**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

22 February 2012

Lencana / Badge Perak Lambang Uthmaniyyah Untuk Dimiliki. Stok Terhad!

Ottoman Coat of Arms


Ottoman Cresenct @ Osmanli Armasi

Every sultan of the Ottoman Empire had his own monogram, called the tughra, which served as a coat of arms. A modern coat of arms, (inspired by the European heraldic tradition) was created in the late 19th century. The final design was adopted by Sultan Abdul Hamid II on April 17, 1882. It included two flags: the flag of the Osmanli Dynasty which had a crescent and a star on red base and the flag of the Islamic Caliph which had 3 crescents on a green base.

Some graphic elements of the coat of arms of the Ottoman Empire such as the central oval and the vertically-oriented crescent and star were re-edited in the current semi-official emblem of the Republic of Turkey.


Dari cyprus..


Assalamualaikum semua..

Saya mempunyai beberapa lagi lencana Lambang Uthumaiyyah.. Bersamalah menghidupkan roh khilafah dalam hati sanubari kita...


Semua ahli keluarga KISWAH pakat2 pakai ye..


Alhamdulillah, guru2 kami sangat mencintai dan mengingati kegemilangan uthmaniyyah. Kalau di dergah, sangat banyak lambang2 ini dan juga ramai sekali masyayikh serta muridin yang memakai lencana ini.


Letak kat kolar boleh, letak kat baju boleh..
Semoga kegemilangan Islam kembali bersinar...

Siapa nak silalah ke: 



21 February 2012

Kenangan Klinik di Jengka 15 Pada 19 Feb 2012 ?


Assalamualaikum semua..

Saya dijemput oleh sepasukan ajk dari sebuah organisasi untuk mengendalikan slot rawatan Islam di satu karnival wanita di Jengka Semarak 15 pada 19 Feb yang lalu.

Walaupun agak keletihan kerana tidak cukup tidur dan program2 lainnya, saya berserta pembantu yang dedikasi Us Lukman dan Us Suffian menggagah dan menguatkan diri untuk  menghadirkan diri. Iyalah mengenangkan ini juga adalah perjuangan fi sabilillah.. Masyarakat memerlukan khidmat kami yang tidak seberapa ini, maka kami sedaya upaya penuhi...

Program kesihatan wanita yang baik untuk masyarakat setempat





Kami bertolak pada pukul 8 pagi dan sampai hampir pukul 9.. Sebaik sahaja tiba, program yang asalnya dijadualkan di padang telah berpindah ke masjid Jengka 15 kerana hari hujan.

Sebaik sahaja sampai, kami lihat program masih belum dimulakan lagi... Jadi saya beriktikaf sebentar di dalam masjid sambil menunggu program bermula..Kami diminta oleh pihak penganjur untuk menunggu di dalam masjid sementara program masih belum bermula.

Sedang saya beriktikaf sepasukan pemuda berpakaian putih, berkopiah putih dan memakai badge parti politik berwarna hijau masuk ke dalam masjid sambil berbincang dengan nada yang kuat:

"Kat mana kita nak merawat ni.. bla bla bla.. etc" ..sambil memegang plastik yang penuh dengan daun bidara..

Saya yang masih membaca al Quran meminta pembantu saya dengan rendah diri bertaaruf dan bertanyakan mereka, dari pusat rawatan mana dll?

Maka barulah saya tahu bahawa mereka adalah satu team dari sebuah pusat rawatan yang begitu terkenal dan berwibawa di seantero Malaysia dari daerah___________.

Saya pun cuba beramah mesra dan bertaaruf dengan mereka. Namun mungkin kerana kepenatan dan kesibukan mereka,maka sembang-sembang saya dengan mereka saya putuskan untuk diberhentikan sahaja...

Bersama Akhi Sufian sebelum berangkat pulang sebaik sahaja sampai
 Jadi tanpa memanjangkan kalam, saya memberi isyarat kepada pembantu saya agar beredar sahaja dari program tersebut memandangkan pusat rawatan yang lebih senior, berkaliber, terkenal dan mempunyai empayarnya yang luar biasa sudah hadir di majlis tersebut.

Prinsip saya, jika sudah ada pusat rawatan yang sedia berkhidmat, datang dari jauh pulak tu, malah lebih berpengalaman, cekap dan 'bersemangat' sudah ada di satu-satu majlis bersama dengan pusat rawatan saya, maka saya yang hina dina dan tak banyak pengalaman ini, tanpa lengah lagi sedia mengundurkan diri...

Bukannya tidak mahu berubat sekali, cuma pengalaman saya yang lepas2, jika ada dua pusat rawatan yang merawat sekali dalam satu majlis, sudah pasti sedikit sebanyak ..... 'entah tak tau macam mana nak cakap'..  Tapi itulah yang terjadi...

Jadi saya yang berasa rendah diri dan hati, rela berkorban demi memberi laluan kepada yang lebih berhak..

