**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 July 2010

Jamuan akikah anak saya utk peserta seminar Shah Alam


Assalamualaikum semua...
Dimaklumkan bahawa saya akan melakukan akikah untuk anak kedua saya. Jamuannya iaitu daging kambing sebanyak dua ekor pada hari esok akan disediakan semasa seminar modul dua di Masjid Negeri Shah Alam. Semoga anak saya semakin sihat dan berakhlak mulia berkat dari ibadah akikah ini.
Rasulullah saw menyuruh kita masak daging akikah manis2 supaya akhlak budak tu manis... sediakan sedikit manisan untuk tetamu.
Biasanya hari akikah disunatkan hari KETUJUH: Disunatkan juga:
1) Sembelih seekor kambing untuk bayi perempuan dan sunat 2 ekor kambing untuk bayi lelaki..lagi banyak besar dan banyak daging lagi baik... Jamu dah masak... Berlainan dengan daging korban yang diberi mentah.
2) Cukur rambut... timbang rambut dengan harga perak dan RM tersebut disedekahkan pada mana2 8 asnaf. Selepas botak.. kepala bayi tersebut disunatkan sapu dengan za'faran.
3) Biar nama yang baik2... Biasanya saya mendaftar di jab pendaftaran pada hari ketujuh.isytiharkan namanya.. nama yang baik ada ABDUL, ABDULLAH dan MUHAMMAD.... Nama yang baik untuk perempuan adalah 4 wanita termulia; FATIMAH, KHADIJAH, ASIAH dan MARYAM.
4) Tahnik.... belah mulut dengan manisan esp kurma. yang diberi dan didoa oleh orang2 soleh terutama sekali guru rohani dan mursyid.
Selebihnya bolehlah selawat dan maulid.
Doakan baby supaya boleh keluar cepat dari hospital.....
Sedih... baby tak ada dalam majlis akikahnya...........
Madad!!!

2 comments:

  1. Walaikumsalam Ustaz

    Tahniah serta terima kasih atas jamuan akikah petang tadi. Sesungguhnya saya dan isteri dapat ilmu yang sangat tidak ternilai dan semoga kami dapat beramal dengannya. Kami juga berdoa akan kesihatan anak kedua ustaz semoga sihat secepat mungkin.
    Ajmain & Mastura

    ReplyDelete
    Replies
    1. BarakALLAH... Alhamdulillah kini Nazim dah ada adik sorang.. baby girl yang sihat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...