**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 December 2012

Pelawaan Menyertai NGO KISWAH Kepada Peserta 3 Kali Seminar KISWAH



Assalamualaikum kepada semua bekas peserta seminar KISWAH seluruh negara!!!:

Diumumkan di sini bahawa:

PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH)
No Pertubuhan: PPM -017 -06- 2310-2012

Mempelawa semua peserta yang pernah mengikuti paling kurang 3 kali seminar KISWAH di seluruh negara.

Yuran Penyertaan: RM30
Yuran Tahunan: RM10

Kepada sesiapa yang ingin menyertai kami bolehlah menghadirkan diri di:
 
MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUKYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH) 2012 KALI PERTAMA

 Tarikh                   :              29 Disember 2012 (Sabtu)
    Masa                     :               9.00 Pagi – 6.00 Petang
   Tempat                  :              Dewan Mesyuarat Masjid Daerah Maran
 

MATLAMAT

(1)     Memartabatkan pengubatan Islam menggunakan kaedah ruqyah syariyyah di kalangan umat Islam di Malaysia.

(2)     Menghimpunkan semua perawat Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara untuk bernaung di bawah satu pertubuhan yang memperjuangkan kaedah ini di tanahair kita.

(3)     Memelihara ketulenan kaedah rawatan Islam dari unsur syirik dan khurafat serta mempromosi kaedah ini kepada seluruh masyarakat di Malaysia melalui seminar, kempen, program, risalah dan sebagainya serta memerangi kaedah perbomohan dan kesyirikan.


AKTIVITI:

(1)     Mengadakan siri-siri pengisian ilmu dan diskusi kitab dari semasa ke semasa untuk ahli. Seminar dan kelas pengajian rawatan Islam akan dipertimbangkan untuk semua ahli.

(2)     Menyebarluas buletin KISWAH yang akan dihantar ke email ahli-ahli KISWAH setiap dua bulan sekali di tempat masing-masing.

(3)     Mengadakan aktiviti-aktiviti ukhuwwah sesama ahli seperti hari keluarga dan rehlah sebagai wadah bersilaturahmi.

(4)     Mewujudkan skuad cakna bagi membantu sedikit sebanyak kebajikan ahli yang memerlukan.

(5)     Mengarusperdanakan kaedah ruqyah syariyyah di kalangan masyarakat Malaysia melalui artikel dan tulisan-tulisan informatif kepada majalah-majalah dan suratkhabar tempatan. Artikel adalah dari sumbangan ahli-ahli dan ajk KISWAH sendiri. Insya Allah.

Alamat Surat Menyurat:
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah (KISWAH)
No. 16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang.
017 9065131
ngokiswah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...