23 September 2012
Pendaftaran NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) pada Seminar 6 KISWAH 29 September 2012
Assalamualaikum semua..
Perhatian kepada semua peserta seminar KISWAH khususnya yang pernah mengikuti paling kurang 3 kali seminar dan murid kelas tafaqquh perubatan Islam KISWAH. Diumumkan bahawa sokongan anda diperlukan untuk menubuhkan satu " Badan Bukan Kerajaan" NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan iaitu Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia atau singkatannya (KISWAH).
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk pada 14 Julai yang lalu untuk menjalankan tugas2 awal bagi menjayakan pembentukan NGO ini. Setakat ini proses pendaftaran telah selesai 70%.
Jadi, saya umumkan bagi pendaftaran ahli, yurannya adalah sebanyak RM30 seorang. Jangan lupa membawa sumbangan tersebut pada hari 29hb September ini. Sesiapa yang berminat, borang pendaftara boleh didapati pada hari seminar. Ini adalah sebagai sumbangan ahli untuk melancarakan gerak kerja dalam pertubuhan ini.
Saya dengan rendah diri menegaskan bahawa pertubuhan ini bukan bermotifkan keuntungan atau menjayakan mana-mana agenda komersil. Kita bekerja dan berjuang memartabatkan kaedah perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di negara ini di samping menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kaedah-kaedah rawatan yang dilarang oleh syarak. NGO ini adalah wadah bagi kita untuk memerangai kesyirikan melalui cara rawatan yang salah lantas menyeru mereka kembali kepada kaedah syarie yang digariskan oleh Al Quran, as Sunnah, al Ijma' dan al Qiyas. Insya Allah.
"KITA ADALAH NGO YANG BEKERJA SEIKHLASNYA KERANA ALLAH TANPA SEBARANG GAJI. GAJI DAN GANJARAN KITA DIBAYAR OLEH ALLAH, INSYA ALLAH".
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment