**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

16 September 2012

Majlis Solat Hajat Untuk Ustaz Shuhaidi, Mawlid dan Tautan Ukhuwwah di KISWAH




 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillh thumma Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi atas nikmatmu ini yang tiada pengakhiran dan kesudahan.
 
Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tadi. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan penuh emosi tetapi ceria bahkan bahagia bersama sahabat2 yang disenangi lagi disayangi dunia akhirat.
 

Antara yang hadir:

1) Ustazah Sara yang paling awal datang
2) Ustaz Shuhaidi, Marina dan Naqib
3) Akhi Ikhsan Mazlan
4) Ustaz Azhari dan Ustazah Hanisah Aura
5) Ustaz Zuhaimie
6) Ustaz Taufek Abd Rahman yang ensem
7) Ustazah Majidah dan Ustaz Zul
glasses Ustaz Nadmin / Amin Sohibul Tafsir Timb Qadi Maran
9) Ustaz Hanif Abu Faidh
10) Amirul Syafiq dan kawan2 KIPSAS
 

____

Dari Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

11) Cikgu Adib, Dr Hazrul dan anak2
12) Ustaz Zul dan keluarga
13) Abang Wan Hospital

dan lain2...


Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Taufek. Kemudia disusuli dengan Slot Khas bersama Akhi Shuhaidi. al Faqir membuka majlis dengan menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan ukhuwwah dan kasih sayang sesama muslim. Kemudian diteruskan dengan ucapan Us Shuhaidi yang menerangkan sedikit sebanyak berkenaan latar belakang dan perkembangan terbaru beliau.

Akhi Ikhsan juga menyampaikan sepatah dua kata mengulas berkenaan kes Us Shuhaidi dengan perasaan sebak....


Majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat berjemaah. Masya Allah. Memang terasa sangat lazat berjemaah dengan sahabat2 lama setelah bertahun lamanya tidak ketemu. Kami berdoa agar Akhi Shuhaidi diselamatkan Allah dari ujian yang berat tersebut, diangkat bala' dan membahagiakan mereka sekeluarga...

Jamuan ringkas dan mawlid ringkas mengakhir program pada kali ini.
Kami berwada' dan mengabadikan kenangan pada malam itu dalam sesi fotografi..

Semua sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas "SKUAD CAKNA USTAZ SHUHAIDI" untuk membantu dari sudut sokongan moral, kewangan dll untuk membantu beiau sedikit sebanyak keluarga beliau. Insya Allah perkara ini ana akan detailkan dalam posting yang akan datang..

Terima kasih kepada semua khususnya zaujah tercinta yang menjadi mastermind untuk program kali ini. Semua ahli Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah (KISWAH) yang hadir, ahli G yang hadir dan semua yang membantu menjayakan program pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Shuhaidi, Us Marina dan anakanda mereka Naqib yang comel yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini.



Terima kasih Ya Allah. Syukur Ya Rabbi..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...