Saham akhirat - Rayuan Sumbangan utk kelas alQuran pelajar menengah dan rendah Majlis Tafaqquh Ngo Kiswah dpn HosHas Temerloh.
“SUMBANGAN MENJAYAKAN MAJLIS TAFAQQUH KISWAH”
Assalamualaikum. (Terima kasih SHARE dan SEBAR)
Dato2/ Tuan Guru2 / Tuan2 / Puan2 / Saudara / Saudari Yang Dirahmati Allah.
TERBARU: Bermula bulan Ogos ini, Majlis Tafaqquh Kiswah akan memulakan KELAS PENGAJIAN AL-QURAN KANAK2 SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH di bangunan baru di bawah pusat pengajian sedia ada. Justeru kami memerlukan sumbangan kewangan untuk:
1) Kos pendaftaran dan lesen - Deposit bangunan
2) Alatan kelas pengajian seperti whiteboard, rehal, mushaf al-Quran, sejadah, rak buku dll
3) Wiring, memperbaiki lampu dan kipas rosak
4) Air-conditioning
5) Bil dan bayaran kpd pengajar
SEJARAH:
Pusat pengajian telah hampir tiga tahun dibuka kepada semua orang awam khususnya golongan dewasa berkerjaya yang ingin mempelajari asas Al Quran dan 'Tafaqquh Fardhu Ain Berkitab’ dalam bentuk kelas mingguan.
Pusat ini selama ini dijalankan bukan berunsurkan komersil kerana tiada yuran khas dikenakan.Namun begitu, sumbangan dari peserta dan orang ramai amat dialu-alukan. Pelbagai program telah dan akan diadakan seperti seminar fiqh solat, fiqh wanita, kursus fardhu ain, diskusi kitab bersama ulamak dan lain-lain. Ini adalah salah satu usaha kerdil pihak NGO kami berbakti kepada masyarakat atas semangat “Ke Arah Keluarga Muslim “Celik Agama”.
Jadual pengajian:
1) Kelas al Quran Dewasa: Isnin – Rabu. (Muslimin: 9 – 11 malam. Muslimat: 4 – 6.30 petang)
2) Kelas Tafaqquh Fardhu Ain Berkitab ( Risalah Tauhid, Idaman Penuntut, Bidayatul Hidayah ): Pagi Ahad. (10 pagi – 12 tengahari)
3) Kelas al Quran pelajar menengah dan rendah:
Sesi 1: 3 - 5 petang . Sesi 2: 9 - 11 malam.
Oleh itu, pusat pengajian memerlukan bantuan Tuan / Puan untuk survival lantas mengurangkan beban pengurusan kelas setiap bulan.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun NGO KISWAH;
Maybank 556057503843 atas nama “Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam” dan dimaklumkan kepada saya.
Semoga segala jasa baik Tuan / Puan diganjari Allah Taala di dunia - dimurahkan rezeki dan di akhirat beroleh syurgaNya. Amin.
Yang benar,
Ustaz Hayat KISWAH
017 9065131 www.rawatanislam2u.com
Pengerusi NGO KISWAH
No comments:
Post a Comment