**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 March 2011

Gelombang Penyembuhan Dari Bacaan al Quran

Sahabat2 Kiswah,

Saya ingin memetik satu tulisan baru oleh Dr.Abduldaem Kaheel mengenai kesan yang amat menakjubkan hasil kajian beliau mengenai pembacaan AlQuran terhadap pesakit

Dr. Abduldaem menulis:-

Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup Anda. Anda bisa mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup Anda benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya. Apa yang harus Anda lakukan adalah mendengarkan pembacaan Alquran sebanyak yang Anda dapat setiap saat: di pagi hari, petang hari, di malam hari, ketika Anda sedang tidur, ketika Anda bangun dan sebelum tidur. Yang Anda perlukan untuk mendengarkan Alquran adalah memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau peralatan audio yang lain.



Bunyi bacaan Alquran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini memberikan kesan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser sekalipun. Kanser adalah suatu kelainan pada sel, sehingga memperdengarkan Alquran bererti memprogram sel seperti komputer yang penuh virus yang “diformat ulang” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja efektif. Inilah program buatan yang manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, pencipta semua manusia?



Efek/Kesan yang menakjubkan yang dihasilkan dari mendengarkan bacaan Quran

Terus-menerus mendengarkan bacaan Alquran memberi Anda hasil yang nyata berikut:

– meningkatkan kekebalan tubuh

– meningkatkan kreativiti

– meningkatkan kemampuan konsentrasi

– menyembuhkan penyakit kronik

– mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan

– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf

– menyembuhkan kegelisahan, dan iritasi

– meningkatkan kemampuan mengambil keputusan yang tepat

– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu

– meningkatkan dan memperkuat kepribadian

– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

– meningkatkan kemampuan pidato

– melindungi dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

– Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok.


Pembaca yang budiman! Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil eksperimen yang saya sendiri lakukan terhadap diri saya beberapa ketika dahulu (Pengalaman Dr. Abduldaem) : Seingat saya, saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tapi setelah terus-menerus mendengarkan Alquran ternyata saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidupku berubah dan mengapa? Tapi setelah saya membaca tentang teknik nubuwah dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia kekuatan AlQuran melalui ruqyah ini membawa perubahan besar dalam hidup saya. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Alquran terus menerus.

Kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba: apapun Anda menghabiskan waktu Anda dalam membaca atau mendengarkan Alquran, Anda akan menemukan bahwa kali ini tidak akan sia-sia sekalipun. Jika anda sakit atau mengahadapi apa jua bebenan kehidupan, perdengarkanlah AlQuran dan hayati iam InsyaAllah AlQuran itu syifa' dan rahmah untuk anda!



Petikan : Dr. Abduldaem Al-Kaheel

25 March 2011

Sumbangan Kepada Tabung Pembinaan Pusat Rawatan KISWAH dan Projek Surau (Sufi Centre) KISWAH


Bersedekah Adalah Kaedah Penyembuhan Paling Berkesan!

Untuk pengetahuan semua,

Sebahagian dari pendapatan KISWAH melalui seminar, kem, jualan cd, ebook dan handbook dimasukkan ke:

TABUNG PERUBATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH UNTUK MENYEMPURNAKAN FASILITI, KELANCARAN PERGERAKAN, AKTIVITI PERUBATAN, PEMBINAAN PUSAT RAWATAN BARU DAN MUSOLLA KISWAH (KISWAH SUFI CENTRE), TEMERLOH PAHANG.

Ustaz Hayat an Naqshbandi: 017 9065131

Ini adalah perancangan jangka masa panjang kami untuk merealisasikan pembinaan pusat rawatan dan musolla @ sufi / tazkiyyatun nafsi centre di tanah pusaka milik KISWAH yang setakat ini direncanakan di Lubuk Rakit, Temerloh.

Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan baru dan surau KISWAH bolehlah disampaikan oleh pembaca yang budiman dalam bentuk derma, zakat, wakaf, kafarah dan nazar bolehlah menghubungi pihak KISWAH atau terus ke akaun:Fakhrul Ridzha bin Abd Rahman

No Akaun Bank Islam: 06028020377680

24 March 2011

Pengumuman Penukaran Tempat Seminar Kota Tinggi

Semoga Dakwah Tersebar!
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Assalamualaikum semua...





Dimaklumkan bahawa seminar KISWAH modul 1 dan 3 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April akan datang, yang sebelum ini dijadualkan akan berlangsung di Kota Minda Jalan Mersing-Kota Tinggi akan berpindah ke:





Madrasah Tahfiz Al Akbar, Kg Panti, Kota Tinggi Johor.





Penyertaan dihadkan kepada 50 orang peserta yang mula2 mendaftar...





DAFTAR SEGERA!!!





Sekian Dimaklumkan...

22 March 2011

> 10 KESALAHAN LAZIM dlm Perubatan Komplementari, - Risalah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari



Klik untuk BESAR dan BACA!



Berikut Disenaraikan 10 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan dan Anda Perlu Mengetahuinya:


Kesalahan 1
Tidak memilki permit kerja yang sah


Kesalahan 2
Menggunakan logo kerajaan dan bahagian perubatan Tradisional dan Komplementari


Kesalahan 3
Mengedarkan produk (dalam bentuk ubat) yang tidak berdaftar dengan KKM


Kesalahan 4:
Pusat Refleksologi dan pusat SPA menyediakan perkhidmatan yang tidak bermoral dan MENJIJIKKAN


Kesalahan 5:
Tidak berdaftar dengan badan pengamal.


Kesalahan 6:
Mendapat sijil kelayakan PALSU! - Dr / Professor / Sir - hanya bayar anda dapat


Kesalahan 7:
Menggunakan gelaran Dr. (Dokror) pada nama. Menggunakan gelaran ini adalah salah di sisi undang undang


Kesalahan 8:
MENJALANKAN BEDAH BATIN! - Hukumnya adalah haram, syirik dan merupakan sihir.


Kesalahan 9:
Pengamal memberi jaminan sembuh selepas mendapatkan rawatan di tempatnya.


Kesalahan 10:
Mengiklankan penyakit kronik dan serius. (Clain boleh menyembuhkan penyakit serius)



Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Sila Sebarkan..

20 March 2011

Kenangan Seminar di Sg Besar













Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah seminar di Sg Besar telah sudah seminggu berlalu....

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam Pemilik Jagat raya kerana pada kali ini seminar dapat berlangsung dengan jayanya...

Syukur ke hadratNYA kerana kami diberi peluang berdakwah sekali lagi, dan pada kali ini di Sg Besar Selangor yang menyaksikan lebih kurang 50 peserta lebih yang menyertai seminar yang tawadduk tapi meriah ini....

Sekalung perhargaan saya tujukan kepada al Fadhil Us Nazri al Hafiz, mudir Pusat Bimbingan al Quran Syatibi beserta ajk pelaksana yang telah bertungkus lumus berjuang dan berkorban khusus untuk menjadikan program kita pada kali ini menjadi kenyataan...

Kami bertolak ke Sg Besar selepas Asar hari Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 12 malam.. Rombongan KISWAH pada kali ini disertai oleh Us Kasim, Us Zul Bentong, Us Kahfi dan Us Atif yang masih menuntut di Universiti al Azhar Mesir yang sanggup mengorbankan masa fi sabilliLLAH demi berdakwah menentang kesyirikan dan perbomohan yang masih berkarat di dalam masyarakat kita..

Pada hari yang kedua; pihak KISWAH diberi peluang untuk mengadakan klinik rawatan KISWAH. Seramai lebih kurang 45 orang pesakit bertandang ke pusat al Quran Syatibi untuk menerima rawatan... Alhamdulillah sehingga tarikh ini, banyak respond dan perkembangan baik pesakit2 yang menerima rawatan pada hari itu...

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan hadirin hadirat yang hadir pada hari tersebut termasuklah perawat2 dari Darussyifa' yang berdekatan kerana menunjukkan sokongan yang sepatutnya demi menegakkan kedaulatan perubatan Islam sebenar di negara Malaysia yang tercinta ini....

Terima kasih Allah......

Allahu HaQ!!! Hidayah Seluruh Alam...!

17 March 2011

Jangan lupa kelas tafaqquh KISWAH pada malam esok.


Halaqah Ilmu di KISWAH
Assalamualaikum semua...

Kepada semua anak2 murid KISWAH sama ada di Temerloh, Raub, Bentong, Kuantan, Sg Besar, Teluk Intan, Kota Tinggi dan Lembah Klang.. dimaklumkan bahawa:

KELAS TAFAQQUH PERUBATAN ISLAM

Tarikh: 19 Mac 2011

Masa: 8.00 malam

Tempat: Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang

Semua anak2 murid KISWAH dijemput hadir...

15 March 2011

GEMPAR Harian Metro Hari Ini: BENARKAH PERKARA INI!!!???

Baca Yasin mengundur


BIMBANG...Siti mendedahkan ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak.
BIMBANG...Siti mendedahkan ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak.

SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.


“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.


“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.


LIHAT DI METRO


10 March 2011

Jangan Lupa Seminar Kita di Sg Besar Esok dan Klinik Lusa!!!


Semoga Dakwah Perubatan Islam melalui wadah KISWAH berkembang di bumi Malaysia yang tercinta ini... Membebaskan masyarakat dari karat kesyirikan dan perbomohan... Amin Ya Rabb...


Assalamualaikum semua...


