**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

01 January 2012

Mengenai Isu Bala di Bulan Safar dan Amalan Bulan Safar

Bulan Safar tiba lagi. Alhamdulillah...bagi para auliya' dan solihin mereka mengisi pelbagai program ibadah-ibadah sunnah. Amalan-amalan ini telah diamalkan oleh para ulama' silam dari dahulu hingga kini. Berikut al-faqir memuatkan beberapa amalan-amalan yang telah diamalkan oleh para ulama' sufi bagi jalan kami dengan merujuk kepada kitab FUTUHAT  karangan Syeikh Adnan Kabbani (qs) mukasurat 419 :
 
Dan daripada adab wazifah bagi murid itu hendaklah dia melazimi setiap hari melakukan beberapa perkara berikut di dalam bulan safar al-khair :

1)Syahadah (3x)
2)Istighfar (300x)
3)Sedekah dan di niatkan tolak bala'
4)Membaca setiap hari Surah al-Fil (7x)
5) Ayatul Kursi (7x)

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).


AMALAN-AMALAN PARA ULAMA' SUFI NUSANTARA DAHULU PADA BULAN SAFAR


1.                  Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar : 

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ  وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.


2.                  Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم  hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :


Kemudian berkata ia dengan doa ini :

اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.  

Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).

Bersambung pada bahagian ketiga, inshaAllah….
 
 
MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR

GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA 
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)

CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur) - SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH. 

 Koleksi Khazanah Fathaniyah

Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar) merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.

Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau juga merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada sumber kitab di atas antaranya ialah Aurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji, Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni, Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.

                                              











Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam al-Bahjatul Mardhiyah, Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan dalam kitab beliau iaitu Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.

Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala' yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : - 

1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.

2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50 Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul Awwal 50H.

4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar 60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.

Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah mempunyai asas.

Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam kitab-kitab mereka. Wallahu'alam.


 FADHILAT SOLAT PADA HARI RABU AKHIR BULAN SAFAR. 

GAMBAR HIASAN : Solat Tiang Agama
gambar di ambil daripada  http://sainssolat.wordpress.com

Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997.  Inilah dia amalan tersebut : - 

1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.

2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
    a. Surah al-Kauthar (17x)
    b. Surah al-Ikhlas (5x)
    c. Surah al-Falaq (1x)
    d. Surah an-Nas (1x)

3) Selepas solat bacalah doa ini : 

بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى.  وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.



RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan) 
3. al-Bahjatul Mardiyyah, as-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani
 
RUJUKAN : USTAZ HASIF: THANK YOU RASULULLAH



28 December 2011

Rawatan Semua Sakit Perut / Cirit Yang Mudah - Daun Jambu Batu


Sebelum minum air rebusan pucuk jambu batu / makan terus 3 helai daun tersebut bacalah al Fatihah, Ayatul Kursiy dan Solawat tiga kali Insya Allah sakit perut akan hilang.. Jangan tinggalkan juga madu, minyak zaitun dan cuka kurma



SEMUA MASALAH PERUT, CIRIT dan BUASIR– minyak zaitun, cuka kurma, buah tin dan daun jambu batu

1)      Makan buah tin 3 – 7 biji setiap pagi sejam sebelum makan apa2 waktu pagi.
2)      Minyak zaitun diminum 2 kali sehari dan sapu di tempat buasir.
3)      1 sudu Cuka kurma + air ruqyah + sesudu madu minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.
4)      Jus delima + air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.

5) Menggunakan pucuk daun jambu batu:
    
     a) Ambil segenggam beras basuh dan tuskan.
     b) Carikkan 5 helai pucuk daun jambu batu dan letakkan dalam beras tersebut.
     c) Kemudian goreng tanpa minyak campuran tersebut sehingga beras kekuningan.
     d) Angkat dan campurkan dengan segelas air panas.
     e) Tunggu sehingga sejuk dan minum 2 - 3 kali. Campurkan dengan sedikit air..

6) Atau makan sahaja 3 pucuk daun jambu batu.

7) Atau dibuat teh 5 helai pucuk daun jambu batu tadi..

Insya Allah sembuh dengan izin Allah...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...

Untuk pembelian minyak zaitun syam ruqyah, cuka kurma dsb. Sila ke:




25 December 2011

Pelancaran Wangian Ruqyah Kasturi Za'faran

 

Wangian Ruqyah Kasturi Za'faran KISWAH

"Diruqyah oleh Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah"

Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Kasturi Za’ffran merupakan kombinasi bahan tumbuhan herba Zafrran dan wangian kasturi (Kasturi kijang) sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Zaffran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah Negara sahaja iaitu diIran dan sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir.

Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenal sebagai “King Of Spices”. Stigma bunga Za’ffran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Negara-negara Timur Tengah.

Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, minyak wangi yang kaya dengan vitamin B2, hydrochloric acid dan Riboflavin. Za’ffran adalah herba yang digunakan semenjak Zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamannya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaanya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba Ajaib bagi sesetengah pengamal Perubatan Islam kerana kelebihan dan Keistimewaanya yang tinggi dan tersendiri.

Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya:-

* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.

*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.

* Mencegah wabak penyakit dan virus.

*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)

Dapatkan Yang Asli di: 017 9065131 Ustaz Hayat al Azhari

Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank)


www.rawatanislam2u.com


Antara teknik rawatan:

Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.

2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.

3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.

2: Dua lubang hidung.

2: Dua lubang telinga.

2: Dua kening berdekatan mata.

1: Sekeliling mulut.

2: Dua puting payu dara.

2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)

1: Lubang pusat.”

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

KASTURI DAN ROSE:

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.

Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak disebut di dalam hadis.

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)
Kesimpulannya; cara penggunaan:

1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.

*Boleh dimakan; sapu dilidah sebelum minum air jampi untuk wangian 'dari dalam'.

2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.

3) Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang

* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!

Dapatkan YANG ASLI di KISWAH> Visit Online Store Kami:


22 December 2011

Jangan Duduk Bersendirian, Nanti Senang Diganggu Jin

Antara pendinding diri yang penting adalah sentiasa duduk di dalam jemaah dan jangan bersendirian.

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103 )  


“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)

 “Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan  imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Assalamualaikum semua..

Antara pendinding diri yang hebat adalah sentiasa duduk di dalam jemaah dan jangan duduk bersendirian.
Pengalaman merawat saya yang tidak seberapa ini menatijahkan beberapa fakta yang cukup menakutkan iaitu:

1) Berapa ramai ibu-ibu tua / nenek yang dibiarkan hidup bersendirian di rumah kampung akhirnya terkena gangguan dan diakhiri dengan sindrom nyanyuk atau strok.. At the end, akhirnya anak2 yang enggan menjaga ibu bapa di kampung terpaksa mengalah dengan membawa mereka duduk bersama; iaitu apabila sudah sakit dan nyanyuk.. kan susah. Bawalah duduk bersama sejak awal lagi...\


2) Berapa ramai orang yang duduk menyewa bersendirian terkena gangguan jin.. Ini disebabkan mereka tidak berkawan dan bersosial dan bercakap2 dengan TEMAN MANUSIA. Akhirnya JINlah menjadi TEMAN mereka..

3) Ramai sekali pekerja dan pelajar yang sentiasa duduk bersendirian di dalam dunianya sendiri tanpa bercampur gaul dengan staff atau pelajar yang lain.. apabila dibawa ke pusat rawatan ruqyah, rupa-rupanya mempunyai gangguan jin... Perhatikan keluarga dan kerabatmu... Sesiapa yang tidak bercampur dengan orang ramai ini eloklah diruqyah.. Manalah tahu...

Sabda Nabi saw secara mafhumnya... "Sesungguhnya serigala itu akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya......"

Oleh itu duduklah berjemaah.. Segala kekurangan yang kita ada dari sudut spiritual dan fizikal akan dapat ditampung satu sama lain..




"Duduk berjemaah itu barakah dan perpecahan itu adalah azab.." - al Hadith.

 .. dan dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Selamat berjemaah.. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!