Siapalah kami.. :)

Jika situasi ini terjadi, bolehlah saya simbolikkan seperti:

"Satu kenduri kahwin, tuan rumah jemput dua syarikat catering sekaligus dan diarah untuk bersama2 memasak menyediakan menu yang sama di tempat yang sama..Sedikit sebanyak mungkin ada...."

Atau untuk pembaca lebih memahami situasi saya pada waktu itu adalah:

" Penganjur dengan tidak sengaja memanggil dua orang penceramah sekalilgus untuk memberikan sebuah ceramah maulidurrasul di tempat dan waktu yang sama; kerana tidak wujudnya perbincangan dan kata sepakat yang baik dari ajk-ajk bertindak yang menganjurkan program tersebut.."



Ajk muslimat yang tersilap memanggil dua pusat rawatan sekaligus
 Saya pun memohon dari penganjur untuk mengundurkan diri dan memberi peluang kepada abang2 dari pusat rawatan tersohor untuk memberikan khidmat mereka..Kami juga bimbang andaikata keberadaan kami di sana turut menyebabkan mereka tidak selesa dan terganggu...

Atau boleh jadi juga mereka langsung tidak tahu menahu tentang kedatangan sebuah lagi pusat rawatan lain yang kerdil dan tetap akan terus kerdil iaitu KISWAH di situ. Boleh jadi mereka juga tidak tahu menahu sehingga ke akhirnya tentang kedatangan kami di Masjid Jengka 15 pada hari yang berbahagia tersebut..

Ajk yang bertugas, memohon ampun maaf kepada kami, kerana difahamkan bahawa mereka telah mengalami masalah teknikal dan misscommunication sesama ajk yang bertindak.

Saya diberitahu bahawa ajk inilah yang ditugaskan untuk menjemput SATU pusat rawatan. Namun, ada pula ajk lain yang tidak semena-mena membuat tindakan sendiri menjemput pusat rawatan lain..

Bagi saya menjemput pusat rawatan mana2 pun tak salah.. Pusat rawatan tersohor yang dijemput juga tidak salah, malah kami sangat menghormati mereka dan mereka adalah dari institusi yang menjadi 'idola' pusat-pusat rawatan picisan macam kami ini..

Cuma saya agak terkilan dengan pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti pusat-pusat rawatan Islam. Itu sahaja... Sepatutnya mereka bertanggungjawab dengan pihak yang mereka jemput, tetapi dengan mudah sekali, mereka 'melepaskan kami balik' 'sebaik sahaja sampai..'

Sudahlah agak keletihan dan jadual agak padat, kami rela korbankan, namun...

Saya juga memohon sepuluh jari merayu ampun dan maaf dari abang2 senior dan pihak penganjur jika akhlak saya ada cacat celanya sepanjang pertemuan yang sangat singkat tersebut. Malah mungkin mereka terbaca posting dari al faqir wal haqir ini, maka saya pohon ampun buat kali yang seterusnya atas kurangnya adab saya...

Bersama keluarga Sufian di Sg Tekam
Kami mengambil kesempatan untuk menghantar akhir Suffian ke Felda Sg Tekam memandangkan beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan di KISWAH kerana kuliah USIM akan bermula minggu depan.

Alhamdulillah ada hikmahnya... Kalau tidak kerana program kali ini, taklah kami sampai ke Sg Tekam bertemu bonda dan ayahanda Suffian serta keluarga yang ceria dan bahagia...

Kami berwada' dan pulang ke Temerloh dengan perasaan yang puas dan gumbira sambil hujan renyai-renyai menambahkan lagi feeling saya dan lukman sepanjang perjalanan...

..petang dah nak merawat di Pusat Rawatan KISWAH dan itulah priority kami..

Alhamudlillah..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

20 February 2012

Jemputan Seminar 3 KISWAH (SANTAU, SAKA, SUSUK dan SELUSUH) 31 Mac 2012

Ahlen kepada semua...



KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“SANTAU, SAKA, SUSUK dan KAEDAH SELUSUH ( Modul 3 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta.. Makan tengahari tidak disediakan)


TARIKH : 31 Mac 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang

Syarat Penyertaan:
Sudah mengikuti Seminar 1 dan 2 KISWAH

TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.


Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )

19 February 2012

Kenangan Ceramah Maulidurrasul saw di SK Desa Bakti





Pengisian seadanya dari khuwaidim tholabah al ilm as syarif


Assalamualaikum semua.

Pada 18 Feb 2012 bersamaan hari Jumaat yang lalu KISWAH telah menerima jemputan untuk memberikan ceramah maulidurrasul saw di Sek Kebangsaan Desa Bakti Mentakab Temerloh Pahang.Saya bersama Ustaz Sufian Usim dan Us Lukman bertolak ke sekolah tersebut pada pukul 7.30 dan sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi... Kami disambut oleh para asatizah dan GPK yang ramah dan ceria.

