**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 July 2018

Promosi dan Pelawaan Menghantar Anak-anak Ke Kelas Pengajian Al-Quran Kiswah - Menengah dan Rendah


*Promosi dan Pelawaan Menghantar Anak-anak Ke Kelas Pengajian Al-Quran Kiswah - Menengah dan Rendah*

Assalamualaikum.
Dato2/ Tuan Guru2 / Tuan2 / Puan2 / Saudara / Saudari Yang Dirahmati Allah.

Berikut adalah maklumat berkenaan kelas tersebut:

*Anjuran dan seliaan:*
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) No. Pertubuhan: PPM 017 06 23102012 (NGO KISWAH) mengendalikan Pusat Pengajian Untuk Majlis Ta’alim, Tafaqquh dan Zikir serta Pengajian Al Quran.

*Penaung Kiswah:* Mufti Pahang

*Venue:* Ground Floor: No 17, Tingkat bawah dan 1, Jalan Jaya 7/1, Taman Jaya 7, Seberang Temerloh. Pusat pengajian terletak di depan Hospital Besar Temerloh.

*Umur:* Anak2 muslimin dan muslimat berumur 7 Tahun - 17 tahun (pelajar rendah dan menengah)

*Jadual:* 5 ptg - 7 mlm Isnin - Rabu

*Kaedah / buku:* Kaedah al Matien - beli di Ben Salim dan Mushaf al-Quran sendiri atau yang disediakan di Kiswah.

*Tenaga pengajar:* Para sukarelawan dan sukarelawati Lillahi Taala. Mereka diberi latihan dan dipantau terlebih dahulu ketua pengajar Ustaz Hayat dan Ustazah Mulia.

*Pakaian:* Sopan Menutup Aurat.

*Bermula* Bulan Ogos ini.

*Tugas Ibubapa* Sama ada hantar anak pukul 5 lalu diambil pukul 7. Atau tunggu sahaja anak2 baca dan ambil balik sesudah selesai bacaan.

Ibu bapa akan dimasukkan ke dalam group *Kelas al-Quran Kiswah* untuk informasi dan interaksi.

*Yuran:* Minimum. Akan di Whatsapp untuk ibu bapa yg berminat.

*Justifikasi yuran:* Untuk kelestarian kelas pengajian. Khusus untuk sewa, bil dan saguhati petugas sukarelawan yg mengajar. Bukan bertujuan komersil.

*SEJARAH:*

Pusat pengajian telah hampir tiga tahun dibuka kepada semua orang awam khususnya golongan dewasa berkerjaya yang ingin mempelajari asas Al Quran dan 'Tafaqquh Fardhu Ain Berkitab’ dalam bentuk kelas mingguan.

Pusat ini selama ini dijalankan bukan berunsurkan komersil kerana tiada yuran khas dikenakan.Namun begitu, sumbangan dari peserta dan orang ramai amat dialu-alukan. Pelbagai program telah dan akan diadakan seperti seminar fiqh solat, fiqh wanita, kursus fardhu ain, diskusi kitab bersama ulamak dan lain-lain. Ini adalah salah satu usaha kerdil pihak NGO kami berbakti kepada masyarakat atas semangat “Ke Arah Keluarga Muslim “Celik Agama”.

*Jadual pengajian lain*

*1) Kelas al Quran Dewasa:* Isnin – Rabu. (Muslimin: 9 – 11 malam. Muslimat: 3 – 5 petang)

*2) Kelas Tafaqquh Fardhu Ain Berkitab* ( Risalah Tauhid dan Bakurah Amani, Idaman Penuntut, Bidayatul Hidayah ): Pagi Ahad. (10 pagi – 12 tengahari)

*3) Kelas al Quran pelajar menengah dan rendah:*
5 ptg - 7 malam Isnin-Rabu.

Oleh itu, pusat pengajian memerlukan bantuan Tuan / Puan untuk survival dan operasi.

Sebarang sumbangan fi sabilillah bolehlah disalurkan ke NGO KISWAH melalui Ustaz Hayat - 0179065131 atau Ustazah Mulia 0179750665

Semoga segala jasa baik Tuan / Puan diganjari Allah Taala di dunia - dimurahkan rezeki dan di akhirat beroleh syurgaNya. Amin.

_Celik al-Quran, Celik Agama_

Allahu Haq, Hidayah Seluruh Alam,
Ustaz Hayat KISWAH
0179065131
Pengerusi NGO KISWAH

*P/S: JIKA BERMINAT MENGHANTAR ANAK ANDA - SILA DAFTAR DENGAN WHATSAPP KE NOMBOR DI ATAS.*

Pohon Share

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...