20 December 2011

Pelancaran dan Jualan Serbuk Habbatus Sawda' Ruqyah



Sabda Nabi Muhammad saw: “Kekkallah kamu dengan habbatussawda’ kerana padanya PENAWAR BUAT SEGALA PENYAKIT kecuali mati.”   ( Riwayat Bukhari)


Pengenalan

DIKENALI SEBAGAI RAJA MAKANAN SUNNAH DAN PERUBATAN ISLAM

Sabda Nabi Muhammad saw: “Kekkallah kamu dengan habbatussawda’ kerana padanya PENAWAR BUAT SEGALA PENYAKIT kecuali mati.”   ( Riwayat Bukhari)



Antara khasiat habbatussawda’ ini adalah:

1)        Meningkatkan sistem imuniti badan (daya tahan melawan penyakit).

2)        Mengurangkan risiko sakit jantung.

3)  Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor atau ketumbuhan.

4)        Mencegah dan merawat 1001 jenis kanser khususnya kanser payudara.

5)   Merawat asma, sesak nafas, resdung, sakit tekak, kahak dan batuk yang berpanjangan.

6)        Meningkat pertumbuhan sel darah merah.

7)        Merawat masalah kanser pancreas.

8)       Anti radang, masalah sendi, saraf dan otot serta rheumatism.

9)        Merawat masalah kesuburan, mandul dan tenaga batin.

10)     Merawat sihir dan banyak lagi… khasiat dan kelebihannya akan bertambah apalagi kalau diruqyah dengan bacaan ayat al Quran, solawat-solawat pilihan dan doa-doa syifa’


Cara penggunaan:

Dos yang dicadangkan adalah:

Satu sudu - ½ sudu teh serbuk habbatussawda’ diminum bersama air suam / madu / madu + cuka kurma sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi tiap-tiap hari.

Satu bekas mengandungi sebanyak 45 gram – 50 gram serbuk habbatussawda’ dalam keadaan seasli mungkin tanpa melalui sebarang proses kimia lain.

Habbatus sawda’ ini diimport dari Syria dan merupakan dari jenis PREMIUM QUALITY!

 Telah diruqyah oleh pengasas dan perawat pusat rawatan Islam KISWAH; Ustaz Hayat al Azhari.

Sila dapatkan di Online Store Rasmi kami:

19 December 2011

Seminar Rawatan Islam Modul 1 di KISWAH Temerloh 25 Februari 2012

Bersama Semarakkan Perubatan Al Quran di Dalam Masyarakat Kita... Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!




KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 1 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta.. Makan tengahari tidak disediakan)


TARIKH : 25 Februari 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

TENTATIF PROGRAM

8.00: Pendaftaran peserta
8.15: Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
9.15: Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00: Rehat - Minum pagi
10.30: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
11.30tgh: Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
12.00 tgh: Amalan pendinding
12.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus
3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.00: Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
4.30: Majlis Pengijazahan

Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )

18 December 2011

Sambutan Asyura' dan Dalil Bubur Asyura'

Rasanya tak terlambat....:

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Pertama


AMALAN HARI 'ASYURA' : 
( Bahagian Pertama )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a

Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.

BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA

Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut : 

"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram. 
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129) 

KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'

Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'. 
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'. 
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura' 
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'. 
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131) 

KISAH BUBUR 'ASYURA' ?


Al-Faqir agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :

AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Kedua (Bubuq Sora?-baca loghat Utara)




AMALAN HARI 'ASYURA' 
( Bahagian Kedua )

Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
 


Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. 



Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis,
"Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!"  Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang


Kata beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura." 




Gambar Hiasan - "Bubur 'Asyura"

Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."



 Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang


Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu." 


Rujukan Kitab :  Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H


p/s: awat la depa dok kalut membid'ahkan bubur asyura nih...banyak isu lain lagi nak diselesaikan...nak makan tak makan sudah... kesian kat kat kami org awam... 


Credit tu Us Hasif al Qadahi: Thank You Rasulullah saw

15 December 2011

Cerialah!!!! Nescaya Hidupmu Bertambah Sihat dan Bahagia!

Allah Taala Suka Kepada HambaNya yang Senantiasa Ceria dan Tersenyum...
Assalamualaikum semua...

Telah berkata guru kami bahawa AllahTaala sangat sayang kepada orang yang sentiasa ceria dan tersenyum..

