|
Perawat Islam atau Mualij Membacakan Ruqyah (atau Raqi; pembaca Ruqyah)kepada Pesakit Yang Datang Berkunjung Menemuinya untuk Mendapatkan Rawatan. |
Assalamualaikum semua.
Astagfirullah dengan rasa bersalah dan rendah hati saya maklumkan bahawa semua perawat ruqyah KISWAH di seluruh negara tidak menjalankan rawatan secara jarak jauh walau apapun istilah yang digunakan. (Solat Hajat, berdoa dan berzikir etc - tidaklah dengan ertikata 'rawatan')
Ini kerana akhir-akhir ini saya mendapat banyak panggilan untuk menjalankan rawatan secara jarak jauh ini. Saya yang mudah-mudahan sentiasa berpegang kejap kepada kaedah ruqyah dan mudah-mudahan senantiasa mematuhi segala adab, tatasusila dan etika seorang pembaca ruqyah (raqi) menyatakan bahawa saya dan semua perawat2 ruqyah yang lain di bawah ahli keluarga KISWAH tidak menjalankan rawatan secara jarak jauh dengan memberi nama atau gambar lantas pesakit membank in duit kepada perawat tersebut seumpama yang dilakukan oleh banyak pusat rawatan lain. Ampun maaf dipinta.
Saya dengan rendah diri memohon ampun kepada semua telah menelefon dan berniat menelefon saya untuk tujuan tersebut. Saya tidak dapat penuhi ekoran dari garis panduan yang mudah-mudahan juga sentiasa kami pengamal ruqyah syariyyah miliki.
Saya juga tidak berniat menyentuh sensitiviti pusat2 rawatan lain berkenaan isu ini, Ampun dipinta jari sepuluh dihulur. Mungkin saya masih jahil dan kurang ilmu-ilmu hakikat sehingga saya sendiri tidak tahu menahu tentang kaedah-kaedah itu, WALLAHU A"LAM.
Malah mungkin juga mereka mempunyai dalil-dalil konkrit yang menyokong kaedah mereka, WALLAHU A"LAM. Namun bagi saya untuk mempelajari dan mempraktikan kaedah rawatan dari jauh ni, atau membenarkan anak-anak buah KISWAH mengamalkannya adalah tidak sekali-kali. Terpulanglah kepada mereka yang lain untuk mempraktikkannya.
Namun tidak bagi saya.....
"Nabi sallahu alaihi wa sallam memanggil atau menjemput PESAKIT BERTEMU BAGINDA SENDIRI untuk tujuan berubat jika ada pesakit di kalangan sahabat yang berhajat. Kekadang nabi saw menyerahkan kepada ahli perubatannya yang lebih mahir dengan kaedah rawatan sesetengah penyakit.. (dipetik dari khutbah Jumaat negeri Pahang dua minggu lepas).
..dan itulah yang mudah-mudahan saya praktikkan sehingga akhirnya. Jadi call dan berjumpalah saya dan perawat2 ruqyah KISWAH yang lainnya di seluruh negara..
Sekian dimaklumkan.