**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 July 2013

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan di bulan Ramadan


Rawatan Ruqyah untuk Merawati Pesakit Gangguan Syaitan. Masih juga terdapat gangguan sihir di bulan puasa yang terdiri daripada jin-jin kafir (syaitan) yang lemah.
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan.

1. Pandangan daripada Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menukilkan daripada al-Halimiy: “ Maksud dibelenggu atau dirantai itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat untuk sampai melakukan fitnah (menggoda) kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan. Ini disebabkan umat Islam ketika itu sedang menyibukkan diri dengan ibadah puasa yang berperanan melemahkan syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

2. Menurut pandangan Imam As-Syafie pula : “ hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.

3. Menurut Imam Abu Hanifah pula : “ Semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan sebelas bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri umat Islam. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika syaitan dibelenggu”. 

4. Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika ditanyakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitu syaitan yang degil atau melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

5. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat : “maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil atau melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith: 

Maksudnya: “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil atau melampau.”

6. Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan dan menggoda umat Islam serta menghiasi syahwat mereka.
7. Dinukilkan oleh Fadhilatul Syeikh ‘Atiyyah Saqr bahawa sebahagian ulamak ada menyatakan yang dimaksudkan “dibelenggu” itu ialah : “tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...