Bersama GPK yang rendah diri lagi tawadduk; Cikgu Kalal

Kami dengan rendah diri hadir dengan harapan diberi kekuatan oleh Allah untuk berdakwah menyebarkan CINTA kepada ALLAH dan CINTA kepada RASULULLAH SAW.

Pengisian saya bertumpu kepada:

1) Kecintaan kepada Allah dan RasulNya
2) Kelebihan menyambut maulidurrasul saw dan dalilnya
3) Peribadi Rasulullah saw dan kisah kelahiran baginda
4) Adab2 penuntut ilmu dan rahsia2 kejayaan seorang pelajar muslim.
5) Menerapkan semangat dan budaya bersolawat di kalangan warga pelajar dan pendidik...

Guru dan pelajar yang sporting dan ceria sentiasa dari mula sampai ke akhir program..

Alhamdulillah kali ini cuba memberikan kelainan dengan mengalungkan solawat bersama-sama warga SK Desa Bakti.

Mengajak anak2 murid sama2 bersolawat. Ikutlah nak pukul macam mana, janji ada bunyi..

Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbiran dan guru-guru JQAF Desa Bakti yang telah bertungkus lumus menjayakan program Maulidurrasul saw pada tahun ini.

Para guru dan murid yang ceria!

Terima kasih kepada semua warga SK Desa Bakti yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan ceramah dan majlis solawat yang seadanya pada kali ini..

Ampun segala kekurangan..

Bersama Sebarkan CINTA....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

18 February 2012

Kenangan Maran Bersolawat 16 dan 17 Feb


Habib Ali dan Maulana Johari

 Alhamdulillah, kami diberi izin oleh Allah untuk menghadiri majlis Maulidurrasul saw peringkat daerah Maran yang berlangsung dengan meriah beberapa hari yang lalu di Masjid as Syakirin; Masjid Daerah Maran..

Majlis di Maran difahamkan adalah yang terbesar, terlama dan termeriah di dalam Negeri Pahang. Kami sempat menghadiri majlis solawat selama dua malam berturut-turut.

Pada 16 hb kami sempat menghadiri majlis yang dihadiri al Habib Ali Zainal Abidin dan Maulana Jauhari yang merupakan seorang tokoh ulamak dan muhaddis di Pahang. Sesungguhnya pengisian yang diberikan oleh Maulana amat memukau hadirin dengan pelbagai maklumat berkenaan baginda nabi saw. Pengisian diberikan sehingga maulana Johari menitiskan air matanya. Kemudian tausiyyah diberikan oleh al Habib pula.

Sebelum itu, mahlis solawat menghangatkan suasana dengan solawat dari Darul Murtadha.
BersamaTimb Qadi Maran Ust Amin, anak buah Munzir dan Nasaie
Qasidah dari Darul Murtadha

17 hb kami ke Masjis as Syakirin dan kali ini tetamu yang diundang adalah Habib Thohir dari Hadramaut.. Majlis selawat dan tausiyyah yang diberikan adalah amat memukau.
Habib Thohir dan Amru

Bersama Us Sufian yang akan menamatkan khidmatnya di KISWAH esok. USIM dah start kuliah
Terima kasih kepada Qadi dan Timb Qadi Maran yang menjadi tunggak utama program ini..

Semua usaha dakwah menyebarkan Cinta kepada Allah dan RasulNya diberkati Allah.

Us Amin Tim Qadi dan Ustaz Arifin dari Tahfiz Faqeh Temeloh
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!..

17 February 2012

Gerai Rawatan Islam Karnival Wanita Jengka 15 Pada 19 Feb 2012

Jumpa Di Sana, Insya Allah Kami Akan Selang Selikan Aktiviti di Gerai Dengan Bersolawat Kepada Rasulullullah saw


Assalamualaikum semua khusus warga Felda sekitar Jengka 15.

KISWAH telah dijemput untuk mengendalikan Klinik Rawatan Islam di:

SEHARI BERSAMA WANITA

Padang Jengka 15


19 Feb 2012 bersama Ahad ini...


8pg - 12 tgh..


Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ringkas, barang2 rawatan sunnah dan khidmat nasihat.. Kita jumpa di sana...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Wassalam..

Hayat al Mawlawi..

15 February 2012

Jemputan Maulidurrasul Masjid Syakirin Maran 16 dan 17 Feb 2012

Masjid as Syakirin Maran sentiasa menjadi wadah Majlis Cinta Rasul saw yang tak putus-putus selama ini. Ini kerana daerah Maran mempunyai seorang Qadi dan Timbalan Qadi (kebetulan sahabatku sama sekolah Khairiah dulu) yang mempunyai kecintaan luar biasa kepada Rasululullah saw.. Jasa mereka berdualah bumi Maran sentiasa diberkati dengan majlis2 agung sebegini.. Adapun bandar patinku Temerloh..... :(

Assalamualaikum semua..

