**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 February 2012

Kenangan Klinik di Jengka 15 Pada 19 Feb 2012 ?


Assalamualaikum semua..

Saya dijemput oleh sepasukan ajk dari sebuah organisasi untuk mengendalikan slot rawatan Islam di satu karnival wanita di Jengka Semarak 15 pada 19 Feb yang lalu.

Walaupun agak keletihan kerana tidak cukup tidur dan program2 lainnya, saya berserta pembantu yang dedikasi Us Lukman dan Us Suffian menggagah dan menguatkan diri untuk  menghadirkan diri. Iyalah mengenangkan ini juga adalah perjuangan fi sabilillah.. Masyarakat memerlukan khidmat kami yang tidak seberapa ini, maka kami sedaya upaya penuhi...

Program kesihatan wanita yang baik untuk masyarakat setempat





Kami bertolak pada pukul 8 pagi dan sampai hampir pukul 9.. Sebaik sahaja tiba, program yang asalnya dijadualkan di padang telah berpindah ke masjid Jengka 15 kerana hari hujan.

Sebaik sahaja sampai, kami lihat program masih belum dimulakan lagi... Jadi saya beriktikaf sebentar di dalam masjid sambil menunggu program bermula..Kami diminta oleh pihak penganjur untuk menunggu di dalam masjid sementara program masih belum bermula.

Sedang saya beriktikaf sepasukan pemuda berpakaian putih, berkopiah putih dan memakai badge parti politik berwarna hijau masuk ke dalam masjid sambil berbincang dengan nada yang kuat:

"Kat mana kita nak merawat ni.. bla bla bla.. etc" ..sambil memegang plastik yang penuh dengan daun bidara..

Saya yang masih membaca al Quran meminta pembantu saya dengan rendah diri bertaaruf dan bertanyakan mereka, dari pusat rawatan mana dll?

Maka barulah saya tahu bahawa mereka adalah satu team dari sebuah pusat rawatan yang begitu terkenal dan berwibawa di seantero Malaysia dari daerah___________.

Saya pun cuba beramah mesra dan bertaaruf dengan mereka. Namun mungkin kerana kepenatan dan kesibukan mereka,maka sembang-sembang saya dengan mereka saya putuskan untuk diberhentikan sahaja...

Bersama Akhi Sufian sebelum berangkat pulang sebaik sahaja sampai
 Jadi tanpa memanjangkan kalam, saya memberi isyarat kepada pembantu saya agar beredar sahaja dari program tersebut memandangkan pusat rawatan yang lebih senior, berkaliber, terkenal dan mempunyai empayarnya yang luar biasa sudah hadir di majlis tersebut.

Prinsip saya, jika sudah ada pusat rawatan yang sedia berkhidmat, datang dari jauh pulak tu, malah lebih berpengalaman, cekap dan 'bersemangat' sudah ada di satu-satu majlis bersama dengan pusat rawatan saya, maka saya yang hina dina dan tak banyak pengalaman ini, tanpa lengah lagi sedia mengundurkan diri...

Bukannya tidak mahu berubat sekali, cuma pengalaman saya yang lepas2, jika ada dua pusat rawatan yang merawat sekali dalam satu majlis, sudah pasti sedikit sebanyak ..... 'entah tak tau macam mana nak cakap'..  Tapi itulah yang terjadi...

Jadi saya yang berasa rendah diri dan hati, rela berkorban demi memberi laluan kepada yang lebih berhak..

Siapalah kami.. :)

Jika situasi ini terjadi, bolehlah saya simbolikkan seperti:

"Satu kenduri kahwin, tuan rumah jemput dua syarikat catering sekaligus dan diarah untuk bersama2 memasak menyediakan menu yang sama di tempat yang sama..Sedikit sebanyak mungkin ada...."

Atau untuk pembaca lebih memahami situasi saya pada waktu itu adalah:

" Penganjur dengan tidak sengaja memanggil dua orang penceramah sekalilgus untuk memberikan sebuah ceramah maulidurrasul di tempat dan waktu yang sama; kerana tidak wujudnya perbincangan dan kata sepakat yang baik dari ajk-ajk bertindak yang menganjurkan program tersebut.."



Ajk muslimat yang tersilap memanggil dua pusat rawatan sekaligus
 Saya pun memohon dari penganjur untuk mengundurkan diri dan memberi peluang kepada abang2 dari pusat rawatan tersohor untuk memberikan khidmat mereka..Kami juga bimbang andaikata keberadaan kami di sana turut menyebabkan mereka tidak selesa dan terganggu...

Atau boleh jadi juga mereka langsung tidak tahu menahu tentang kedatangan sebuah lagi pusat rawatan lain yang kerdil dan tetap akan terus kerdil iaitu KISWAH di situ. Boleh jadi mereka juga tidak tahu menahu sehingga ke akhirnya tentang kedatangan kami di Masjid Jengka 15 pada hari yang berbahagia tersebut..

Ajk yang bertugas, memohon ampun maaf kepada kami, kerana difahamkan bahawa mereka telah mengalami masalah teknikal dan misscommunication sesama ajk yang bertindak.

Saya diberitahu bahawa ajk inilah yang ditugaskan untuk menjemput SATU pusat rawatan. Namun, ada pula ajk lain yang tidak semena-mena membuat tindakan sendiri menjemput pusat rawatan lain..

Bagi saya menjemput pusat rawatan mana2 pun tak salah.. Pusat rawatan tersohor yang dijemput juga tidak salah, malah kami sangat menghormati mereka dan mereka adalah dari institusi yang menjadi 'idola' pusat-pusat rawatan picisan macam kami ini..

Cuma saya agak terkilan dengan pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti pusat-pusat rawatan Islam. Itu sahaja... Sepatutnya mereka bertanggungjawab dengan pihak yang mereka jemput, tetapi dengan mudah sekali, mereka 'melepaskan kami balik' 'sebaik sahaja sampai..'

Sudahlah agak keletihan dan jadual agak padat, kami rela korbankan, namun...

Saya juga memohon sepuluh jari merayu ampun dan maaf dari abang2 senior dan pihak penganjur jika akhlak saya ada cacat celanya sepanjang pertemuan yang sangat singkat tersebut. Malah mungkin mereka terbaca posting dari al faqir wal haqir ini, maka saya pohon ampun buat kali yang seterusnya atas kurangnya adab saya...

Bersama keluarga Sufian di Sg Tekam
Kami mengambil kesempatan untuk menghantar akhir Suffian ke Felda Sg Tekam memandangkan beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan di KISWAH kerana kuliah USIM akan bermula minggu depan.

Alhamdulillah ada hikmahnya... Kalau tidak kerana program kali ini, taklah kami sampai ke Sg Tekam bertemu bonda dan ayahanda Suffian serta keluarga yang ceria dan bahagia...

Kami berwada' dan pulang ke Temerloh dengan perasaan yang puas dan gumbira sambil hujan renyai-renyai menambahkan lagi feeling saya dan lukman sepanjang perjalanan...

..petang dah nak merawat di Pusat Rawatan KISWAH dan itulah priority kami..

Alhamudlillah..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...