**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 February 2013

Kenangan Mawlidurrasul Di Dataran Tok Gajah Temerloh Berselawat 23 Feb 2013








Assalamualaikum...
Sambutan Mawlidurrasul saw Temerloh Berselawat di Dataran Tok Gajah Temerloh pada 23 Feb 2013 lalu berlangsung dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang Pejabat Agama Daerah Temerloh untuk memeriahkan majlis tersebut mengibarkan bendera dan mengawal anak2 yang berada di bahagian hadapan
.
Majlis dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Temerloh. Antara VIP yang hadir adalah YB Muhammad Jaafar Adun Jenderak, YB Dato' Sharkar Adun Lanchang, YB Dato Syed Ibrahim Adun Kerdau dan YB Syed Hamid Adun Semantan.Pentausiyyah pada malam tersebut adalah al Habib Dr Ahmad al Kaff dari Jakarta yang menyampaikan tausiyyah doa dan muhasabah yang begitu menusuk ke jiwa sehingga ramai hadirin hadirat yang menitiskan air mata keinsafan pada malam tersebut. Satu pemandangan yang luar biasa.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan NGO KISWAH yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..
Tak lupa kepada semua ajk khususnya staff pejabat agama Islam daerah Temerloh yang telah bersusah payah menjayakan program pada kali ini.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...