**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

09 December 2012

Majlis Ujian dan Pengijazahan Perubatan Islam KISWAH Pada 8 Disember 2012


Assalamualaikum semua pencinta perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara.


Alhamdulillah wa Syukru Lillah... Syukur Ya Rabbi. Telah tamat ujian tahriri dan lisan KISWAH RUQYAH SYARIYYAH. Mabruk kepada 6 anak murid KISWAH yang telah mendapat ijazah penuh perubatan Islam KISWAH: 1) Ustaz Zuhaidi Mukapit 2) Cikgu Aredeep Haron, 3) Ustaz Nazri Jurus D' Kiswah, 4) Ustaz Mohd Junaidi Sahlan, 5) Ustaz Azhari Abidin dan 6) Haji Hassan Teluk Intan. 

Semoga mengalir keberkatan di situ. Setelah 3 tahun berlalu KISWAH melabuhkan tirai seminar dan kelas pengajian bersirinya pada 8 Disember 2012. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam..!


Semoga ilmu sentiasa diberkati dengan cara mengamalkannya secara penuh ikhlas...
Ijazah penuh kepada Ustaz Junaidi Sahlan mewakili negeri Johor.
Ijazah penuh kepada Timbalan Pengerusi NGO KISWAH; al Fadhil Ustaz Zuhaidi Mukapit. Wakil KISWAH di Bentong Pahang.

Ijazah penuh kepada Haji Hassan. Penerima Ijazah tertua di teratak Madrasah KISWAH. Walaupun baru terkena serangan strok namun diri tetap digagahkan untuk menghabiskan pengajian dan memantapkan hafalan. Wakil KISWAH di negeri Perak.

Ijazah penuh kepada al Fadhil Ustaz Nazri al Hafiz... Dari Pusat Bimbingan al Quran as Syatibi. Insya Allah KISWAH sehingga ke akhirnya... Wakil KISWAH di negeri Selangor


Ijazah penuh kepada al Fadhil Ustaz Azhari dari Maahad Tahfiz al Akbar Kota Tinggi Johor. Selamat Pengantin Baru..

Ijazah penuh kepada Cikgu Adib Haron yang merupakan Setiausaha Agung NGO KISWAH. Wakil untuk daerah Kuantan dan negeri Kedah Insya Allah...

Tahniah kepada batch pertama yang sanggup bersusah payah dan setia melangkah selama 2 tahun lebih - 3 tahun bersama KISWAH dan al Marhum Shaykh yang dicintai... Tahniah dan terima kasih semua... Tahun depan kita tumpu pada penulisan dan NGO... Seminar mungkin setahun kemudian... Insya Allah kalau panjang umur.. 

KISWAH dengan ini telah menutup tirai madrasah, seminar dan kelas kiswah untuk sesi 2013.. Insya Allah berjumpa balik pada tahun 2014 jika dipanjangkan umur..Insya Allah 2013 KISWAH akan menumpukan kepada  ahli NGO dan memantapkan lagi pertubuhan.. dan program2 yang menarik Insya Allah... Seminar dan kelas akan jadi program sekunder...



Semoga pengijazahan ini bukanlah satu titik pengakhiran dalam diari KISWAH untuk anda, tetapi hakikatnya membuka episod baru buat kalian semua. Khususnya dalam wadah memperjuangankan perubatan Islam yang sebenar berasaskan RUQYAH SYARIYYAH di mana sahaja. Bersamalah berganding bahu mengembangkan sayap dakwah perubatan al Quran yang sebenar di negara kita yang tercinta.

Sebarkan panji-panji agama melalui perubatan al Quran. Semoga kesyirikan dan penipuan berjaya dibersihkan dari muka bumi. Amin Ya Rabb..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Credit to Shaykh Adib for the pics...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...