**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 February 2013

Kenangan Mawlid Di Masjid Chatin 15 Februari 2013




Assalamualaikum...

Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kg Chatin pada 15 Feb 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang Pejabat Agama Daerah Temerloh untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada majlis tersebut.

Majlis dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Temerloh yang juga merupakan Timb Menteri Pengajian Tinggi. Pentausiyyah pada malam tersebut adalah al Fadhil Tuan Qadhi Daerah Temerloh Tuan Haji Badaruddin Bustami.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..

Tak lupa kepada semua penduduk kampung yang telah bergotong royong sejak awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada malam yang penuh bersejarah tersebut..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

GAMBAR IHSAN DARI CIKGU ADIB HARON AL QADAHI








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...