Apapun yang penting kita istiqamah menunaikan Tarawih... |
29 July 2013
Trend Baca Quran Besar; Ayat Panjang Semasa Solat Tarawih Sehingga Banyak Kesalahan
"Disebabkan
trend, masjid dan surau kampung pun imam tarawihnya dok baca ayat2 susah pada
al Quran besar. Tapi bacaan imamnya banyak salah baris, tajwid dan waqaf.
Apabila jadi begini, barulah faham kenapa ulamak2 nusantara menyarankan agar dibaca
ayat2 lazim saja semasa tarawih memandangkan kapasiti dan keupayaan orang2
melayu kita. Sheikh Nuruddin pun menegaskan bacaan ayat2 lazim lebih afdhal
kerana lengkap ceritanya. Lagipun lebih mudah, susah tersalah dan tidak
membebankan orang kita..Kalau nak baca ayat2 panjang pun kenalah mentelaah dulu
surah2 tersebut di rumah.."
Tidaklah
salah trend begitu.. Tapi kenalah kaji ayat2 yang bakal dibaca apabila jadi
imam nanti. Ada
tok imam yang malu baca ayat2 lazim kerana semua dok pakat baca ayat panjang..
Maka digagahi bacaan pada al Quran besar dengan keadaan LEBAT kesalahannya...
hmmm.. sekadar lontaran minda...
..
kalau tanya saya... feel bacaan imam2 kampung yang baca... al Ikhlas rakaat
kedua 1 - 15 Ramadan dan al Qadr rakaat pertama 15 - 20 Ramadan memang lain
dari yang lain.. tenang je...
Lainlah
kalau dah masjid tu khas untuk para huffaz mengulangkaji hafazan atau makmum
yang gagah2 ; satu juzuk semalam yang dibaca oleh para huffaz yang pakar..
Yallaa... Tafaddhal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment