**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 March 2011

Kenangan Seminar di Sg Besar













Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah seminar di Sg Besar telah sudah seminggu berlalu....

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam Pemilik Jagat raya kerana pada kali ini seminar dapat berlangsung dengan jayanya...

Syukur ke hadratNYA kerana kami diberi peluang berdakwah sekali lagi, dan pada kali ini di Sg Besar Selangor yang menyaksikan lebih kurang 50 peserta lebih yang menyertai seminar yang tawadduk tapi meriah ini....

Sekalung perhargaan saya tujukan kepada al Fadhil Us Nazri al Hafiz, mudir Pusat Bimbingan al Quran Syatibi beserta ajk pelaksana yang telah bertungkus lumus berjuang dan berkorban khusus untuk menjadikan program kita pada kali ini menjadi kenyataan...

Kami bertolak ke Sg Besar selepas Asar hari Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 12 malam.. Rombongan KISWAH pada kali ini disertai oleh Us Kasim, Us Zul Bentong, Us Kahfi dan Us Atif yang masih menuntut di Universiti al Azhar Mesir yang sanggup mengorbankan masa fi sabilliLLAH demi berdakwah menentang kesyirikan dan perbomohan yang masih berkarat di dalam masyarakat kita..

Pada hari yang kedua; pihak KISWAH diberi peluang untuk mengadakan klinik rawatan KISWAH. Seramai lebih kurang 45 orang pesakit bertandang ke pusat al Quran Syatibi untuk menerima rawatan... Alhamdulillah sehingga tarikh ini, banyak respond dan perkembangan baik pesakit2 yang menerima rawatan pada hari itu...

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan hadirin hadirat yang hadir pada hari tersebut termasuklah perawat2 dari Darussyifa' yang berdekatan kerana menunjukkan sokongan yang sepatutnya demi menegakkan kedaulatan perubatan Islam sebenar di negara Malaysia yang tercinta ini....

Terima kasih Allah......

Allahu HaQ!!! Hidayah Seluruh Alam...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...