27 February 2013
Teknik Ruqyah Menggunakan Surah Yaasin
Teknik kedua belas
Menggunakan Surah Yaasin
Khususnya untuk orang yang terkena sihir junun
(gila). Gila adalah disebabkan oleh gangguan jin. Telah diriwayatkan oleh Ibn
Dhoris, dari Sa’eid bin Jubair RadiyALLAHU anhu bahawa sesungguhnya beliau
telah membacakan Surah Yaasin kepada seorang lelaki gila yang akhirnya sembuh
setelah mendengar bacaan tersebut.
Yaasin adalah HATI AL QURAN dan apabila jin
mendengarnya maka mereka akan patuh dan tunduk kepada perintah Allah melalui
ayat-ayat suciNya.Rasulullah shollallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس
، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ
عَشْرَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap perkara
ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) Al-Qur’an adalah Yasin. Sesiapa
yang membacanya maka Allah s.w.t. akan menulis baginya dengan bacaannya
tersebut, bacaan seluruh Al-Qur’an sebanyak sepuluh kali”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi dalam
kitab Al-Jami’e As-Sunan beliau kitab Fadha’il Al-Qur’an pada Bab
Ma Ja’a fi Fadhl Yasin. Cara bacaan:
1) Baca al Fatihah
terlebih dahulu.
2)
Selepas membaca Yaasin. Maka kita bersolawat kepada nabi saw
dan berniat.
3)
Ulang ayat 58 sebanyak 21 kali dan diikuti أَعَزَّنَا الله (Allah Taala
Memuliakan kita)
58.
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
4)
Selepas
ayat 59 dibacakan أَذَلَّنَا الله (Allah Taala Menghinakan kita)
59. Dan (sebaliknya dikatakan
kepada orang-orang Yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai
orang-orang Yang berdosa, (dari bercampur gaul Dengan orang-orang Yang
beriman).
5)
Untuk
gangguan ayat 60 diulang sebanyak 3 / 7 / 11 / 21 kali:
60. "Bukankah Aku telah
perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!
6)
Untuk
gangguan juga ayat 63 diulang sebanyak 3 / 7 / 11 / 21 kali
63. "Yang kamu saksikan sekarang
ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak
taatkan perintah Allah).
7)
Ayat
82 diulang 3 / 7 /11 / 21 kali sambil
niatkan Insya Allah dengan izin Allah maka hajat kita akan dimakbulkan oleh
Allah.
82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya
apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)
benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.
Labels:
rawatan islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment