06 February 2012
Rawatan Sakit Jantung Kaedah Perubatan Islam
SAKIT JANTUNG – bawang Holland
/ merah
1)
Jantung:
Bakar bawang dengan abu...bila dah masak makan bawang tu- bawang merah /
holland. Caranya masukkan bawang yang bersaiz sederhana ke dalam tin dengan abu
panas (abu kayu biasa yang dibakar) dan panaskan sehingga bawang masak. Makan
bawang tersebut sejam sebelum makan apa-apa atau dimakan sebagai ulam selama empat puluh hari...atau teruskan sahaja sehingga sembuh...
2) Selepas
solat / sekerap mungkin: Pegang dada dan
bacalah a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57. (malah untuk semua jenis penyakit di dada) Atau sapukan senantiasa dada dengan minyak habbatussawda' atau minyak zaitun sambil membaca ayat-ayat tersebut.
3)
Minyak zaitun + jus delima + madu: Minum sesudu bercampur dengan air ruqyah pada waktu pagi dan
sesudu sebelum tidur.
4) Bernazar jika sembuh akan mengerjakan umrah / kenduri kesyukuran / puasa atau segala amalan yang baik.
5) Bersedekah setiap hari dengan niat kesembuhan. Sediakan tabung di rumah dan masukkan wang ke dalam tabung setiap hari sambil berniat, " Ya Allah, daku berniat membantu agamuMu, bantulah aku / keluargaku yang menderita sakit Ya Allah..." Cukup minggu atau bulan hantarlah kepada fakir miskin, madrasah, zawiyah, masjid atau surau yang memerlukan bantuan...
Labels:
rawatan islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment