**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 March 2013

Temuramah Pelajar KIPSAS di KISWAH 20 Mac 2013


Assalamualaikum semua...

Pada 20 Mac 2013 yang lalu, KISWAH dikunjungi oleh dua orang pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Mereka sedang melakukan penyelidikan dan kajian berkenaan konsep TERAPI RUQYAH SYARIYYAH dalam PERUBATAN ISLAM.

KISWAH mengalu-alukan kedatangan mereka yang bersusah payah datang dari Kuantan.

Perbincangan berlangsung secara dua hala dengan kondisi yang kondusif...

Saya secara peribadi berharap agar perkongsian ilmu tersebut dapat dimanfaatkan semaksima mungkin sama ada dari sudut pelajaran atau di luar kampus untuk kegunaan seharian.

Saya juga telah mengijazahkan dua buku terbitan KISWAH Publishing House iaitu, 'Handbook Ruqyah' dan 'Rahsia Air Jampi' untuk rujukan dan pengamalan mereka.




Semoga lebih ramai pelajar2 universiti sama ada IPTA atau IPTS membuat tesis, bahath, assignment atau kajian berkenaan dengan teknik perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah.

JazakALLAH kheir kepada anak2 murid muslimah yang sudi hadir... Harap maaf sebarang kesulitan. Jangan serik lagi untuk datang ke KISWAH. Bawalah pula rakan2 yang lain untuk menimba setitis ilmu dan pengalaman di teratak kami yang serba kekurangan ini.

Ahlan wa sahlan kepada semua ke teratak KISWAH.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...