**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 September 2017

Amalan Pendinding Rumah dan Kebun Yang Mudah Dari Dicerobohi

AMALAN PENDINDING RUMAH DAN KEBUN YANG MUDAH

Assalamualaikum semua..
(Ada bekas pesakit dtg ke KISWAH. Dulu pernah minta amalan pagar kebun dan ladang sebab ladang selalu diceroboh - habis sawit dikebas orang. Syukur ya Rabbi - selepas amal dgn izinNya jua... Tak berlaku dah perbuatan khianat tersebut )..

Ini posting lama berkenaan amalan tersebut.
Baru2 ni, Tuan Guru setelah diperdengarkan bacaan Surah al Kahfi pada hari Jumaat beliau telah mengajarkan satu amalan untuk 'weqayah' : penjagaan dan pendinding rumah dan kebun / ladang.....
Bertitik tolak dari ayat 39 Surah al Kahfi.
Bacalah penuh ayat 39 Surah al Kahfi: Wa Laula - Illa Billah ... atau sekadar baca:
1) "Masya Allah" dan
2) "La Quwwata Illa Billah" .. sebelum masuk ke rumah atau kebun / ladang.....
Tuan Guru menceritakan pernah dua orang lelaki yang setiap orang dari mereka memiliki sebidang tanah. Mereka duduk berjiran. Salah seorang darinya memang membaca ayat ni sebelum masuk ke dalam kebunnya.. Yang satu lagi tidaklah pernah dia amalkan ayat ini.. Dengan izin Allah, malapetaka terjadi, tanah pemilik yang tidak mengamalkan ayat tersebut habis terbakar manakala seorang lagi yang mengamalkannya selamat dari bencana tersebut.
Masuklah ke rumah dengan membaca dua ayat tersebut dan janganlah takut.. Jikalau bencana yang sangat bahaya datang sekalipun... Insya Allah dengan izinNYA penghuninya akan selamat... Insya Allah amalan para solehin ini ada rahsia, fadhilat, khasiat dan keberkatannya...
Apapun semuanya di tangan Allah Subhanahu wa Taala jua..... Yang memberi mudarat dan manfaat hanyalah ALLAH.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...