Insya Allah malam ni (dan esok mungkin) kami akan ke Masjid as Syakirin Maran untuk program:

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW DAERAH MARAN

16 hb Khamis: Bermula 2.30 petang Khamis. Selepas Maghrib: Qasidah dan ceramah oleh Habib Ali Zainal Abidin bersama Maulana Johari bin Ali.

17hb Jumaat: 9 pagi: Diskusi Kitab Hadis bersama Habib Najmuddin al Khirid. Selepas Maghrib ceramah oleh Habib Tohir bin Muhammad al Haddad dan diterjemah oleh Habib Amru KL..

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

14 February 2012

Beradablah Di Majlis Rasululullah SAW (Kenangan Maulid Di Madrasah Imaniyyah, Jerantut)

Kenangan Sambutan Maulidurrasul saw bersama Sheikh Nur di Pondok Imaniyyah Jerantut Feri, Jerantut Pada 8 Feb Lepas







 Assalamualaikum semua!

Masih teringat dalam kotak ingatanku ini betapa meriahnya sambutan maulid di Pondok Imaniyyah minggu lepas. Dianggarkan beribu-ribu tatamu yang hadir pada malam tersebut menyaksikan tak silap dua ekor kerbau yang menjadi korban untuk sambutan yang agung ini.

Pihak pondok menjemput al Fadhil Sheikh Nuruddin untuk memberikan ceramah dan tausiyyah kepada semua hadirin. KISWAH diberi kesempatan oleh Rabbul Jalil untuk menghadiri majlis yang diadakan di pondok yang baru diasaskan ini. Alhamdulillah semakin banyak pondok2 baru dibuka disekitar Pahang dewasa ini...

Kami bertolak setelah sesi ruqyah pada sebelah petang dan sampai apabila azan Maghrib dikumandangkan... Setelah tausiyyah dan ceramah oleh sheikh yang mulia. Maka majlid solawat Maulid Daibaie yang dibawa oleh anak buah Sh Raof Tampin pun bergema di bumi Jerantut. Kelihatan dari jauh Sh Raof dan anak2 muridnya duduk bersebelahan dengan yang mulia Maulana Johari, tok guru madrasah Tabligh yang terkenal itu. Kelihatan juga ratusan anak2 madrasah tabligh yang memeriahkan majlis tersebut. Tidak dilupakan juga sahabat2 Azhariyyun dan Timur Tengah yang hadir malam tersebut. Sungguh ceria dan penuh barakah..

Cuma....

Sedang majlis berlangsung dan para hadirin memuliakan 'kedatangan' baginda Rasulullah saw dengan berdiri dan menyambung untaian solawat dan qasidah dalam keadaan duduk tersebut.. kelihatan ramai sekali para jemaah yang tidak segan silu makan dan mula beredar dari majlis... Walaupun solat Isyak belum dilaksanakan, walaupun kumpulan solawat dan hadirin masih panas mengalunkan solawat kepada sang kekasih saw...

Lalu dengan tidak semena-mena Sheikh Nuruddin pun berdiri dan berkata; (dan inilah main point dari posting ini)

"KALIAN KALAU TIDAK TAHU ILMU DAN ADAB KEPADA RASULULLAH SAW, BUANG SAHAJA SERBAN KALIAN!!!!!"

Tegas tuan guru, lalu melontarkan serbannya ke tanah.Tanda marah yang amat sangat!

 Yelah, ini pelajaran kepada kita masing2. Sedang kita semua bersungguh-sungguh memuliakan Rasulullah saw kedapatan pula golongan yang tidak malu, makan dan meninggalkan majlis seolah-olah acuh-tak acuh kepada majlis Rasulullah saw...

Sheikh menasihatkan hadirin agar duduk dengan adab dan menghormati Majlis Maulid Nabi saw......

Majlis diakhiri dengan Solat Isyak dan jamuan makan...
.. dan malam tersebut saya dapat pengajaran yang sangat berharga..

Allah Haq Hidayah Seluruh Alam!



Bersama anak2 murid tercinta yang turut sama memeriahkan majlis

13 February 2012

Kehilangan Hartamu? Bermakna Selamatlah Nyawamu Dari Malapetaka

Bertenanglah jika anda ditipu, hartamu dicuri atau musnah. Inilah kafarah dari Allah untuk menghapuskan dosamu dan menandakan Allah telah menyelamatkanmu dari malapetaka diri dan keluarga yang lebih besar. Bersyukurlah.


Assalamualaikum semua..

Sekadar satu coretan di paparan blogku...

Semalam semasa sesi ruqyah, pembantu saya Lukmanul Hakim dikejutkan dengan panggilan bondanya memberitahu bahawa rumah mereka telah dipecah masuk pencuri. Banyak juga kehilangan barang2 berharga yang dianggarkan beribu2 / puluh ribu ringgit.

