Ucapan di bulan Ramadan.. "Ramadan Kareem.. Jawabnya "WAllahu Akram.." |
09 July 2013
JADUAL BULAN RAMADAN PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH 1434H
Assalamualaikum semua..
Masya Allah wal Hamdulillah!!!!
Sedar tak sedar, kita telah berada di dalam bulan Ramadan al Mubarak!
BULAN AL QURAN
BULAN CAHAYA
BULAN IJTIMA'
BULAN FUQARA'
BULAN TAUBAT DAN RUJU'
BULAN DOA DAN I'TIKAF
BULAN FUQARA' DAN DUAFA'
BULAN IHSAN
BULAN MUNAJAT DAN TASABIH
BULAN KEJAYAAN
BULAN DAKWAH DAN IRSYAD
BULAN TARAWIH DAN QIYAM
BULAN IFTHAR DAN SAHUR
BULAN MALAIKAT DAN SALAM
BULAN GANJARAN
BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)
BULAN KEBAHAGIAAN
BULAN KUNCI SYURGA
BULAN KASIH SAYANG
BULAN KEAMPUNAN
BULAN KEAMANAN
BULAN IHSAN
BULAN ANAK2 YATIM
BULAN RAHMAT
BULAN KELEPASAN DARI NERAKA
BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN
... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.
Pesta Ibadah pun bermula!
Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:
JADUAL KISWAH BULAN RAMADAN
Pusat Rawatan KISWAH tidak akan mengadakan rawatan pada bulan puasa KECUALI pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu pada pukul 10 pagi - 11 pagi sahaja . Jangan datang lebih dari pukul 11 pagi.
Isnin – Rabu dibuka pada pukul 10 pg – 3 ptg untuk pembelian barang rawatan dan untuk membuat temujanji sahaja. Tiada rawatan!
Telefon dahulu sebelum datang !
3 Ramadan bersamaan hari Jumaat 12 Julai 2013:
Moreh selepas terawih di Surau Taman Jaya 3
4 dan 5 Ramadan bersamaan hari Sabtu Ahad 13 dan 14 Julai 2013:
Us Hayat Imam dan Tazkirah di Surau Taman Jaya 3
5 Ramadan bersamaan 14 Julai 2013
Kuliah Subuh Ustaz Hayat di Surau Taman Jaya 3
11 Ramadan bersamaan hari Sabtu 20 Julai 2013
Ifthar Jamaie bersama ahli keluarga KISWAH, terawih, tausiyyah Ramadan dan Maulid Ramadan khusus untuk ahli-ahli KISWAH....
.. dan satu majlis buka puasa, akikah, mawlid, solat terawih di teratak Mevlevi rumah Ustaz Hayat akan diberitahu nanti..
JADUAL SYAWWAL:
10 Syawwal bersamaan 17 Ogos 2013
Open House KISWAH di Teratak Mevlevi dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!
Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment