**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 July 2010

Hari yg Sangat Menyedihkan Saya; Al Fatihah kepada Zahari Rami (SB)



Al Fatihah kepada anak murid yang paling saya sayangi; Allahyarham Zahari Ramli (Abang SB) yang pulang ke rahmatuLLAH Maghrib Semalam di HKL .. AL FATIHAH
Assalalamualaikum semua..

Saya baru beberapa minit sampai di Temerloh... pulang dari seminar Kota Tinggi yang disertai 130 orang peserta.... Dalam perjalanan pulang saya dikejutkan dengan kematian salah seorang murid kesayangan saya Abang Zahari Rameli atau panggilan mesranya Abang SB yang telah menjadi anak murid saya sejak hampir dua tahun yang lalu.. Pegawai polis yang sangat amanah ini tidak pernah ponteng kelas tiap2 minggu selama 2 tahun kecuali atas sebab yang tidak dielakkan..

Beliau pulang ke rahmatuLLAH setelah bertarung nyawa hampir 3 hari kerana penyakit ketumbuhan dalam otak dan pendarahan otak yang dirahsiakan kepada kami selama ini...

Segala kenangan manis bersama A Zahri semasa kelas, seminar, rawatan, pagar sekolah, sembang2 dan detik2 ketika Ramadhan dan Idulfitri tahun lalu tetap tidak akan saya lupakan.. Sudahlah anak murid core yang masih aktif bersama saya boleh dibilang dengan jari, kini seorang pula dipanggil Ilahi... semuanya qada' dan qadar Allah, jodoh dan maut di tangan Tuhan..

Apabila mengenangkan anak2nya yang masih kecil dan isterinya yang menderita gangguan, sebak rasa di hati....

Semoga Allah merahmati rohnya dan meletakkannya di dalam golongan orang yang soleh...
AL FATIHAH

p/s : Solat Jenazah akan diadakan di Masjid Pangsenam Temerloh, bersebelahan rumah saya pada pagi esok.... Semua kita ramai2kan jemaah kita.....



AL FATIHAH!!!!

2 comments:

  1. Semuga ALLAH mencucuri RahmatNYA pada ALLAHYARHAM....ALLAH HU Dengar sahaja kisahnya amat lah rugi rasa hati tidak dapat bersua dengan beliau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...