Janganlah biarkan dirimu selalu berada di dalam kesedihan dan dukacita.. Ini tidak membantu roh dan jasadmu untuk hidup dengan sihat....

Sebagai hambanya yang menjalankan segala perintah Allah Taala kita sepatutnya berasa bahagia menjalankan segala suruhan dan meninggalkan segala tegahan Allah....

Rasulullah saw juga dikenali sebagai orang yang sentiasa tersenyum. Jika baginda ceria dan bergembira seolah2 matahari dan bulan berlegar2 di sekeliling dahi baginda. Jika baginda tersenyum akan bersinarlah keseluruhan dinding yang mengelilingi baginda. Itulah gambaran ketenangan yang penuh kerahmatan yang terhasil dari kelembutan senyum baginda.

Satu ciri istimewa kehidupan Rasulullah saw adalah baginda sentiasa tersenyum  iaitu pada kebanyakan waktu. Saidina Jabir ra mengatakan bahawa:

"Sejak aku memeluk Islam, tidak pernah baginda saw membelakangiku, dan baginda saw tidak pernah melihatku kecuali dalam keadaan senyum..."

Ini adalah fenomena yang luar biasa terjadi kepada insan yang luar biasa..

Saidina Abu Darda' ketika bangun dari duduk senantiasa tersenyum terlebih dahulu.. Lalu sahabat lain berkata;

"Manusia akan memperbodohkan kamu dengan sikap kamu begitu".

Jawab Abu Darda': "Sesungguhnya aku melihat baginda Rasulullah saw dan baginda tidak akan berkata-kata kecuali dalam keadaan tersenyum...."

Antara kelebihan ceria dan sentiasa tersenyum:

1) Memberi kelebihan kepada minda dan akal.

2) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

3) Ketawa membawa anda ke satu titik perubahan yang lebih 'terang' dalam hidup anda.


Ceria dan senyum itulah penawar untuk 1001 penyakit rohani dan jasmani. Senyum dan sifat ceria menyegarkan rohani dan jasmani anda..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!


13 December 2011

Tidurlah Awal, Nescaya Kesihatan Batin dan Zahirmu Akan Bertambah Baik!

Pastikan dirimu dan keluarga TIDUR AWAL setiap hari... Tidur awal menjamin kehidupan keluarga yang bahagia...


Assalamualaikum semua...

Tidur awal menjamin kesihatan rohani dan jasmani yang subur...

Saya masih ingat pesanan Sheikh Abdul Hafiz yang berasal dari Jerman kepada saya semasa berada di Syria.. "Tidurlah awal selepas Solat Isyak kerana itu adalah ajaran guru rohani kita. Bangunlah awal untuk beribadah malam....Insya Allah kualiti hidupmu akan bertambah baik..

Saya juga masih ingat ketika berada bersama Maulana di Turki. Setelah sama2 menunaikan Solat Isyak berjemaah dan berzikir berama2 rakan2 seluruh dunia yang berhimpun di situ, khadam maulana akan menutup lampu dan menjerit; " Sleep everyone, sleep everyone....!!!!!". Lalu lampu di Dergah ditutup awal sebaik sahaja selesai menunaikan Solat Isyak..

Saya juga masih teringat kenangan bersama al Marhum Sheikh Husin Ali ar Rabbani di Afrin sempadan Syria- Turki.. Ketika menziarahinya yang lumpuh di dalam bulan Ramadan, selepas berbuka puasa, Solat Isyak dan Tarawih, terus sahaja anak2nya menarik kain selimut al marhum untuk beliau tidur.. BEGITU AWAL SEKALI BELIAU TIDUR>>.... Maka bangunnya untuk tahajjud juga adalah BEGITU AWAL... Begitu banyak sekali guru2 kami yang bangun tahajjud dan ibadah malam seawal pukul 2 pagi sehingga ke Subuh.. SubhanALLAH....

Tidur awal juga dapat menjamin kerukunan rumahtangga. Anak2 yang tidur awal akan terhindar dari masalah2 sosial dan tidak berpeleseran pada waktu malam... Aktiviti2 yang tidak senonoh yang biasanya terjadi pada waktu malam hari akan terhindar apabila malam diisi dengan kerehatan fizikal dan spiritual yang cukup..