Lalu saya teringatkan sejarah hidup saya yang biasa ditipu RM itu dan ini..

Baru-baru ini juga saya ditipu... dan dengan izin Allah saya berjumpa Habib Ahmad dari Jakarta Indonesia yang sedang berada di zawiyah. Maka saya menceritakan kepadanya berkenaan kes saya ditipu..etc.bla bla bla..

Maka dijawab oleh Habib Ahmad.. " Alah, ana pun biasa kehilangan duit, sampai belasan ribu ringgit hilang dan dalam keadaan ana terdesak hendak memberi nafqah kepada keluarga. Lagipun dua tiga hari lagi nak ke Cyprus..Lalu ana memberitahu guru ana Habib Ahmad (juga namanya). Maka dikatanya kepada ana..:

"USAH DISEDIH DAN DIRISAUKAN KEHILANGAN WANG DAN HARTA BENDAMU. ITU MAKSUDNYA ALLAH TELAH MENYELAMATKANMU DARI SATU BAHAYA DAN MALAPETAKA YANG MUNGKIN MEMBAHAYAKAN NYAWAMU DAN KELUARGAMU. MAKA DISELAMATKAN KAMU DENGAN KAFARAH DARI HARTA2MU"

Jadi apabila mendengar pernyataan penuh hikhmah itu, hati saya bertambah redha dengan ketentuan Allah, dan saya yakin semua yang berlaku melibatkan kerugian duit atau harta benda wajib mempunyai hikmahnya yang tersendiri.. PASRAH..

Alhamdulillah setiap kali ke sana, banyaklah sekali ilmu2 hikmah yang al faqir pelajari dan insafi...

Jadi pembaca yang budiman, jika kita mengalami situasi begini yang membawa kepada kerugian harta bendamu.. Ridhalah... Semuanya Allah punya, kalau Allah hendak balik kepunyaannya, itu adalah hakNya..

Kita pasrah dah serahkan segala keputusan dan hukumannya hanya di tangan Allah. Mahkamah akhirat sentiasa adil dan benar... Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tak putus-putus itu.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

12 February 2012

Kenangan Forum dan Maulid Bersama KISWAH di Felda Ulu Jempol

 Assalamualaikum semua..

Beberapa foto kenangan forum maulidurrasul saw dan maulid di Surau Peringkat Tiga Felda Ulu Jempol Sabtu malam Ahad baru2 ini bersamaan 19 Rabiul Awwal; 11 Feb 2012...







Bersama pengerusi surau yang dedikasi
Generasi maulid maaahad yang diketuai anakanda Fahmi

Penggerak utama KISWAH, anak murid merangkap pembantu yang setia Sufian dan Lukman

Abag Wan tidak ketinggalan menemani KISWAH pada kali ini

Kumpulan maulid 2008 yang hadir memeriahkan majlis. Nazrin dan Asif.. Terima kasih tolong ustaz malam tuh..

 Kenangan Maulid Bersama KISWAH dan anak2 maulid Maahad SAS Jengka di Felda Ulu Jempol 19 Rabiul Awwal 11 Feb 2012 selepas forum bersejarah dan program besar2an di Surau Peringkat Tiga dengan dihadiri oleh YB Kuala Sentul..



Tetamu yang hadir melimpah dari tempat duduk yang disediakan...
Bersama sahabat panelis Us Hairul Azam; pensyarah IPG Kuala Lipis dan Us Nasaie sebagai moderator dan nadi utama program pada kali ini..

Bermaulid bersama anak2 Maahad SAS Jengka

 Ahlan wa sahlan 19 RabiulAwwal, hari ketujuh kelahiran Rasulullah saw.. Hari yang mana Allah mengirimkan nama Muhammad saw dan dinamakan dengan nama itu. Ramai yang tidak mengetahui, sambutlah 19 Rabiul Awwal seperti 12 RabiulAwwal kerana para awliya' dan solehin menyambutnya.. Malam esok adalah malam 19 RabiulAwwal. Mari meraikannya!!!

Pengisian yang saya berikan lebih tertumpu kepada:

1) Dalil sambutan Maulidur Rasul saw yang mudah difahami oleh orang awam dan fadhilat menyambut sambutan agung ini..

2) Berkenaan perihal penceritaan kelahiran Insan Agung saw ini..

3) Berkenaan rupa paras, kecantikan dan keagungan nabi saw..

4) Galakkan supaya penduduk kampung mengadakan sambutan maulid di rumah masing2..

5) Memberi kesedaran agar sambutan maulidur rasul saw tidak hanya berlegar di sekitar aktiviti ceramah dan forum sahaja malah hendaklah disertai dengan majlis solawat dan memuji nabi saw.... CERAMAH DAN CAKAP2 SAJA TIDAK CUKUP... Perlulah disertai dengan majlis solawat..!!!

Lukman yang tidak sihat sanggup berkorban...
Membacakan doa penutup maulid daibaie..

