**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 March 2010

Cari Jodoh???

Ramai yang berjumpa saya untuk tujuan ini.....

Maka saya suruh baca, hayati dan mengambil berkat ayat ni serta berusaha menunaikan apa yang dinyatakan Allah Taala di dalam ayat ini ; selepas solat dibaca 3/7 kali:


Surah ar Rum ayat 21

21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.



........ niatkan untuk dipermudahkan jodoh dan menghidupkan sunnah nabi solllahu alaihi wa sallam..

Jangan lupa doa banyak2 dan solat hajat... nazar lagi baik...
Insya Allah anda berjaya menemui jodoh dengan izin Allah jua....

p/s: Namun sekiranya ada pengaruh sihir "ta'tiluz zawaj"...... sihir melambatkan jodoh.. andalusia / andartu.... (pelalau???)

Maka hendaklah diterapi dengan bacaan al Quran untuk menghapuskan pengaruh sihir tersebut!

4 comments:

  1. Namun sekiranya ada pengaruh sihir "ta'tiluz zawaj...... sihir melambatkan jodoh.. andalusia / andartu....

    Maka hendaklah diterapi dengan bacaan al Quran untuk menghapuskan pengaruh sihir tersebut!

    ReplyDelete
  2. Salam Ust,

    Tapi tak kurang juga yg dah pun berumah tangga bermasaalah selepas berkahwin, rumah tangga mereka tergugat dan menjadi huru hara, antaranya oleh kerana orang ketiga atau permaianan sihir atau kedua2nya.
    Selain kaunselling, macam mana kaedah yg dapat diikhtiarkan utk membantu menangani masaalah tersebut.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustad..
    saya hendak bertanya boleh diselesaikan masalah yang saya hadapi..saya berkenalan dengan seorang gadis melalui fb..dan telah bercinta dengannya selama 2 tahun dan hanya berhubung melalui telefon dan msg..melihat gambar...msalah saya..apabila saya hendak berjumpa dengan dia..seringkalai tidak dapat dan pelbagai alasan diberikan...adakah cara untuk membuat dia ingin berjumpa dengan saya..saya ingin mnjadikan dia isteri saya...ikhlas berkawan dengannya...harap boleh tolong

    ReplyDelete
  4. Solat hajat jangan dilupa.. Istikharah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...