Kajian juga menyatakan bahawa segala proses pembaikpulih tubuh badan terjadi hanya dengan kerehatan yang tidur pada waktu malam, sementara tidur pada waktu siang (kecuali qailulah iaitu tidur sebentar pada sebelum waktu tergelincir matahari; Zuhur) pula tidak mempunyai sebarang manfaat kecuali menurunkan kadar metabolisme badan melawan penyakit. Sebab itu orang yang suka tidur siang sehingga Zuhur selalu lesu, mudah selsema dan deman dan tidak motivasi berkerja....

Kajian mendapati orang tidur awal akan lahir sebagai orang yang produktif dan cemerlang di dalam pekerjaan mereka seharian..

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Texas University, pelajar yang bangun awal pagi telah mendapat GPA ( Grade Point Average ) yang lebih tinggi berbandingkan pelajar yang tidur lewat iaitu 3.5 berbanding dengan 2.5 ,  sebagaimana yang dilapurkan di webmd.com pada 9 Jun yang lalu. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

... dan petikan dari KOMPAS Indonesia:

KOMPAS.com - Kita selalu disarankan untuk tidur tujuh hingga delapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sulit sekali menerapkan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, saran tersebut diberikan bukan tanpa alasan. Bila mengetahui bahwa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat Anda lebih produktif di kantor, masa sih Anda tidak ingin mengusahakannya? Bila tak percaya, coba lihat beberapa keuntungan menghindari tidur larut malam berikut ini:

Berat badan turun
“Orang yang begadang akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak karena lapar," tutur Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memperingatkan bahwa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori tersimpan di dalam tubuh. Di samping itu, ketika Anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya Anda lalu melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya energi Anda akan berkurang dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.

Tidur lebih pulas
Berbagai studi menunjukkan bahwa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, bisa menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tertidur,  Anda juga menjadi lebih sulit tetap dalam kondisi tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika Anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesulitan untuk kembali tidur?

Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa begadang, namun tak seorang pun diprogram secara biologis untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, Anda pun akan bangun dengan keadaan bugar dan dengan energi yang lebih tinggi. Kondisi ini tentu membuat Anda mampu melakukan apapun aktivitas Anda dengan lebih produktif.

Jantung yang lebih sehat
Para peneliti di Misao Health Clinic di Gifu, Jepang, mengatakan bahwa relawan dalam sebuah studi yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui memiliki pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

Lebih berenergi
“Mereka yang terpaksa baru bisa tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar terbiasa dengan siklus hidupnya," ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fase tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fisik mereka tak pernah bugar seluruhnya.

Bisa olahraga lebih baik
Sebuah studi yang diadakan oleh Stanford University meminta sekelompok atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, performa mereka saat latihan meningkat tajam. Kalau sudah begini, Anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan Anda kan?

Tidak mengalami efek kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak bisa tidur pulas karena kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan kantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan bertahan 10 jam, artinya, hanya akan hilang separuhnya 10 jam setelah Anda meminumnya," kata Gromer. Dengan tidur lebih awal Anda akan membebaskan diri dari siklus kopi yang tak menyenangkan ini.

..SELAMAT TIDUR AWAL..

12 December 2011

Pelancaran CD Ceramah Perdana KISWAH di Kg Jengka "PERIHAL SIHIR"






DVD Ceramah Perdana KISWAH "PERIHAL SIHIR"

DVD Video Ceramah KISWAH di Kg Jengka Chenor berkenaan SIHIR.

"CERAMAH PERDANA KISWAH"

Masjid Lama Masjid Kampung Jengka Batu 13 Chenor Pahang.

18 November 2011

"SIHIR"

Penyampai: Ustaz Hayat al Azhari An Naqshbandi

Perihal Sihir

Tanda-tanda Sihir

Amalan Pendinding

Sesi Solawat Beramai-ramai

Sesi Rakaman Ruqyah Beramai-ramai

*Format MP4 untuk komputer sahaja*

Rakaman 1 jam 56 minit!!!!

HARGA PROMOSI SEMINGGU SEBELUM DINAIKKAN HARGA!!!!

