Ramadan Kareem Dari Keluarga KISWAH 1434 |
Ahlan Ya Ramadhan...
Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH di mana sahaja anda berada...
Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...
Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.
Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati...
Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani":
Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah"
Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.
Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..
Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....
Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA...
Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR....
AmIn Ya RABB....
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:
Amalan setiap hari Ramadan:
Membaca Bait2 Syair ini Sejam Sebelum Azan Maghrib Setiap Hari Sejam Sebelum Berbuka Puasa...
Di dalam Kitab Futuhat karya Sheikh Adnan:
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment