**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

19 June 2013

Feedback Peserta dan Pesakit Sesi Rawatan Ruqyah Beramai-ramai di Muar 8 Jun 2013


 Terima kasih Perniagaan Indah Syariat @ KISWAH Muar.. Allah Taala tempatnya pulang segala puja dan puji. Allah Taala yang menyembuhkan. Kita hanya ikhtiar sedaya mungkin... Terima kasih Haji Abdul Hafiz dan Kak Chik Sallizah...


 Kak Chik Sallizah; Ahli KISWAH Muar dari Indah Syariat

Alhamdulillah...Antara komen tetamu yang hadir pada sesi rawatan Ruqyah Syariyyah...


Tetamu A : Saya pernah membawa anak ke pusat rawatan popular tetapi tidak sama dengan cara Ustaz Hayat Kiswah...Saya suka, lain pendekatannya...Banyak yang dulu saya tak faham sekarang saya faham.

Tetamu B : Alhamdulillah, saya dapat kawal diri kak (sama-sama tersenyum)



Tetamu C : Awal-awal Ustaz da beri ingatan tentang jangan mengamuk, dalam hati saya terus berdoa mohon Allah bantu saya dapat kawal diri. Alhamdulillah saya ok walau da terasa macam nak pengsan. 


Tetamu D : Pencerahan Ustaz buat saya bersemangat untuk merawat diri dengan Al Quran dan Sunnah. 


Tetamu E : Saya sudah hampir berputus tetapi selepas mendengar penjelasan Ustaz saya sudah tahu langkah yang perlu saya lakukan.


Tetamu F : Alhamdulillah, sakit pinggang saya da hilang.


Paling kami suka jiran berhadapan kedai kami seringkali memasang lagu dangdut waktu magrib tiba-tiba malam tadi mereka memasang zikir ^_^ senyum ^_^ 



Syukran Ustaz Hayat, NGO Kiswah Pahang, Ustaz Zainal Abidin, Ibu mertuaku, Bibik Mus, Pendukung kuat kami Tuan Haji Ayob, Tuan Haji Jalal, Tuan Haji Behran, Cikgu Rafizan, Jemaah Madrasah Pondok Darul Istiqamah dan mereka yang mendoakan. Mohon maaf atas kekurangan.

Yang benar: Kak Chil Sallizah...





Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...