|
Hendaklah diruqyah terlebih dahulu.. Manalah tahu ada gangguan. Jika tidak maka di bawah ini adalah rawatannya: |
Sakit sendi / atritis / sakit lutut – minyak
zaitun, minyak tanah, garam bukit, sup tulang dan belut
Qurani:
1)Pegang dengan tangan kanan dan baca: 145 Surah
Ali Imran
2) al Anbiya’ ayat 30
3) Surah al Qadr 7 kali.
4) Hendaklah diruqyah oleh perawat Islam yang berasaskan ruqyah syariyyah jika mempunyai tanda-tanda sihir dan gangguan. Khuatir sakit disebabkan oleh gangguan. Tidak mustahil penyakit berpunca dari gangguan jin dan sihir.
Tabie: (Sebahagiannya telah diajari oleh guru kami di dalam kitab perubatannya koleksi rawatannya: "Sufi Healing."
1) Sapu lutut dan kaki
dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin. Boleh dicampur air mawar atau urut
dengan kerosin (minyak tanah yang sudah digunakan yang dicampur dengan minyak
zaitun selama 15 minit sebelum tidur setiap pagi dan balut dengan kapas
(bandage).
2) Rebus beberapa kaki kambing dengan air yang banyak sehingga bertukar menjadi
jelly. Minum satu sudu setiap hari sejam sebelum makan apa-apa paling kurang
selama 40 hari.
3) Minum sup belut atau
sup tulang (gear box); rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas
diminum. Makan sum-sum tulangnya.
4) Urut kembung di
belakang lutut diasak dengan kuat / ketuk dengan kayu atau rotan.
5) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a.
Air
panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b.
Air
sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
6) Berbekam!
Untuk membeli minyak zaitun dan barangan sunnah yang telah diruqyah untuk tujuan rawatan bolehlah didapati secara online di KEDAI ONLINE RASMI KISWAH; DEANJUNGKISWAH:>
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete