**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 December 2012

MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUKYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH) 29 DIS 2012 DI MASJID DAERAH MARAN


       Pertubuhan Pengamal Pengubatan  Islam  
       Ruqyah Syariyyah   Malaysia (KISWAH),                              
       No Pertubuhan: PPM 017 06 23102012                                       
                               No 16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah,
                               28000 Temerloh Pahang.                                              
                               Tel:  09 2960930 / 017 9065131    
                               Web: www.ruqyahmalaysia.com            Email: ngokiswah@gmail.com
                 


Kepada:                                                                                                                                                
Semua Ahli Pertubuhan KISWAH Yang Telah Berdaftar                                                                            
 Tarikh: 22 Disember 2012

Tuan / Puan:

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUKYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH) 2012 KALI PERTAMA

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

   2.             Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Agung Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Rukyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2012 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

                    Tarikh                   :               29 Disember 2012 (Sabtu)
                    Masa                     :               9.00 Pagi – 6.00 Petang
                    Tempat                  :              Dewan Mesyuarat Masjid Daerah Maran

3.            Agenda mesyuarat :-
                Telah diemailkan kepada semua ahli.


4.            Sila sahkan kehadiran anda kepada pihak kami di talian 017 9065131 (Ustaz Hayat). Kerjasama dari pihak tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat ini amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH MEMARTABATKAN PERUBATAN ISLAM YANG SEBENAR”





USTAZ HAYAT AL MAWLAWI
Pengerusi,
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
D/A Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah
Temerloh, Pahang.
017 9065131


 

                                                                                                                                   Lampiran A
 Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2012


Maklumat program:

Tarikh dan Hari: 29hb Disember 2012 bersamaan Hari Sabtu
Masa: 9 Pagi – 6 Petang
Kehadiran: Semua ahli pertubuhan KISWAH


Tentatif:

Pagi:
8:00:   Pendaftaran Ahli
9:00:   Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
           Ucapan Aluan Pengerusi KISWAH
           Ucapan Perasmi Mesyuarat Yang Berbahagia Tuan Qadi Daerah Maran
           Bacaan Qasidah
10:00:  Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat: SU Agung KISWAH
             Permulaan Mesyuarat (Agenda seperti di bawah)
12:00: Berhenti rehat; Makan Tengahari dan Solat Zuhur


Petang:
2:00:    Sambungan Mesyuarat
4:00:    Kesimpulan Mesyuarat; Senarai Tindakan Oleh Ahli
4:45:    Solat Asar, Mawlid dan Wada’
5:30:   Bersurai 
 
P/S:  Pengumuman: 1) Kod warna kita pada hari tu adalah UNGU. Ikutlah paling kurang baju, seluar,selendang, kopiah, vest, kasut... 2) Diumumkan juga , KISWAH melancarkan tabung kutipan untuk melancarkan program2 selepas ini.. Mesyuarat tiada bayaran dikenakan, namun sumbangangan dialu-alukan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...