Jangan lupa seminar 1 dan klinik kami di Sg Besar Selangor pada hari esok.. Insya Allah kami akan bertolak dari Temerloh pada petang ini.. Doakan kami semoga Allah membekalkan kami dengan niat yang ikhlas menyebarkan dakwah dan membantu pesakit sekitar Sg Besar...

Semoga Allah, RasulNya yang terCINTA, para anbiya', awliya' dan mursyid yang tercinta meredhai perjuangan kami....

Bihurmatil Habib... Al Fatihah!


Jemputan Seminar 1 dan KLINIK KISWAH Di Sungai Besar 12 & 13 Mac 2011


TENTATIF PROGRAM SEMINAR PERUBATAN ISLAM.


SEMINAR PERUBATAN ISLAM 2011 & KLINIK RAWATAN ISLAM KISWAH
Anjuran:
Jama'ah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) PBQS.
Pensyarah:
A.F Ust. Hayat Al-Azhari An-Naqsyabandi

Pengarah Urusan & Pengasas KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

Tarikh Seminar:

12 Mac 2011 ( Sabtu ) - Jam 8.00 Pagi
Yuran RM60.00
( Bahan Seminar, Makan & Sijil )

Tarikh Klinik Rawatan:

13 Mac 2011 ( Ahad ) - Jam 9.00 Pagi
Tempat:
Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah
Tmn. Gemilang, Sg. Besar, Selangor D.E

Terbuka kepada MUSLIMIN & MUSLIMAT.... Daftarlah Sekarang !
Sila SMS: NAMA-NO. K/P -TEMPAT hantar ke 0192360579
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Ustaz Nazri ( 0192360579 )
Ustaz Othman ( 013-5287321 )

09 March 2011

Illuminati Bunuh Michael Jackson / Mikael???

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Kenangan MJ bersama anak-anaknya (kanan) Prince Michael 1, Paris dan Blanket
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak media Amerika, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Bekas pengurus Michael Jackson
Pada 12.30 25 Jun, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata, "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik apabila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih. Tambahan pula kes ini berlaku di Amerika Syarikat, negara yang mempunyai teknologi termaju.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.
Akhirnya MJ dibawa ke hospital selepas pelbagai kerenah dilakukan pihak hospital
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN, semasa ditemuramah, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik juga mengapa seorang Presiden sangat bersungguh-sungguh menyatakan tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan. Jika benar MJ mahu membunuh diri, mengapa pula MJ bersungguh-sungguh berlatih selama 2 bulan untuk konsertnya? Tambahan pula, orang yang ingin membunuh diri selalunya akan menunjukkan rasa 'kesal' atau 'berat hati' untuk meninggalkan keluarganya. Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Namun CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian MJ yang dilakukan secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, ibu MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Untuk rekod, Debbie Rowe adalah seorang Yahudi. Beberapa persatuan Yahudi di Amerika Syarikat sekarang sedang bersungguh-sungguh untuk membantu Debbie untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak MJ yang sebenarnya sudah terlalu banyak terdedah dengan Islam.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Ini kerana sebenarnya mayat MJ tidak pernah ada dalam keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mengngaburi mata dunia kononnya MJ bukan seorang Islam.

Saya telah menyediakan "Video Konspirasi Pembunuhan MJ". Walau bagaimanapun, video ini akan dihapus pada bila-bila masa. Bukan kerana saya yang akan membuangnya tetapi Youtube mungkin akan membuang video ini bila bila masa sahaja kerana maklumat yang tidak menyokong Illuminatti dan Zionist. Sekiranya anda tidak tahu apa itu Illuminati. Anda boleh search www.ibnuyaacob.com atau saint-guerre.blogspot.com di ruangan search blog saya. Maklumat ini tidak berguna sekiranya anda tidak kenal apa itu Illuminati.

Selamat menonton. (Video Ini dalam Bahasa Inggeris)

Kepada yang rajin, analisa lirik Michael Jackson
(lagu yang ditujukan kepada secret society illuminati, yang menimbulkan masalah kepada karier Michael Jackson)

skinhead, deadhead, everybody gone bad
situation, aggravation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
bang bang, shock dead, everybodys gone bad.

chorus:
all i wanna say is that
they don't really care about us
all i wanna say is that
they don't really care about us

beat me, hate me, you can never break me
will me, thrill me, you can never kill me
chew me, sue me, everybody do me
kick me, hike me, don't you black or white me

chorus

tell me what has become of my life
i have a wife and two children who love me
i am the victiom of police brutality, now.
i'm tired of being the victim of hate,
you're rapin' me of my pride
of for god's sake
i look to heaven to fulfill its prophecy....
set me free

skinhead, deadhead, everybody gone bad
trepidation, speculation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
black man, black mail, throw the brother in jail

chorus

tell me what has become of my rights
am i invisible cause you ignore me?
your proclamation promised me free liberty, now.
i'm tired of being the victim of shame
they're throwing me in a class with a bad name
i can't believe this is the land from which i came.
you know i really do hate to say
the government don't wanna say
but if roosevelt was livin',
he would't let this be, no no.

skinhead, deadhead, everybodys gone bad
situation, speculation, everybody litigation
beat me, bash me, you can never trash me
hit me, kick me, you can never get me

chorus

some things in live they just don't wanna see
but if martin luther was livin'
he wouldn't let this be

skinhead, deadhead, everybody's gone bad
situation, segregation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
kick me, hike me, don't you wrong or right me

chorus
Kenangan dua orang tokoh terkemuka dunia yang sangat tidak
dijangka akhir hayat mereka akan diselubungi oleh pelbagai konspirasi
Sebelum MJ dikatakan cenderung ke arah Islam, MJ dikatakan agak rapat dengan beberapa orang pemimpin Yahudi. Ini boleh dilihat pada khidmat bekas penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson yang merupakan seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach.

Kesimpulan

Apabila MJ yang dianggap sebagai bintang paling top di dunia lebih cenderung ke arah Islam, Yahudi atau lebih tepat lagi Illuminati telah merasa tergugat dengan keadaan ini. Bayangkanlah, MJ yang mempunyai pengaruh besar terutamanya dikalangan orang Kristian dan Afrika di Eropah dan benua Afrika 'memeluk Islam'. Mereka bimbang jika pengIslaman MJ akan mempengaruhi berbilion peminat-peminatnya di seluruh dunia. Kini, MJ telahpun pergi meninggalkan sejuta kenangan pahit dan manis. Saat Allahyarham Mikaeel masih bernyawa, pihak-pihak Illuminati melalui agen-agennya, seperti media tidak henti-henti menyerang Allahyarham dengan pelbagai cara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham.

sumber

08 March 2011

Jangan keluar rumah waktu SENJA: Waktu JIN berkeliaran!


Nabi Muhammad saw menyuruh kita 'mengurung' anak2 kita di dalam rumah pada waktu senja kerana bimbang diganggu oleh jin dan syaitan!


Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [HR Bukhari]

Asslamualaikum semua...

Tahukah anda???? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!

Ada beberapa waktu yang sangat kritikal yang mana jin sangat suka berkeliaran...

Antaranya:

Waktu yang paling disukai jin adalah waktu SENJA... Waktu ini jin berkeliaran mencari mangsa...

Sebab itulah:

1) Pesakit gangguan sihir tidak digalakkan keluar pada waktu ini.. Duduk saja di rumah pada waktu ini. Keluar berjalan2 di luar rumah pada waktu ini menyebabkan pesakit gangguan sihir bertambah kritikal!

2) Anak2 kecil hendaklah diperambat balik ke rumah.. bukan dibiarkan berkeliaran dan dibawa berjalan2 di pasar malam @ pasar senja... Nabi saw menyuruh ibu bapa 'mengurung' anak2 di dalam pada waktu senja kerana jin dan syaitan suka mengganggu anak2 kecil pada waktu senja...

JADI:

Jangan salahkan sesiapa jika anak anda menangis malam dua minggu berturut2 jika yang menyebabkan anak anda menjadi begitu adalah anda sendiri sebagai akibat dari membawa mereka keluar rumah pada waktu SENJA'; berjalan di pasar malam....

Ada beberapa waktu lagi yang menjadi waktu faveret jin untuk keluar:

-waktu Magrib- malam menjelang

-di tengah malam

-masuk ke rumah yang sudah lama ditinggalkan

-ketika berubat dengan bomoh

-bersangatan marah

-melalui jalan sunyi

-terdengar bunyi binatang-himar

-sewaktu hubungan seks yang tidak dimulai doa


Oleh itu berhati2 dan berwaspadalah pada waktu2 ini!!!

06 March 2011

Seminar KISWAH Modul 1 dan 3 di Kota Tinggi 9 dan 10 April


Bersama Sebarkan CINTA

Seminar Rawatan Islam Ruqyah Syari'yyah 2011

tarikh :

9 april 2011 , sabtu,modul 1 (rm60)

10 april 2011,ahad, modul 3 (rm 60 )

TEMPAT

R & R Kota Minda
batu 15,Lot 2422
jalan kota tinggi-mersing
81900 kota tinggi johor





oleh:

pusat rawatan islam KISWAH Rukyah Syariyyah.


anjuran bersama:

MADRASAH Tahfiz Al- Akbar,Kg Panti,Kota Tinggi
&
Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9,JOHOR.
&
PERUBATAN JAWI,(khaleed al waleed network).\


SEGERA hubungi:

Ustaz Mohd Zaki 0177600775 ( PENYELARAS)

Ustaz Azhari 0197013812 (Madrasah Tahfiz al-Akbar)

Cikgu Kamal 0127259255( Silat Melayu Lok 9,Johor )

PJS Khalid Bin Salim 0127560331 ( Perubatan JAWI )


" BERSAMA MEMARTABATKAN PERUBATAN TIBBUN NABAWI "
1 KELUARGA 1 PERAWAT ISLAM


Tempat terhad 50 peserta sahaja.

