|
Antara pendinding diri yang penting adalah sentiasa duduk di
dalam jemaah dan jangan bersendirian.
|
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103 )
“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)
“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Assalamualaikum semua..
Antara pendinding diri yang hebat adalah sentiasa duduk di dalam jemaah dan jangan duduk bersendirian.
Pengalaman merawat saya yang tidak seberapa ini menatijahkan beberapa fakta yang cukup menakutkan iaitu:
1) Berapa ramai ibu-ibu tua / nenek yang dibiarkan hidup bersendirian di rumah kampung akhirnya terkena gangguan dan diakhiri dengan sindrom nyanyuk atau strok.. At the end, akhirnya anak2 yang enggan menjaga ibu bapa di kampung terpaksa mengalah dengan membawa mereka duduk bersama; iaitu apabila sudah sakit dan nyanyuk.. kan susah. Bawalah duduk bersama sejak awal lagi...\
2) Berapa ramai orang yang duduk menyewa bersendirian terkena gangguan jin.. Ini disebabkan mereka tidak berkawan dan bersosial dan bercakap2 dengan TEMAN MANUSIA. Akhirnya JINlah menjadi TEMAN mereka..
3) Ramai sekali pekerja dan pelajar yang sentiasa duduk bersendirian di dalam dunianya sendiri tanpa bercampur gaul dengan staff atau pelajar yang lain.. apabila dibawa ke pusat rawatan ruqyah, rupa-rupanya mempunyai gangguan jin... Perhatikan keluarga dan kerabatmu... Sesiapa yang tidak bercampur dengan orang ramai ini eloklah diruqyah.. Manalah tahu...
Sabda Nabi saw secara mafhumnya... "Sesungguhnya serigala itu akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya......"
Oleh itu duduklah berjemaah.. Segala kekurangan yang kita ada dari sudut spiritual dan fizikal akan dapat ditampung satu sama lain..
|
"Duduk berjemaah itu barakah dan perpecahan itu adalah azab.." - al Hadith. |
.. dan dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa
yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat
Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya
memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Selamat berjemaah.. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
waaa,info menarik ni...
ReplyDeletesemoga bermanfaat..
Delete