**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

06 August 2014

Ulasan Buku Handbook Ruqyah Syariyyah, Jampi Yang Menurut Syara', Panduan Perawat Meruqyah Pesakit Gangguan Makhluk Halus



ULASAN BUKU KECIL; HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH
(Jampi Yang Menurut Syara’; Rawatan Untuk Pesakit Gangguan Makhlus Halus; Teks Ruqyah Lengkap Berserta Khutbah, Doa Kesembuhan dan Selawat-selawat Pilihan)

Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 10.00 
ISBN: 978-967-11307-0-4
Tahun terbit: 2012
Jumlah Mukasurat: 84 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya. (Ayat 82, Surah al Isra’)
Abu Ubaid bin Talhah bin Mushrif RA pernah berkata: Adalah dikatakan bahawa:
“Apabila dibacakan al-Quran di sisi pesakit didapati penyakitnya bertambah ringan.”

Merupakan satu buku poket panduan lengkap bacaan ruqyah syariyyah yang dibacakan kepada pesakit gangguan makhluk halus. Buku ini sangat relevan bagi perawat Islam yang ingin merujuk teks ruqyah berserta khutbah, doa kesembuhan dan selawat pilihan ketika sesi ruqyah dijalankan.

Hayat Kiswah secara umumnya telah membahagiakan penulisannya kepada dua bahagian. Pertama; latar belakang kaedah ruqyah dari sudut dalil, persediaan rawatan, adab-adab meruqyah, tanda-tanda gangguan dan amalan pendinding diri. Kedua; penulis memfokuskan kepada teks bacaan 33 ayat ruqyah itu sendiri termasuk ayat tambahan seperti ayat syifa’, ayat kesembuhan penyakit fizikal, doa-doa kesembuhan, selawat-selawat pilihan dan khutbah dakwah kepada makhluk halus. Ayat-ayat yang perlu diulang, tempat yang perlu diniatkan (syahid ayat),khutbah yang bersesuaian untuk ayat ruqyah, penerangan ayat ruqyah yang dibaca dan maknanya juga disertakan.

Buku ini terbahagi kepada 13 bab yang terdiri daripada ayat-ayat pembukaan, ayatul kursiy, seruan kepada Islam, pembatal sihir, ayat-ayat pengajaran, ancaman dan amaran kepada jin. Selanjutnya disusuli pula dengan ayat-ayat syifa’ dan rawatan penyakit fizikal, al muawwizat, ayat-ayat tambahan, selawat-selawat pilihan, doa kesembuhan, penutup sesi ruqyah dan amalan pendinding dari sihir. Akhirnya buku diakhiri dengan ijazah ruqyah dari penulis.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada perawat, pesakit dan keluarga, pengkaji dan penuntut ilmu rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Malah bolehlah diibaratkan buku nota poket lengkap yang di dalamnya terkandung segala panduan perawat dan teks ruqyah ketika sesi rawatan.



 Cara pembelian: RM10 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".


ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...