**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 October 2013

Mufti Pahang: Bomoh Boleh Dikenakan Tindakan Jika Mempraktik dan Menyebar Ajaran Syirik




http://www.rawatanislam2u.com/2013/10/program-ziarah-penaung-ngo-pengamal.html

Assalamualaikum semua,

Pada 27hb Okt 2013 bersamaan hari Ahad yang lalu, NGO KISWAH telah mengadakan program ziarah murabbi ngo kiswah..dato mufti pahang di kuantan.

Bermacam-macam ilmu yang diperolehi. Kami telah mengadakan sesi dialog hampir sejam lebih. Program diselangselikan dengan bacaan qasidah dan soal jawab.

Terima kasih atas layanan yang istimewa. Dato Mufti juga sempat mengajarkan kami zikir2 yang pernah diajarkan oleh gurunya Dr Rifaat dan Shaykh Mohd Hafiz di Mesir dahulu.Beliau juga mengatakan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah juga mengambil tarekat Tijani.Antara pengisian yang diberikan beliau:

Antara pengisian beliau:

1)Berkenaan rawatan Islam dan rawatan moden harus berkolobrasi.

2)Kepentingan pengajian bersanad dan mencari guru mursyid.

3)Kepentingan membantu masyarakat di seluruh negara dengan penuh keikhlasan.

4)Perlunya KISWAH mengumpul anak2 muda untuk aktiviti agama seperti pengajian kitab dan bermawlid.

5)Kepentingan melahirkan perawat Islam yang solehin, rajin mengaji dan mempunyai guru zikir.

6)Perawat Islam harus mempunyai pengetahuan dan kepakaran ilmu perubatan moden.

7)KISWAH perlu mempunyai projek ekonomi agar tidak dipandang rendah oleh mana2 pihak.

8)Bomoh yang menyalahi syara' boleh dikategorikan pembawa ajaran sesat yang boleh diambil tindakan.

9)Tidak boleh menyebar fahaman atau mazhab lain kecuali Asyairah wal Maturidiah dalam akidah dan Fiqh Syafie dalam bab fekah.

10)Peringatan kepada para asatizah; jangan menyebar fahaman yang menyalahi fatwa dan termaktub dalam mazhab Syafie contohnya talqin dan qunut.

11)Mereka yang membawa fahaman Wahhabi adalah mereka yang tidak menghormati ulamak dan fatwa2 sebelumnya serta muflis dalam memahami ilmu waqie (hal persekitaran masyarakat kini).

12)Jangan cuba pecahkan masyarakat dengan fahaman2 baru yang menyeleweng.

13)Pelajar2 agama juga digalakkan untuk belajar sampai PHD untuk usaha2 dakwah tertentu.

14)Kahwin ketika belajar dibolehkan jika membantu menaikkan pencapaian pelajaran. Betulkan niat untuk menuntut ilmu ketika ke luar negara.

15)Boleh beramal dan menyebarkan zikir tarekat yang ada silsilah sehingga Rasulullah saw secara jelas.

16)Perawat Islam perlu menguasai Bahasa Arab.

17)Hormati penguatkuasa agama di bawah naungan sultan serta hormati Kesultanan.

Insya Allah dalam posting yang berikutnya saya akan muatkan video dan pengisian yang telah diberikan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...