 2012

Berjumpa sekali lagi selepas hampir dua tahun...


Assalamualaikum semua...

Satu 'pengisian' bakal dianjurkan oleh Masjid Sultan Abu Bakar, Bandar Raub Pahang pada ketetapan berikut:

Tarikh 1 Mei 2012 bersamaan hari Selasa

Tempat: Dewan Masjid Daerah Raub; Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang...

Masa: 8 pagi sehingga 1.00 tengahari


Yuran: ....

Pengendali:
“Us Hayat al Azhari”
(B.A Hons Syariah al Azhar)

*Anak murid Us Syarhan Shafie dan penulis buku “Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus” ; Us Syarhan Shafie at Tobibi – SINAR ZAMDURANI*


Pengisian:

PENGISIAN BERKENAAN RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“SANTAU, SAKA, SUSUK dan KAEDAH SELUSUH ( Modul 3 )”

 
Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

8.30:  Tajuk 1: Perihal Santau dan rawatan

9.30:  Tajuk 2: Perihal Saka dan rawatan

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tajuk 3: Susuk dan Rawatan

12.00: Tajuk 4: Ibu Mengandung dan Kaedah Selusuh

......

Sila hubungi Imam Besar Masjid Daerah Raub: 017 9710162

( * Ijazah ruqyah tidak diberikan pada program kali ini, kerana tidak menepati modul sebenar KISWAH iaitu pembacaan ruqyah dan rawatan yang biasanya diadakan pada waktu petang, syarat pengijazahan adalah mendengar ruqyah terlebih dahulu. Permintaan dari penganjur supaya diadakan pengisian sehingga 12 tengahari sahaja. 

* Tiada rawatan pada hari berkenaan kerana KISWAH akan bergegas pulang ke Temerloh untuk rawatan di Pusat Rawatan. Segala hajat untuk berubat, silalah ke Pusat Rawatan KISWAH di Temerloh.)

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

18 April 2012

Workshop Whirling Dervish 2 di KISWAH 21 April 2012

Setiap atom menari di darat atau di udara
Sadari baik-baik, seperti kita, ia berputar-putar tanpa henti di sana
Setiap atom, entah itu bahagia atau sedih,
Putaran matahari adalah ekstase yang tak terperikan
.....

Assalamualaikum semua...

Insya Allah akan diadakan satu program khas:


BENGKEL MAWLAWI; WHIRLIING DERVISH

KISWAH TEMERLOH

21 APRIL 2012

SABTU MALAM AHAD

YURAN: SEIKHLAS HATI

PENYERTAAN: SAHABAT-SAHABAT ZAWIYAH SAHAJA.

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA: 017 9065131 


Satu-satunya lukisan Mawlana Jalaludin Rumi

Lukisan Rumi & Shalahuddin Faridun Zarkub oleh Omar Faruk Atabek
 Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...