* penginapan utk individu/keluarga terhad.tempahan awal diutamakan.

* bayaran 50 % utk tempahan pendaftaran.

* sijil penyertaan dan ijazah amalan disediakan.

* syarat utk menyertai modul 3 mesti menyertai modul 1 dan 2

* sebahagian yuran akan di infaq ke dana kebajikan pelajar madrasah tahfiz al-akbar,kg panti,kota tinggi.

Harap SEBAR-SEBARKAN!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

03 March 2011

KISWAH di Sinar Hari ini Edisi Rehal; Ilmu Tunduk Suami



Dapatkan Sinar Harian Pada Hari Ini;

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Semoga Dakwah Tersebar

Ilmu penunduk Masihkah menjadi buruan?

Takut kehilangan suami, terutama akibat godaan gadis menawan, ramai wanita di negara ini, terutama mereka yang bergelar isteri, mengamalkan pelbagai pendekatan khurafat bagi menundukkan suami supaya rumah tangga sentiasa harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.

Mengamalkan ilmu penunduk suami menjadi pilihan sang isteri. Apa tidaknya, bila melihat si suami patuh dan akur dengan segala kehendak isteri tercinta, semestinya kepercayaan isteri terhadap ilmu penunduk bertambah-tambah bila mana ilmu itu ‘menjadi’ dalam sekelip mata. Akibatnya, tindakan syirik itu terus dipraktikkan kerana diyakini mampu menjadi benteng untuk menjinakkan suami daripada ‘makan luar’.

Berdasarkan pandangan ustaz dan pembacaan penulis dalam buku-buku agama, punca sebenar isteri menggunakan ilmu penunduk kerana suami mempunyai hubungan sulit atau mempunyai isteri lain, namun perkara paling utama kerana isteri mengalami rasa rendah diri yang amat sangat dan tidak mempunyai kepercayaan pada diri sendiri untuk menambat hati suami. Ketakutan dirinya akan dimadukan juga menjadi antara faktor isteri melakukan perkara yang terkutuk itu.

Selain itu, ada juga di antara faktor seperti suami yang sering curang, garang dan pemarah menjadi punca sang isteri bertindak sedemikian.

Mengamalkan ilmu penunduk ini sebenarnya dilakukan oleh semua insan tidak kiralah mereka yang cetek ilmu agamanya atau yang bijak dalam hal ehwal agama.

Memilih untuk menundukkan suami dengan cara mengamalkan ilmu penunduk sebegini rupa merupakan cara paling mudah dilakukan dan terdapat ramai bomoh atau pawang yang boleh diupah untuk menurunkan ilmu syirik itu dengan bayaran tertentu.

Kadangkala setelah mereka merasa terlalu lama berdoa dan merasai doa tersebut tidak dikabulkan, maka mereka memilih jalan ini yakni setelah dibisikkan syaitan laknatullah. Perlu diingat, Allah mencintai orang-orang yang sering atau selalu meminta dan berdoa kepadanya.

Firman Allah dalam Surah Ghafir ayat ke-60, bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.”

Ilmu penunduk

Ilmu penunduk merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ia membawa syirik kepada Allah SWT kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Allah dengan cara berdoa sebaliknya meminta kepada manusia yang lain.

Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan. Adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagiaan rumah tangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.

Nasi kangkang atau nasi tangas

Perawat Pusat Rawatan Islam Kiswah Ruqyah Syariyyah cawangan Klang, Ustaz Zailan Ibrahim, 43, berkata, ilmu penunduk yang paling digemari masyarakat Malaysia kini ialah susuk penunduk, minyak pengasih dan nasi kangkang.

Menurut beliau, dalam kebanyakan ilmu penunduk itu, hanya mereka yang berhati buruk sahaja yang sanggup melakukan nasi kangkang demi mendapatkan suami yang taat dan takut serta tunduk kepada mereka.

“Nasi kangkang disediakan isteri yang ingin menundukkan suaminya, caranya di mana
nasi ataupun makanan yang masih panas itu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal) seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Lebih berkesan lagi sekiranya orang yang melakukannya itu berada dalam keadaan kotor (haid).

“Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri,” katanya.

Ustaz Zailan berkata, perbuatan terkutuk yang dilakukan isteri itu sememangnya haram dan akan dilaknat Allah. Syurga di bawah telapak kaki suami, maka sekiranya isteri sanggup melakukannya, nerakalah balasannya kelak. Nauzubillah.

Mengulas tentang kepercayaan masyarakat moden terhadap hal-hal sebegini, Ustaz Zailan berkata, perbuatan mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir itu sebenarnya masih wujud walaupun zaman sudah berubah.

Diakui, jalan penyelesaian kepada pergolakan rumah tangga yang berlaku pada hari ini dilakukan dengan cara menemui kaunseling, tetapi bagi mereka yang merasai tiada jalan lain maka mereka memilih jalan sebegini sebagai langkah untuk tidak kecewa, yang akhirnya menjadi syirik pada Allah SWT.

Di dalam Islam, sihir sememangnya salah dan ia adalah perkara yang amat ditentang kerana pertolongannya datang daripada kalangan syaitan.

“Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkan agar rumah tangga menjadi lebih teguh dan utuh,” katanya.

Kesimpulannya, ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumah tangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumah tangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya.

“Kepada mereka yang mengamalkan ilmu tersebut, kesannya dibenci oleh Allah dan diberikan jiwa yang kucar kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan.

“Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya,” ujarnya.



http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8801287.asp

02 March 2011

Panduan Mencari Perawat

"Sebaik2 ubat itu adalah al Quran" - Hadis Nabi Muhammad saw

Kaedah al Quran adalah kaedah rawatan yang paling hebat dan berkesan!

Seperti yang dibincangkan di dalam Forum Ruqyah Syariyyah oleh TA dan rakan2 KISWAH:

Hebatnya aku............


Dalam pencarian rawatan maka pesakit akan bertemu dgn berbagai bentuk rawatan dan semuanya akan mengaku boleh buat dengan berbagai kaedah yang di turunkan....... Saya harap pesakit dapatlah berhati hati dengan perakara ini......



1. Saya dah tahu dah maksud di hati anda


2. Pada anda ada......hantu raya, pelesit, saka, polong, puntianak, jenglot, toyol


3. Semua ini berasal dari keturunan sebelah mak angkat


4. Besar benar hantu yang ada pada awak


5. Hantu yang ada pada awak kuat


6. Kalau awak main main nanti dia akan hisap darah awak


7. Jaga malam ini dia akan datang


8. Saya dah pun bunuh hantu itu


9. Kena bedah keluarkan susuk itu


10. Saya pecahkan batu karang dalam perut itu


11. Saya dah tambat / ikat


12. Malam nanti saya datang dalam mimpi awak


13.awak pejam mata dan tengok di mana barang sihir itu


14. awak pejam mata dan tengok sendiri siapa buat jgn bagi tahu saya


15. awak pejam mata bayangkan awak tikam hantu tu


16. Awak bagi saja apa dia minta........kalau dia suruh sedekah awak sedekah kat mesjid


17. Korban ayam kambing.......untuk sedekah pada org miskin jin tu suruh


18. Jin yang ada kat awak ini membawa kebaikan kalau ada apa apa dia akan bantu


19. Saya kena mandikan awak sorang sorang (perawat lelaki pesakit perempuan)


20. Dia duduk di kemaluan awak saya kena ambil sekarang jugak


21. Mandi bunga saya kena siramkan (pesakit lelaki perawat perempuan)


22. Tepuk bantal dan sebut nama saya


23. Letak beras, bertih, gula, asam di tengah rumah


24. Jgn bersama isteri untuk 3 bulan


25. Jangan tegur mak ayah awak nanti awak sakit


26. ooo awak kena sediakan mahar rm1.25


27. kain kuning dan kain merah mesti bawak nak tanam belakang rumah nnti


28gangguan awak ni sgt kuat, tapi x pe... sy boleh lawan


29 ada 4-5 ekor jin dok bertenggek kat bahu awak, sebab tu dok lenguh bahu je....


30awak jgn risau, kalau pakai susuk ni, susuk ni jenis yg pandai, 40 hari sebelum awak


mati, susuk ni akan keluar sendiri


31 ni bekas tunang, bekas isteri dan janda awak yg hantar, sebab dengki kat awak.....


32 nanti saya sembelih jin tu....


33 nanti sy kurung tu, sy ikat jin tu dgn belenggu api neraka (errr macam pernah dengar ni pedihnya telinga) hehehehe


34 ini sihir dari sedara sendiri ni, kalau nak hapuskan sihir tu kena baca 40000 kali Surah Al- Waqiah dlm masa seminggu. kalau tak boleh akan kena pada anak awak. saya boleh tolong bacakan 40000 surah tu dlm masa 1minggu. tapi kena 20 buah Al-Quran letakkan kat lima mesjid yg ada solat jumaat. kemudian tu Duit RM 4000.00 sedekahkan kat mesjid tapi dengan syarat (tak ingat syaratnya dah). kalau tak mampu boleh saya wakilkan.....


