**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

09 April 2012

Minyak Wangi Oud Ruqyah dan Khasiat-khasiatnya: Khusyuk Beribadah, Cerdaskan Minda, Rawatan Sihir, Sawan dan Pengsan Dll



Oud Dunhill... Inovasi Oud Asli dan Wangian Dunhill yang terkenal itu. Sudah Diruqyah!

Teknik Rawatan Dengan Minyak Wangi – Gangguan Sihir, Penenang, Penyedar Histeria, Pengsan dan Sawan, Khusyuk Ketika Ibadah
Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

“Rawatilah dirimu dengan oud hindi (gaharu India). Ini kerana wangian ini dapat menyembuhkan tujuh penyakit.
* Hendaklah dihidu oleh pesakit yang mengalami masalah tekak.
* Hendaklah disapu pada sisi mulut untuk orang yang mengalami masalah radang selaput dada atau pernafasan….”


 Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ini telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw 1400 tahun dahulu sebelum aroma terapi diperkenal dan dianggap sebagai salah satu cabang rawatan alternative yang diiktiraf. Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka. Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

1) Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2) Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3) Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit. 2: Dua lubang hidung. 2: Dua lubang telinga. 2: Dua kening berdekatan mata. 1: Sekeliling mulut. 2: Dua puting payu dara. 2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur) 1: Lubang pusat.”

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut. Oud adalah wangian diguna sejak sekian lama. Rasulullah SAW amat menyukai bau-bauan. Oud adalah antara kesukaan Rasulullah SAW. Oud adalah berasal dari teras kayu gaharu.Para sahabat akan bertanya pada Rasulullah SAW “Adakah hari ini ada wahyu sampai kepada Tuan? Kerana kami ada tercium bau oud.” Ini menunjukkan bau ini begitu suci dan sangat dekat dengan Nabi Muhammad saw…

Antara khasiatnya:
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan (kening, telinga, mata, hidung,mukut, payudara, pusat, qubul dan dubur, semua hujung jari kaki dan tangan& pakaian sblm tidur, calit di jari dan dikacau dalam air ruqyah.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.  * Mencegah wabak penyakit dan virus.  *Mengamalkan sunnah Rasulullah saw

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi, rose dan oud)
  


DAPATKAN DI ONLINE STORE RASMI KISWAH...


  

4 comments:

  1. salam. kt mane saya bole dapatkan minyak ni? bole wat tempahan dari online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. sila klik gambar di atas... atau ke www.deanjungkiswah.com

      Delete
  2. BERAPA RM HARGA OUD DUNHIL?

    ReplyDelete
  3. BERAPA RM HARGA OUD DUNHIL?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...