Bulan Safar tiba lagi. Alhamdulillah...bagi para auliya' dan solihin
mereka mengisi pelbagai program ibadah-ibadah sunnah. Amalan-amalan ini
telah diamalkan oleh para ulama' silam dari dahulu hingga kini. Berikut
al-faqir memuatkan beberapa amalan-amalan yang telah diamalkan oleh para
ulama' sufi bagi jalan kami
dengan merujuk kepada kitab
FUTUHAT karangan Syeikh Adnan Kabbani (qs) mukasurat 419 :
Dan daripada adab wazifah bagi murid itu hendaklah dia melazimi setiap
hari melakukan beberapa perkara berikut di dalam bulan safar al-khair :
1)Syahadah (3x)
2)Istighfar (300x)
3)Sedekah dan di niatkan tolak bala'
4)Membaca setiap hari Surah al-Fil (7x)
5) Ayatul Kursi (7x)
Dan adab wazifah bagi
hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar
tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali
atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).
AMALAN-AMALAN PARA ULAMA' SUFI NUSANTARA DAHULU PADA BULAN SAFAR
1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ
شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ
وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ
وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي
مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ
عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي
هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ
لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ
شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :
Kemudian berkata ia dengan doa ini :
اَللّهُمَّ
اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ
الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
Kemudian
berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang
dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah
dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).
Bersambung pada bahagian ketiga, inshaAllah….
MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR
GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)
CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur)
- SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN
AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM
TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH.
Koleksi Khazanah Fathaniyah
Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin
bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan
adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan
Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar)
merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.
Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab
Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha
Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau
juga
merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan
selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab
mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada
sumber kitab di atas antaranya ialah
Aurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji,
Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni,
Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.
Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam
bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu
di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah
generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab
ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya
Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam
al-Bahjatul Mardhiyah,
Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan
Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan
dalam kitab beliau iaitu
Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.
Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang
beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala' yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : -
1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar
as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.
2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w
mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad
al-Fathani menulisnya dalam
Badrut Tamam, katanya,
"Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi
s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha
mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul
Madarijus Shu'ud.
Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi
Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh
musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana
menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.
3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling
lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50
Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul
Awwal 50H.
4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah
s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka
berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar
60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.
Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang
melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa
yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan
Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi
perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah
mempunyai asas.
Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA
ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu
hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam
kitab-kitab mereka.
Wallahu'alam.
FADHILAT SOLAT PADA HARI RABU AKHIR BULAN SAFAR.
GAMBAR HIASAN : Solat Tiang Agama
Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997. Inilah dia amalan tersebut : -
1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.
2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
a. Surah al-Kauthar (17x)
b. Surah al-Ikhlas (5x)
c. Surah al-Falaq (1x)
d. Surah an-Nas (1x)
3) Selepas solat bacalah doa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى. وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
**mulakan
adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa
dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan
selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.
RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan)
3. al-Bahjatul Mardiyyah, as-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani
No comments:
Post a Comment