**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 March 2012

Siri Ziarah Kelantan; Ziarah Ustaz Tirmizi Qari CD Ruqyah KISWAH

Bersama sahabat lama; sekelas semasa di KISAS dahulu...



Kumpulan Maulid Saalica bersolawat. Mudah2an dengan keberkatan solawat mempercepatkan lagi proses kesembuhan Us Wan Tirmizi

Assalamualaikum semua.

Pada 21 -23 Mac 2012 lalu, KISWAH telah mengadakah ziarah dan jaulah sekitar Kota Bharu Kelantan.

Turut serta dalam program pada kali ini adalah keluarga saya, kumpulan maulid Salikin Maulid Ensemble yang semuanya berasal dari Kelantan, keluarga Abang Wan Hospital dan pembantu saya, saudara Luqman.

Antara yang diziarahi adalah al Fadhil Ustaz Tirmizi Qari Cd Ruqyah KISWAH yang mengalami kecederaan serius melibatkan tulang belakang akibat kemalangan dihempap pokok tempoh hari.

Ini menyebabkan beliau tidak dapat bergerak selama kurang lebih dua bulan di hospital. Alhamdulillah keadaannya semakin baik dan sudah mampu berjalan. Setiap hari beliau menghadiri fisio di hospital, dan orangnya cukup sabar, cekal dan redha menghadapi ujian Tuhan. Cukup luar biasa. Saya dimaklumkan bahawa proses kesembuhannya berlaku dengan cepat sekali berbanding pesakit lain. Masya Allah.

Selain beramah mesra dengan beliau dan keluarga, kami sempat mengadakan maulid ringkas di rumah beliau. Harapnya, dengan keberkatan solawat dan pujian kepada baginda Rasul saw menambahkan lagi keberkatan di dalam rumahnya dan menyegerakan proses kesembuhan beliau.. Saya juga diberitahu bahawa beliau baru mendapat cahaya mata ketiga.. Alhamdulllah..

Masya Allah, lekas sekali proses kesembuhan al Fadhil Ustaz. Allahu Akbar.. Inilah kebesarandan kehebatan Allah Taala. Berkat jasa Us Tirmizi yang sudi membaca ruqyah; sehingga2 kini boleh dikatakan, 'beribu-ribu' insan yang semakin sembuh berkat bacaan ruqyah beliau, maka Allah membalasnya pula Insya Allah.

Beliau yang merupakan teman rapat saya, dan juga rakan sekelas saya semasa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, merupakan seorang qari yang tiada tolok bandingannya dan beliau pernah memenangi musabaqah Tilawah Interaktif sebagai naib johan.

Beliau yang merupakan Pensyarah di UiTM Melaka akan menyambung tugasnya pada 27 hb Mac ini. Doakan untuk beliau dan keluarga...

Jamuan oleh tuan rumah. Syukran lakum

Semoga lekas sembuh dan menjalani kehidupan yang ceria bahagia hingga ke syurga bersama keluarga tercinta.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Semoga ukhuwwah berkekalan sehingga ke syurga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...