35 Takpe jin ni baik nanti saya susunkan....
Jin ni juga mengajar ilmu tasawuf , fiqh dan lain2 ilmu islam...tak pe boleh berubat dgn dia...


36 ooo awak kena sediakan mahar rm1.25 .......kain kuning dan kain merah mesti bawak nak tanam belakang rumah nnti..........


37. gangguan awak ni sgt kuat, tapi x pe... sy boleh lawan


38. ada 4-5 ekor jin dok bertenggek kat bahu awak, sebab tu dok lenguh bahu je....


39. awak jgn risau, kalau pakai susuk ni, susuk ni jenis yg pandai, 40 hari sebelum awak mati, susuk ni akan keluar sendiri


40. ni bekas tunang, bekas isteri dan janda awak yg hantar, sebab dengki kat awak.....


41. nanti saya sembelih jin tu....


42. nanti sy kurung tu, sy ikat jin tu dgn belenggu api neraka


43. ni susah nak pulih sebab barangan sihir tu masih tertanam 4 penjuru rumah awak,


44. selagi x buang, awak pegi la berubat kat mana pun, x kan sembuh.tapi x pe, walau


45 pun kita kat perak, sy boleh tarik barang yg katu rumah awak dikelantan tu....


46 kita tarik secara ghaib


47 kalau awak nampak, di belakang sy ada tok wali yg dok tolong saya.....


48. Takpe jin ni baik nanti saya susunkan....


49. Jin ni juga mengajar ilmu tasawuf , fiqh dan lain2 ilmu islam...tak pe boleh berubat

dgn dia...


50. Masukkan RM200 pastu tepon ambo .....nanti ambo transfer ilmu tuuu ....pastu boleh berubat sendiri


51. hehehehe... awak bank in duit dulu, mlm ni sahabat sy tu akan dtg.... dia akan ketuk pintu tgh malam... awak buka pintu tu... tapi awak mungkin x nampak dia, tak pe, jemput je dia masuk rumah.... nanti dia akan mula bertugas utk jaga ada dan family


52. jgn risau bab guna khadam ni, macam kita panggil polis utk kawan rumah kita la.... ni polis di kalangan jin.... ( ni jumpa dlm internet ni, siap boleh bisnes jual khadam)


Tarik sekor jin upah dia RM400. Dgn awak ada 4 ekor, kalau nak tarik semua kena RM1600. Tapi boleh tarik sikit sikit dulu, lain kali kita sambung la utk tarik yang bakinya.....


53 pengerasnya RM300 utk satu barang... ni barang 4 penjuru.... kalau x buang semua, nanti yg lain mengamuk.... so kena buang semua laaa


54 Masukkan RM200 pastu tepon ambo .....nanti ambo transfer ilmu tuuu ....pastu boleh berubat sendiri


55 hehehehe... awak bank in duit dulu, mlm ni sahabat sy tu akan dtg.... dia akan ketuk pintu tgh malam... awak buka pintu tu... tapi awak mungkin x nampak dia, tak pe, jemput je dia masuk rumah.... nanti dia akan mula bertugas utk jaga ada dan family


56 jgn risau bab guna khadam ni, macam kita panggil polis utk kawan rumah kita la.... ni polis di kalangan jin.... ( ni jumpa dlm internet ni, siap boleh bisnes jual khadam)


57 Guna Quran lambat sembuh kena guna kaedah lain dari al-Quran

28 February 2011

Kenangan Ceramah dan Rawatan di Masjid Kg Jengka Batu 13, Chenor







Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah..

Allah Taala memberikan kami peluang untuk berdakwah sekali lagi dan pada kali ini di sebuah masjid lama, Masjid Lama Kg Jengka Batu 13 Pahang...

Alhamdulillah, solat berjemaah, ceramah ringkas, berjamu bersama orang kampung sebenarnya mempunyai zauq yang istimewa dan tersendiri..

Saya, Pak Kasim, Abe Wan Hospital dan anak murid saya Abd Latid bertolak dari Temerloh sebelum Maghrib. Kami disambut ajk masjid penuh mahabbah...

Selepas Maghrib ceramah berlangsung sehingga 9.30 malam.... Masya Allah TabarakALLAH penerimaan dan sambutan orang kampung amatlah menggembirakan hati kami.. Semoga mereka faham dengan untaian mutiara dakwah yang kami sampaikan kepada mereka...

Selepas Solat Isyak, jamuan ringkas yang sangat melazatkan hidangan orang kampung, saya dan sahabat2 seperjuangan mengadakan rawatan percuma kepada orang2 kampung Jengka Batu 13 sebagai satu khairiah fi sabiliLLAH...

Mana2 pesakit yang menunjukkan reaksi gangguan dinasihatkan supaya mendpaat rawatan lanjut di pusat rawatan kami..

Rawatan berlanjutan sehingga pukul 11 malam... dan kami pulang dengan perasaan yang puas dan bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kami untuk menyumbangkan usaha yang maha kerdil ini kerana Allah...

Terima kasih kepada ajk Kg Jengka 13 dan orang kampung semua!!!

24 February 2011

Jemputan Ceramah Ringkas / Kuliah Maghrib Perubatan Islam di Chenor


Assalamualaikum semua...

Pada malam ini akan diadakan kuliah Maghrib @ Ceramah perubatan Islam ringkas:

Tempat: Masjid Lama Kampung Jengka BATU 13, Chenor.. (bukan Jengka 13)

Masa: Selepas Maghrib

Penyampai: Us Hayat KISWAH

Tentatif: Solat Maghrib, ceramah ringkas, jamuan ringkas, rawatan untuk mengetahui ada gangguan atau tidak...

Semua muslimin muslimat khususnya di Temerloh, Chenor, Jengka dan Maran dijemput hadir

Jemputan Kepada Semua Pesakit Sekitar Sg Besar Selangor; KLINIK RAWATAN BERGERAK KISWAH!




Jemputan Klinik Rawatan Bergerak KISWAH


Sunday, March 13 · 8:00am - 1:00pm

Pusat Bimbingan al Quran Syatibi Tmn Gemilang, Sg Besar Selangor

* Untuk rawatan gangguan makhluk halus

KLINIK KISWAH

*Tarikh Klinik Rawatan:
13 Mac 2011 ( Ahad ) - Jam 9.00 Pagi

*Daftar:Ustaz Nazri ( 0192360579 )
Ustaz Othman ( 013-5287321 )

* Dgn sedikit bayaran untuk tabung KISWAH

22 February 2011

Bertuahlah kalian Para Perawat Ahlil Quran.Membaca KALAMNYA yg Tercinta : Hadis2 Kelebihan Al Quran:



Love Al Quran...


Bertuahnya Kalian Wahai Perawat Qurani:

Wahai Mualij Pembaca Al Quran.. Bertuahnya kalian kerana inilah sebaik2 rawatan seumpama yang diberitakan Rasulullah saw...


Membaca kalam Sang Pencipta kerana CINTANYA...



Sebaik2 Ubat Adalah al Quran...
Apabila Kalian Merawat dengan Membaca Kalamnya yang mulia.. Bermaksud Kalian Menyebarkan CINTA ALLAH kepada makhlukNYA...


Sebaik2 Rawatan adalah membaca KALAMNYA "AL QURAN"

Anda adalah Perawat Ahlil Quran........



"Sebarkanlah Cahaya Cinta Kepada Allah Melalui Pembacaan Al Quran" ALLAHU HAQ!! HIDAYAH SELURUH ALAM


Hadis2 Kelebihan Al Quran yang mulia dan Pembacanya:

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )


2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )



3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )



4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim ):



6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )



7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. ( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )



10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.
( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )



11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. ( Riwayat Muslim )



12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran. ( Riwayat Muslim )



13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad. ( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )



14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya. ( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )



15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

21 February 2011

Kenangan maulidurasul 1432 KISWAH

Assalamualaikum... Seperti yang diceritakan oleh KamarulAzli:

Alhamdulillah....

kelas taffaquh berlajan dgn lancar dan penuh meriah.... rasanya, setakat ni, ini lah lebih taffaquh yg paling meriah dgn kehadiran ahli jemaah KISWAH yg dalam 34 org.... (kalau x silap laaa)

sy, shahmil and cikgu adip sampai di pusat rawatan dalam pukul 4.15 petang.... time tu, pusat rawatan dah penuh dengan sahabat dari kota tinggi (utz zaki dan jentera) dan geng JURUS dr teluk intan(di ketuai oleh utz nazri, seramai 3 buah kereta turun).....

ptg tu ada beberapa org pesakit yg tgh buat kami..... para ahli kiswah yg lain, turut manjadi pembantu UH dalam merawat pesakit.....

progam malam tu bermula lebih kurang dalam pukul 9.30mlm....

bermula dgn ijazah doa pemusnah sihir..... masya allah, tabbarakallah.... satu doa yg sgt hebat....

diteruskan dengan ijazah bacaan ratib al haddad.... di bacakan oleh UH hayat dan di iringi oleh para jemaah KISWAH...

perbincangan dan rawatan bg penyakit buasir..... banyak info baru yg dapat di ambil oleh para sahabat....

acara kemuncak malam tu adalah bermawlid dan berqasidah beramai ramai.... seronok..... bertapa lunaknya alunan qasidah daru guru kita, Utz hayat di iringin paluan kompang (apa nama alat tu, x ingat....)

of course, penutup acara dgn jamuan ringkas, mee kari....

alhamdulillah, majlis tamat lebih klurang dalam pukul 12.30pagi...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...