Ahli keluarga KISWAH yang hadir.. Tidak ketinggalan Cikgu Adib, Wan dan Azwan KIPSAS mewakili Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Kuantan...

Bersama ahli kumpulan maulid 08 dan anak2 murid Maahad SAS dahulu; Syifa'


Kenangan Terindah! Bersama menyebarkan CINTA kepada Allah dan Rasulullah saw…

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...

11 February 2012

Rawatan Panau Yang Mudah


Panau, penyakit kulit yang biasa terjadi kepada sesiapa saja..
Lengkuas, antara penawar panau yang mujarab!


Assalamualaikum semua,

Insya Allah kali ni saya akan berkongsi tentang rawatan sakit panau.

1) Ambil sepotong lengkuas dan gosokkan 3 kali sehari kepada tempat yang terkena panau. Lebih baik semasa gosok tersebut anda bacakan ayat-ayat al Quran untuk sakit kulit iaitu 259 Surah al Baqarah dan 266 Surah al Baqarah... Insya Allah anda akan dapat saksikan kesannya sangat cepat dan cara ini terbukti mujarab.

2) Seperti rawatan sakit kulit yang lain yang pernah dipaparkan dalam posting yang lepas2 di dalam blog ini. Menggunakan cuka anggur / kurma / epal dan minyak zaitun... Saya muatkan kembali.



Assalamualaikum semua..

Untuk rawatan kulit yang paling mudah:

1) Sapukan kawasan bermasalah dengan cuka epal/kurma/nipah/anggur sehingga merah.

2) Kemudian sapukan minyak zaitun... jika kering sapu lagi, jika kering sapu lagi... senantiasa berminyak zaitun..

Semasa proses tersebut sila bacakan ayat untuk rawatan kulit;

a) Ayat 259 Surah Al Baqarah
b) Ayat 266 Surah Al Baqarah

KAYAP: Boleh gunakan cara yang sama ATAU:

Tumbuk pinang muda, tambah sedikit air / minyak zaitun dan sapukan pada kawasan jangkitan dan bacakan ayat2 di atas....

Untuk mendapatkan bahan rawatan sunnah yang telah diruqyah terbabit: SILA KLIK DI GAMBAR:

MINYAK ZAITUN RUQYAH


CUKA EPAL RUQYAH



ATAU CUKA KURMA RUQYAH


Selamat mencuba dan semoga lekas sembuh!

*Sila sebarkan!

09 February 2012

Jemputan Sambutan MaulidurRasul saw di Surau Felda Ulu Jempol bersama KISWAH 11 Feb 2012

Ahlan Wa Marhaban Ya RasulALLAH saw..

Assalamualaikum semua...

Jemputan menghadiri sambutan Maulidurrasul saw pada ketetapan berikut:

"SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW SURAU FELDA ULU JEMPOL"

11 Februari 2012
Sabtu Malam Ahad

Tentatif:

Solat Maghrib Berjemaah
Forum; "Rasulullah saw Contoh Ikutan"

Solat Isyak Berjemaah
Jamuan Makan Malam

Bersolawat beramai-ramai, Maulid Daibaie Bersama KISWAH.

Jumpa di sana...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Pesan Guru Yang Tercinta, Zikir Harian Rabiul Awwal







Mawlana is asking everyone to recite the following daily:
40 Salatu Tunjina - الصلاة المنجية
100 Ya Hannan
100 Ya Mannan
100 Ya Wadud


مولانا يطلب من الجميع أن يقرأ ما يلي يومياً:
- الصلاة المنجية ( 40 مرة ) .
- يا حنان ( 100 مرة ) .
- يا منان ( 100 مرة ) .
- يا ودوود( 100 مرة ) .



الصلاة المنجية
اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضي لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات

07 February 2012

Kenangan Maulid 2012 di KISWAH

Ahli Keluarga KISWAH yang hadir pada malam yang penuh barakah tersebut. Majlis bersurai pukul 2 pagi lebih..

Assalamualaikum..

Alhamdulllah kami di KISWAH, setiap hari mengadakan maulid dengan izinNya jua. Malam 12 Rabiul Awwal di Pusat Rawatan KISWAH, malam berikutnya di Madrasah Fatihah Tebing Tinggi Jerantut, hari seterusnya di teratak kami yang sederhana, kemudian di pusat rawatan dan hari ini Insya Allah akan ke Madrasah Imaniyyah Jerantut Feri, Jerantut bersama Sh Nuruddin al Makki Insya Allah.

Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada kami untuk terus bersolawat dan menyebarkan CINTA kepada Allah dan RasulNya yang bongsu saw...

Terima kasih kepada semua yang hadir pada sambutan Maulidurrasul saw di KISWAH tempoh hari; 4 dan 5 Feb 2012. Antara yang hadir adalah Ustaz Zul Bentong, Us Hanif Darul Quran Kuala Kubu, Syihan Suzuki, Cikgu, Epul PA Raub dan adiknya Anas Dinar Pahang Tahfiz Pahang, Cikgu Adib Jurus Kuantan, Wan dan Azwan KIPSAS dan sahabatnya, Syami KUIN, Abang Wan dan tidak ketinggalan Lukman dan Suffian USIM yang membantu pada malam tersebut.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah, pengajian perubatan Islam berkenaan rawatan dengan ISMULLAH al A'zam, sekitar surat Abu Dujanah dan kisah kelebihan Rasulullah serta khususiahnya.

Selepas Solat Isyak berjemaah majlis diteruskan dengan zikir khatam khwajakan soghir, perihal kisah kelahiran Rasululah saw dan penceritaan rupa paras, perwatakan dan kesukaan Rasulullah saw....
Kemudian disusuli dengan majlis sambutan Maulid Nabi saw dengan pembacaan Maulid Daibaie dan jamuan makan malam... 

Terima kasih kepada semua yang hadir dan membantu menjayakan sambutan pada kali ini.

Semoga ikatan ukhuwwah kita ahli keluarga KISWAH akan semakin subur dan dimurnikan dengan keikhlasan Insya Allah.  Semoga Allah merahmati perhubungan kita semua dan diharumkan dengan sulaman CINTA ALLAH, CINTA RASULULLAH SAW dan GURU YANG TERCINTA...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

06 February 2012

Rawatan Sakit Jantung Kaedah Perubatan Islam




SAKIT JANTUNG – bawang Holland / merah

1)      Jantung: Bakar bawang dengan abu...bila dah masak makan bawang tu- bawang merah / holland. Caranya masukkan bawang yang bersaiz sederhana ke dalam tin dengan abu panas (abu kayu biasa yang dibakar) dan panaskan sehingga bawang masak. Makan bawang tersebut sejam sebelum makan apa-apa atau dimakan sebagai ulam selama empat puluh hari...atau teruskan sahaja sehingga sembuh...

2)      Selepas solat  / sekerap mungkin: Pegang dada dan bacalah a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57. (malah untuk semua jenis penyakit di dada) Atau sapukan senantiasa dada dengan minyak habbatussawda' atau minyak zaitun sambil membaca ayat-ayat tersebut.

3)      Minyak zaitun + jus delima + madu: Minum sesudu bercampur dengan air ruqyah pada waktu pagi dan sesudu sebelum tidur.

4) Bernazar jika sembuh akan mengerjakan umrah / kenduri kesyukuran / puasa atau segala amalan yang baik.

5) Bersedekah setiap hari dengan niat kesembuhan. Sediakan tabung di rumah dan masukkan wang ke dalam tabung setiap hari sambil berniat, " Ya Allah, daku berniat membantu agamuMu, bantulah aku / keluargaku yang menderita sakit Ya Allah..." Cukup minggu atau bulan hantarlah kepada fakir miskin, madrasah, zawiyah, masjid atau surau yang memerlukan bantuan...

03 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433, Jemputan Maulid di KISWAH dan Kisah Kelahiran Rasulullah saw yang Ajaib



Salam Maulidurrasul saw 1433. Jangan lupa sambutan Maulidurrasul saw Peringkat KISWAH di HQ KISWAH Temerloh pada malam ini bersamaan 4 Feb 2011; Sabtu Malam Ahad. Maghrib di Pusat Rawatan. Ahlan wa marhaban kepada semua!!!






Keajaiban Dunia Ketika Kelahiran Rasulullah Sayyidina Muhammad

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebelum Abdullah berkahwin dengan Aminah, terpancar cahaya gilang gemilang dari wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitab…

Sehinggalah beliau berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindak kepada Aminah pula apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta… Sehingga seorang perempuan ahli kitab datang berjumpa beliau menyatakan… apabila Abdullah membawa cahaya tersebut dia sangat mengimpikan untuk menjadi isterinya… Namun apabila cahaya tersebut tiada lagi, niat tersebut telah berkubur seumpama hilangnya cahaya dari wajah ayahanda Nabi Muhammad saw tersebut.

Ketika Abdullah berangkat ke Syria, sudah terdetik di hati si isteri bahawa suaminya tidak akan pulang lagi… Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan ibunya Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati bonda nabi mengenangkan nasib anaknya yang yatim tersebut.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat, di laut, burung2 yang berkicau sibuk membincangkannya.

Angin dari Utara mengkhabarkan kepada angin Selatan dan angin Timur mengkhabarkan kepada angina Barat berita bakal munculnya Penghulu tujuh petala langit dan bumi 9 bulan lagi….. Bumi gempar dengan perkhabaran akan lahirnya insan istimewa tidak lagi


Kedua, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.


Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.


Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.

Wangi2an yang tidak terhingga laksan kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka…
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.

Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua…

Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini saw…

Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…

Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad saw yang masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum…

Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena2 beliau menyusukan baginda Nabi saw… Beliau seolah2 terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya…

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhitankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.

Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya…Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai… Oleh kerana bapa nabi saw sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu….

Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad saw yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut..

Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul…. Ini malaikat atau manusiakah…. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi…

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah… dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik… apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad saw….

Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw….

Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya…. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu nabi…

Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.
Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta… Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…

Sejak memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta… . Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.

Jadi marilah kita berselawat kepada baginda Nabi saw…Merayakan hari kelahiran baginda saw….

p/s: Jemputan ke KISWAH untuk sambutan Maulidur rasul saw pada malam ini:


Kepada semua ahli kelas KISWAH, sahabat seperjuangan Temerloh, Kuantan, Raub, Jengka, Raub, Bentong, Kota Tinggi, Sg Besar dan Teluk Intan...

Insya Allah i pada 4 Feb 2012 (Sabtu Malam Ahad) bertempat di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh akan diadakan Kelas Tafaqquh Tibb Nabawi dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw peringkat KISWAH...
 
Tentatif:

3.00 ptg: Rawatan kepada pesakit yang datang ke pusat rawatan

7.30 mlm: Solat Maghrib dan Kelas Tafaqquh Ringkas

9.00 mlm: Solat Isyak dan Sambutan Maulidur Rasul:

- Zikir Khatam khawajakan saghir..

- Bacaan Syamail Muhammadiah Imam Tirmizi dan penceritaan kelahiran Nabi Muhammad saw

- Maulid Daibaie

Penutup dan Jamuan Ringan...

Semua anak2 murid kelas tafaqquh KISWAH dijemput hadir...

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul saw 1433.. Semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda Rasul saw... Cinta kpd baginda saw bermakna CINTA KEPADA ALLAH...."

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

02 February 2012

KISWAH Tidak Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Jarak Jauh.

Perawat Islam atau Mualij Membacakan Ruqyah (atau Raqi; pembaca Ruqyah)kepada Pesakit Yang Datang Berkunjung Menemuinya untuk Mendapatkan Rawatan.
Assalamualaikum semua.

Astagfirullah dengan rasa bersalah dan rendah hati saya maklumkan bahawa semua perawat ruqyah KISWAH di seluruh negara tidak menjalankan rawatan secara jarak jauh walau apapun istilah yang digunakan. (Solat Hajat, berdoa dan berzikir etc - tidaklah dengan ertikata 'rawatan')

Ini kerana akhir-akhir ini saya mendapat banyak panggilan untuk menjalankan rawatan secara jarak jauh ini. Saya yang mudah-mudahan sentiasa berpegang kejap kepada kaedah ruqyah dan mudah-mudahan senantiasa mematuhi segala adab, tatasusila dan etika seorang pembaca ruqyah (raqi) menyatakan bahawa saya dan semua perawat2 ruqyah yang lain di bawah ahli keluarga KISWAH tidak menjalankan rawatan secara jarak jauh dengan memberi nama atau gambar lantas pesakit membank in duit kepada perawat tersebut seumpama yang dilakukan oleh banyak pusat rawatan lain. Ampun maaf dipinta.

Saya dengan rendah diri memohon ampun kepada semua telah menelefon dan berniat menelefon saya untuk tujuan tersebut. Saya tidak dapat penuhi ekoran dari garis panduan yang mudah-mudahan juga sentiasa kami pengamal ruqyah syariyyah miliki.
Saya juga tidak berniat menyentuh sensitiviti pusat2 rawatan lain berkenaan isu ini, Ampun dipinta jari sepuluh dihulur. Mungkin saya masih jahil dan kurang ilmu-ilmu hakikat sehingga saya sendiri tidak tahu menahu tentang kaedah-kaedah itu, WALLAHU A"LAM.

Malah mungkin juga mereka mempunyai dalil-dalil konkrit yang menyokong kaedah mereka, WALLAHU A"LAM. Namun bagi saya untuk mempelajari dan mempraktikan kaedah rawatan dari jauh ni, atau membenarkan anak-anak buah KISWAH mengamalkannya adalah  tidak sekali-kali. Terpulanglah kepada mereka yang lain untuk mempraktikkannya.

Namun tidak bagi saya.....

"Nabi sallahu alaihi wa sallam memanggil atau menjemput PESAKIT BERTEMU BAGINDA SENDIRI untuk tujuan berubat jika ada pesakit di kalangan sahabat yang berhajat. Kekadang nabi saw menyerahkan kepada ahli perubatannya yang lebih mahir dengan kaedah rawatan sesetengah penyakit.. (dipetik dari khutbah Jumaat negeri Pahang dua minggu lepas).

..dan itulah yang mudah-mudahan saya praktikkan sehingga akhirnya. Jadi call dan berjumpalah saya dan perawat2 ruqyah KISWAH yang lainnya di seluruh negara..

Sekian dimaklumkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...