**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 August 2014

Ulasan Buku Soal Jawab Ilmu Tauhid; Ahli Sunnah Wal Jamaah; Akidah Asyirah Wal Maturidiyyah

SOAL JAWAB ILMU TAUHID
(Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; Al Asyairah wal Maturidiyyah)

a



Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 17.00
ISBN: 978-967-11307-2-8
Tahun terbit: 2013
Jumlah Mukasurat: 156 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

“Sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Imam Murtada az Zabidi, bila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari dan Abu Mansur al Maturidi.”

Merupakan satu buku pengajian ilmu Tauhid yang lengkap dan relevan kepada semua muslimin dan muslimat. Buku ini merupakan ekstrak kepada kitab ‘Pati Faridatul Faraid’ yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah al Jambawi dan disampaikan melalui kaedah soal jawab. Isi kandungannya merangkumi semua tajuk yang wajib dipelajari oleh mukallaf untuk melayakkan mereka melepasi kewajipan fardhu ain. Buku ini juga layak dijadikan rujukan seisi keluarga dalam menjawab segala kesulitan berkaitan ilmu Tauhid khususnya perbincangan ‘Sifat Dua Puluh.’

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah mengemukakan bukti bahawa yang dikatakan ‘Ahli Sunnah wal Jamaah itu adalah pengikut ‘Al Asyairah wal Maturidiyyah’ dengan dalil-dalil yang konkrit. Penulis secara umumnya membahagikan buku ini kepada dua bahagia. Pertama;  memfokuskan latarbelakang Ahli Sunnah al Jamaah. Kedua; silibus pengajian ilmu Tauhid yang wajib dipelajar oleh mukallaf.

Buku ini terbahagi kepada 13 bab yang terdiri daripada latarbelakang Ahli Sunnah wal Jamaah, senarai ulamak Al Asyairah wal Maturidiah, pelajaran Tauhid di alam Melayu, iman, islam dan ihsan, hukum akal dan persoalan taqlid, mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya. Selanjutnya menyambung perbahasan berkenaan perutusan para nabi, kalimah syahadah, mengenal para malaikat, mengenal kitab-kitab Allah, perihal Rasulullah r, kemaslahatan yang enam dan isu riddah, dan akhirnya perkara sam’iyyat dan alam akhirat.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada muslimin dan muslimat tidak mengira latar belakang agama atau sebaliknya. Malah bolehlah diibaratkan buku poket atau nota yang di dalamnya terkandung segala pelajaran wajib kepada mukallaf. Mudah-mudahan buku ini layak menjadi rujukan kepada semua lapisan masyarakat sama ada orang awam, pelajar agama atau pengkaji.



  Cara pembelian: RM17 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".


ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...