**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 February 2013

Mawlid Di Desa Purun 8 Feb 2013 Yang Meriah







Assalamualaikum semua.. Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang dijemput oleh Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh (PAID TEMERLOH)  untuk mengetuai bacaan selawat Mawlid ad Daibaie di Masjid Desa Purun pada 8 Februari 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua staff PAID yang bertungkus lumus khususnya Timb Qadhi Ustaz Amin Al Azhari, orang kampung yang sibuk bergotong royong sejak pagi dan ahli Mevlevi Mawlid Ensemble KISWAH yang sanggup berkorban masa tenaga untuk menjayakan program kali ini.

Tidak dilupakan VIP majlis Adun Kerdau YB Syed Ibrahim Syed Ahmad, Tuan Qadhi Daerah Temerloh dan semua Tok Empat.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...!

(GAMBAR IHSAN DARI AREDEEP ARTWORKS; Cikgu Adib Haron al Qadahi)



Bilal Majid Temerloh tekun membaca Ratibul Haddad



Raikan CINTA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...