**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 December 2012

Mesyuarat Agung KISWAH Kali Pertama di Masjid Daerah Maran Bersama Qadi Maran 29 Disember 2012





 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Mesuarat Agung KISWAH kali pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 29hb Disember 2012 di Masjid Daerah Maran.

Majlis dirasmikan oleh Sohibus Samahah Qadi Daerah Marah Yang Berbahagia Tuan Haji Syarifuddin bin Haji Mohammad. Turut hadir Timb Qadi Daerah Temerloh al Fadhil Ustaz Mohd Amin bin Talib dan Imam Besar Masjid Daerah Maran.


Majlis berjalan dengan ceria dan diselangselikan dengan tazkirah, majlis bacaan qasidah dan tausiyyah yang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Hanif Esa yang merupakan pensyarah Darul Quran Kuala Kubu Baru.


Kami berterima kasih kepada pihak Tuan Qadi Maran dan  Timb Qadi Temerloh yang sudi memenuhi jemputan kami pada hari tersebut. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Timb Qadi Temerloh; Ustaz Amin yang membantu di belakang tabir sehingga program di Masjid Maran ini berlangsung dengan lancar.

Terima kasih juga kepada ahli KISWAH dari seluruh negara yang sanggup hadir memeriahkan suasana dan turut serta dalam perbincangan yang bernas dan memberangsangkan..

CERIA, BAHAGIA dan MEMBERANGSANGKAN...

Setelah mesyuarat kami berkonvoi beramai2 ke KIPSAS untuk mengikuti majlis Kuantan Bersolawat bersama Habib Kaziem Jaafar as Saggaf dan Habib Ali Zainal Abidin serta dengan kehadiran Sohibus Samahah Tuan Mufi Kerajaan Negeri Pahang dan seorang habib yang soleh lagi tawadduk Habib Hassan al Attas...

Semoga Usaha ini Diberkati ALLAH..

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!...


Perlantikan Ahli Jawatankuasa:
Pengerusi : Ustaz Hayat al Mevlevi

Naib Pengerusi (Merangkap Ketua Skuad Disiplin) : En. Zuhaidi Mukapit

Setiausaha Agung : En. Mohd Adib Bin Haron             Pen.Setiausaha: En. Muhammad Saofian Bin Mohamed Nahar

Bendahari : Pn. Muliati binti Saad

Cadangan Biro:

Biro Aktiviti Ahli, dan Kebajikan: En. Miljan bin Majid

Biro Dakwah, Seminar dan Pengkaderan: Wan Amirul Shafiq bin Wan Mazlan

Biro Penerbitan dan Publisiti: Ahmad Syihan bin Zaik

Biro Ekonomi dan Koperasi: Anas Amri bin Shahiri

Biro Disiplin dan Tatatertib: En. Haniff bin Esa

Biro Khas: AJK Biasa Mewakili Negeri-negeri Malaysia:

  En. Azhari Bin Abidin                                                     (Johor)
  En. Mohd Junaidi Bin Sahlan                                      (Johor)
  En. Wan Ridzwan Bin Wan Ibrahim                         (Pahang)
  En. Mohd Nasaie Bin Nawawi @ Saad                   (Pahang)
  En. Mohamad Luqman Nur Hakim Bin Zulkifli.   (Pahang)
  En. Mohd Hasif Bin Hashim                                        (Kedah)
  En. Ibrahim Bin Haling                                                  (Sarawak)           
  En. Othman Bin Don                                                     (Perak)
  En. Mohd Nazri Bin Shahrom                                    (Selangor)
  En. Mohamad Azwan Bin Abdullah                         (Sabah)
 En. Afdzal Ikhwan Bin Omar                          (K. Lumpur)


Planner 2013:
Januari: 23hb: Sambutan Mawlidurrasul  peringkat KISWAH di Pusat Rawatan.

Februari: 10hb: Akikah dan Mawlid KISWAH di Batu Sawar.

Mac: 30hb: Wacana Ilmu: Diskusi Kitab: 1) Ilmu Tauhid Al Asyairah   2) Kamus Tafsir Mimpi. Di KISWAH Temerloh.

April: 13hb: Sehari Bersama NGO KISWAH (SG BESAR).
           14hb: Sehari Bersama NGO KISWAH (TELUK INTAN)

Mei:  25hb: Sehari Bersama NGO KISWAH (PERINGKAT JOHOR)

Jun: 1hb: Malam Cinta Rasul SAW (TEMERLOH BERSELAWAT; KUBANG GAJAH. ANJURAN BERSAMA PAID TEMERLOH)

Julai: 13hb: Ifthar Jamaie KISWAH. Buka puasa, terawih, tazkirah dan mawlid Ramadan di KISWAH Temerloh.

Ogos: 17hb: Makan-makan Eidulfitri KISWAH di Batu Sawar. (Raya ke 10 – Sabtu)

September: 15hb: SIMPOSIUM NGO KISWAH. (HIMPUNAN AHLI) CIAST SHAH ALAM.

Oktober: 16hb: Majlis Korban KISWAH di Batu Sawar. (Raya Kedua)

November: 22hb-24hb: Hari Sillaturrahmi, Motivasi Anak2 KISWAH dan Mesyuarat Agung ke-II . Gunung Senyum.

Disember: 14hb-16hb: Hari REHLAH dan JAULAH  KISWAH.
 
Ukhuwwah Fillah Syafaat ke Syurga....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...