DAPATKAN SEKARANG!!!!
DI:



11 December 2011

Kenangan Seminar 2 KISWAH di PR Temerloh

 Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dengan berkat inayah kudrahNya maka seminar KISWAH Modul2 berjaya dilaksanakan dengan penuh warna warni kenangan yang bakal dicoret dalam album kenangan KISWAH.


 Peserta mula datang pada pukul 7.30 pagi dan saya, Shami dan Lukman telah bersedia di sana menyambut kedatangan peserta. Alhamdulillah, penyertaan peserta program KISWAH pada kali ini telah menepati sasaran. Turut hadir ahli keluarga KISWAH yang lain seperti Anas Tahfiz, Saiful Raub, Wan dan Azwan Sabah, Pak Kasim, Tuan Prof Shahnor, Cikgu Adib dan Abang Wan... Terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa membantu kami menjayakan seminar kali ini.




Majlis diserikan dengan selingan solawat memuji nabi saw... Itulah trademark program kami.


Seminar berakhir dengan bacaan Hizib Bahar dan oenijazahan ruqyah, solawat dan hizib...

Diharap semua peserta dapat mempraktikkan segala untaian mutiara ilmu yang didapati sepanjang seminar ini.

Terima kasih kepada semua peserta dan ajk yang bersusah payah menjayakan seminar yang kerdil ini..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

08 December 2011

Jangan Lupa Seminar KISWAH di Temerloh Esok 10 Dis 2011!

Jangan Lupa!!!



Assalamualaikum semua..

Kepada semua peserta yang sudah mendaftar untuk seminar besok, JANGAN LUPA YE!!!

Temujanji kita di HQ KISWAH Temerloh esok untuk majlis ilmu kita.

Datanglah seawal 7.30 pagi. Eloklah anda bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum datang mendaftar.

Semoga Allah memberkati seminar @ majlis tafaqquh fiddin kita pada hari esok..

Semoga Allah mencurahkan rahmatnya berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kita semua miliki. Amin Ya Rabb..

Sebagai makluman sekali lagi:



Jangan ketinggalan seminar kami di KISWAH Temeloh: Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir 10 Dis 2011.


KURSUS RAWATAN ISLAM

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 2 )”
Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus

" Peserta yang pernah menyertai seminar 1 adalah didahulukan. TERHAD kepada 50 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 30.00 (Kos seminar dan sijil.. Makan tidak disediakan)


TARIKH : 10 DISEMBER 2011 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

TENTATIF PROGRAM

Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
Masa/Hari Sabtu ( 10/12/2011 )

7.30 pg - 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 10.30pg Sihir Perkahwinan /Andartu/ Ta’tiluz Zawaj & Kaedah Rawatan
Mandul/ Sihir Jerut Zakar/ Tiada Anak & Kaedah Rawatan
Anak Nakal/ Penerang & Pelembut Hati & Kaedah Rawatan

10.30 pg - 11.00 pg Rehat / Minum Pagi


11.00 pg - 12.00 tgh Anak / Isteri / Suami lari & Kaedah Rawatan
Sihir Penceraian/ Pergaduhan/ Pendamai Rumahtangga & Kaedah Rawatan
Amalan Pendinding

12.00tgh- 12.30tgh Tayangan Perubatan Islam & Ulasan Konsep Perubatan Islam

12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat/ Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 4.30 ptg Simulasi Perubatan Kaedah Ruqyah Syariyyah & Pengijazahan Bacaan Ruqyah Syariyyah serta Amalan Pendinding

4.30 ptg - 5.00 ptg Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah


Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )


 

Ahli Jawatankuasa:

Pengarah: Ustaz Hayat

Setiausaha: Ustaz Hayat

Protokol dan aturcara; Cikgu Adib

Pendaftaran: Lukman

Makanan: Lukman

Promosi: Wan Amirul Syafiq

Teknikal: Sofwan Raub

Persembahan dan maulid:Ustaz Hayat

Pengerusi Majlis: Cikgu Adib

Tugas-tugas khas: Azwan


* Syarat penyertaan; berniat membuang perbomohan dan teknik penipuan dan kembali kepada kaedah Al Quran

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...