**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 September 2012

Pelancaran KISWAH PUBLISHING HOUSE

Lembaran Baru Untuk KISWAH.. Insya Allah

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 26 Jun 2012 yang lalu, KISWAH telah mendaftar sebuah lagi syarikat iaitu "KISWAH PUBLISHING HOUSE" dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat baru ini tertumpu kepada aktiviti penerbitan buku-buku agama khususnya buku-buku perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah, penerbitan audia dan video serta menjadi pembekal dan pengedar bacaan-bacaan awam. Keputusan ini diambil sebagai inisiatif pihak KISWAH untuk menerbitkan sendiri buku-buku yang sudah siap ditulis selama ini setelah kecewa dengan beberapa syarikat penerbitan sebelum ini.

Alhamdulillah pada 3 Julai lalu pihak kami telah mendapat kelulusan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menerbitkan buku sendiri.

Alhamdulillah dah boleh terbit buku sendiri



Oleh itu dengan ini saya mengumumkan pelancaran web terbaru KISWAH; iaitu:


khusus untuk mempromosi buku-buku terbaru keluaran KISWAH.

Dua projek terbaru kami adalah:

1) Pelancaran album mawlid; "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW" oleh kumpulan mawlid terkemuka Malaysia; DERVISH MAWLID ENSEMBLE. Pada 16 September nanti:
Insya Allah menemui anda pada 16 September 2012 ini.


2)Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH Latest Version; Quranic Heavenly Healing Series- Book 1 yang akan menemui anda pada 23 September 2012.

Akan menemui anda pada 23 September 2012


Semoga usaha ini siang malam diberkati Allah berkat keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kami miliki. Amin Ya Rabb...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...